They're My Best Buddies

Thursday, 4 September 2014

Pengalaman Setelah Bergelar Isteri


Alhamdulillah
Sudah hampir 2 minggu aku memegang title "Puan"
Walaupun takde rasa perbezaan yg amat ketara
Tapi, ada la juga terasa bezanya hidup masa bujang & lepas kahwin

Masa bujang dulu, nak buat apa pun..ikut suka hati je
Nak kemana-mana pun..takde siapa nak halang
Yg pasti..tak perlu nak minta izin sesiapa
** tapi masih tak lupa untuk buat report kat mak ayah kalau nak kemana-mana **

Bila dah kahwin ni, apa-apa pun..perlukan keizinan dulu
Hmm..baru la terasa hidup tu terkawal sikit
Hahahaha
Bukan apa..kalau zaman bujang dulu, siapa yg nak kawal hidup kita kan
Diri sendiri jelah yg kena pandai kawal
Tapi..bukan la nak kata encik suami mengawal sangat hidup aku ni
Kalau dah namanya tanggungjawab kan
Kena la dia ambil tahu
Kemana aku pergi
Dengan siapa aku keluar
Apa yg aku buat
Sebab tu bila dah kahwin ni, lepas kerja aku akan balik rumah terus
Paling tak pun singgah cari makan je
Kalau tak sebelum ni, lepas balik kerja..ada je program aku
Singgah sana la..singgah sini la

Apapun, masih terlalu awal nak bercerita tentang pengalaman
Yg pasti, aku dah rajin sikit sekarang ni
Kahkahkah >_<



~ Dylla Abas ~