They're My Best Buddies

Thursday, 4 September 2014

Pengalaman Setelah Bergelar Isteri


Alhamdulillah
Sudah hampir 2 minggu aku memegang title "Puan"
Walaupun takde rasa perbezaan yg amat ketara
Tapi, ada la juga terasa bezanya hidup masa bujang & lepas kahwin

Masa bujang dulu, nak buat apa pun..ikut suka hati je
Nak kemana-mana pun..takde siapa nak halang
Yg pasti..tak perlu nak minta izin sesiapa
** tapi masih tak lupa untuk buat report kat mak ayah kalau nak kemana-mana **

Bila dah kahwin ni, apa-apa pun..perlukan keizinan dulu
Hmm..baru la terasa hidup tu terkawal sikit
Hahahaha
Bukan apa..kalau zaman bujang dulu, siapa yg nak kawal hidup kita kan
Diri sendiri jelah yg kena pandai kawal
Tapi..bukan la nak kata encik suami mengawal sangat hidup aku ni
Kalau dah namanya tanggungjawab kan
Kena la dia ambil tahu
Kemana aku pergi
Dengan siapa aku keluar
Apa yg aku buat
Sebab tu bila dah kahwin ni, lepas kerja aku akan balik rumah terus
Paling tak pun singgah cari makan je
Kalau tak sebelum ni, lepas balik kerja..ada je program aku
Singgah sana la..singgah sini la

Apapun, masih terlalu awal nak bercerita tentang pengalaman
Yg pasti, aku dah rajin sikit sekarang ni
Kahkahkah >_<



~ Dylla Abas ~

Thursday, 28 August 2014

Alhamdulillah...Selesai Sudah Semuanya


Setelah sekian lama tak berkongsi cerita dengan semua
Tetiba je rasa nak update entri tentang perkembangan terbaru aku
Yg pasti...badan memang tak berkembang la kan

Tanggal 22 Ogos 2014 yg lepas
Umur bertambah setahun lagi
"Happy belated birthday to me!!"
Dan "dihadiahkan" pula dengan seorang lelaki yg bergelar suami
Ye..aku sudah selamat bernikah dengan encik suami pada tarikh yg sama
Sudah bergelar isteri..haish, macam mimpi!
Semuanya berlaku secara tiba-tiba..boleh??
Hahaha

Tempoh perkenalan tu memang tak lama
Tapi...kata orang tua-tua, kalau dah jodoh kan

Apapun, sekarang ni memang dalam proses nak mengenali encik suami
Memandangkan tempoh perkenalan yg tak lama
Dan dia pula jauh kat selatan tu...tak banyak masa nak berkenalan dgn lebih rapat lagi
Tambahan pula kitaorang ni weekend husband-wife
Lagi la masa tu terhad kan

Well, tak nak cerita panjang-lebar
Sebab perasaan ni masih tak menentu lagi
Macam-macam benda yg aku rasa
Moga segala urusan dipermudahkan-Nya




p/s : mekasih pada mak & ayah untuk semuanya...masih tak percaya tanggungjawab ayah dah beralih pada encik suami (",)


~ Dylla Abas ~

Saturday, 12 July 2014

Masuk Hari Yang Ke-14


Alhamdulillah
Hari ke-14 dah hari ni
14 Ramadhan 1435H
Cepatnya masa berlalu
Maksudnya...cepat la jadi tua kan (",)
Tengah bosan kat ofis...teringat la kat blog buruk ni
Tak mampu nak jaga 'dia' macam dulu
Tak mampu nak penuhi janji sendiri utk tidak mengabaikan 'dia'
Sedih T_T

Apakan daya
Manusia ni memang tahu berjanji je
Bila bab nak memenuhi janji tu..hmm, tepuk dada tanya selera
Aku pun tak nak la bagi macam-macam alasan
Kenapa lama tak update
Kenapa biarkan blog buruk ni jadi semakin buruk
Dan macam-macam kenapa lagi

Cuma apa yg aku boleh katakan
Makin hari makin tiada masa utk diri sendiri
Apatah lagi utk blog buruk ni
Mungkin ke tersilap percaturan...?
Wallahu'alam
Tak nak la cakap menyesal sebab quit dari tempat kerja lama
Tapi, since masuk tempat kerja ni...
boleh kira kot berapa banyak entri yg mampu aku update

Apapun...cerita pasal bulan puasa
Puasa kali ke-3 di Bandar Tun Razak
Dengan keadaan bazaar Ramadhan yg masih sama seperti 3 tahun lepas
Dengan muka-muka orang berniaga yg masih sama macam dulu
Menu yg serupa
Rasa yg serupa
Cuma mood membeli je dah tak serupa
Tahun ni memang sangat bersederhana
Beli yg memang betul-betul rasa boleh masuk dalam perut je
Takde lagi istilah "menu bila teringin"
Teringin tu nafsu je...kalau beli pun selalunya mesti tak habis
Akhirnya ke tong sampah juga
Kan dah membazir
So...kali ni tak buat dah macam tu
Tak nak membazir lagi
Alhamdulillah..sampai semalam, takde lagi yg membazir
Semua yg aku beli..semua habis ^_^

Sekarang dalam kepala tengah fikir
Menu apa pula hari ni...??
Sebenarnya...setiap hari pun tanya soalan yg sama...pheww~


p/s : takde "Diari Ramadhan" tahun ni...tak mampu nak buat T_T



~ Dylla Abas ~



Thursday, 12 June 2014

Rindu Yang Teramat Sangat


Ya Allah..rindunya kat blog ni!!!
Lama betul aku tinggalkan dia...sedih T_T
Puncanya yg tiba-tiba tergerak hati nak berblog arini sebab terjengah blog sendiri..boleh??
Asalnya nak cari petua..scroll punya scroll..ternampak link blog ni
"Eh..macam kenal je??"
Hahahaha..macam tu pun boleh kan
Apa-apa jelah labu
Dah lama sangat tak menulis..rasa macam banyak merapu plak

In shaa Allah esok nak share 1 cerita
Hopefully ada kesempatan nak update esok
Memandangkan lama tak berblog, meh..nak belanja gambar sekeping (",)






~ Dylla Abas ~

Wednesday, 26 March 2014

Di Persimpangan Dilema


Dah la jarang update blog
Bila update je mula la nak buat luahan perasaan
Aduyaiii..Dylla, blog ni bukan diari peribadi okay!
Ah, tak kisah la..bukan diari peribadi ke apa ke
Kalau bukan blog..kat mana lagi aku nak luahkan..?
Kihkihkih
Saja je nak buat havoc kan

Hmm..ini la yg berlaku bila diri dalam dilema
Semua benda tak kena
Buat itu salah...Buat ini salah
Pendek kata...takde benda yg tak salah
Susah juga bila berada dalam dilema ni kan
Yg kanan pun bagus..yg kiri pun okay juga
Tak tahu macam mana nak buat pilihan

Mungkin dah tiba masanya untuk melakukan sesuatu
Istikharah...??
Iye..mungkin itu yg terbaik
Menjadikan Allah S.W.T sebagai rujukan utama
Tiada yg lebih baik dari meminta jawapan dari-Nya

Sebenarnya nak balik kerja dah
Tetiba teringat kat blog yg terbiar ni
Kesian dia...asyik ditinggalkan je
Okay la..ada masa boleh update cerita lain pula ye

p/s : masih terkejut dengan berita tentang MH370 dan spekulasi yg sangat banyak melanda..hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui T_T


~ Dylla Abas ~

Friday, 28 February 2014

Eh..Sempat Curi Masa Laa!


Setelah sekian lama tak menjenguk ke sini
Akhirnya hari ni..tanggal 28/02/2014..dapat juga update entri!
Amboi Dylla...kemain lagi busy kau ye sekarang ni
Sampai tak menyempat dah nak berblog macam dulu
Tapi....
Memang busy pun T_T
Dulu sentiasa ada masa nak update blog
Sentiasa ada masa nak BW
Sekarang ni...nak log in pun takde masa
Punya la masa yg ada ni memang cukup-cukup je untuk aku buat kerja dan berehat
Kat rumah memang jangan harap la nak online
Kalau dah balik rumah pun pukul 11.00-12.00 malam!
Apapun..rasa terubat rindu dapat tengok blog sendiri
Dan rasa sangat terharu bila ada kawan Blogger yg komen suruh update blog macam dulu
Rindu kat kite ek..huhu >_<
In shaa Allah..lepas ni kalau diizinkan..memang akan paksa juga diri curi masa untuk berblog
Banyak sangat cerita yg nak dikongsikan
Sedar tak sedar dah 3 bulan aku kat tempat baru ni
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar
Semuanya dipermudahkan
Moga-moga kemudahan ini akan kekal sampai bila-bila..amin




p/s : rindu nak terjah blog kawan-kawan semua


~ Dylla Abas ~