They're My Best Buddies

Friday, 30 August 2013

Majlis Merdeka Raya Unirazak 2013

 

Semalam kat tempat kerja aku ada Majlis Merdeka Raya
Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yg ke-56
Memula tu aku rasa majlis macam agak hambar
Sebab majoriti geng yg gila-gila dah resign
Tapi, bila majlis dah berlangsung...aku rasa macam meriah je
Semangat betul aku nyanyi lagu Jalur Gemilang, 1 Malaysia & Negaraku >_<
Makanan yg disediakan pun sedap juga la..Hotel Royal katanya
Kalau tak sedap tu tak tahu nak cakap apa la kan..hoho
Apapun...aku enjoy je semalam...alhamdulillah (",)
















p/s : haa..puas hati...setiap gambar ada muka aku..ngee (^_^)


~ Dylla Abas ~

Thursday, 29 August 2013

Fadhilat Istighar

 

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Rasulullah SAW juga bersabda: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

Antara hikmah/fadhilat istighfar :

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyeksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Kalau nak buat sekali harung 70 kali tu mungkin ada yg kata susah (Kalau nak sebenarnya sekejap aje tak sampai 5 minit) So, aku share sikit macam mana nak buat 70 kali sehari. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus sebab share tips ni.

10 kali lepas bangun jer dari tidur.
10 kali lepas solat Subuh
10 kali lepas solat Zuhur
10 kali lepas solat Asar
10 kali lepas solat Maghrib
10 kali lepas solat Isyak
10 kali sebelum tidur..

Cukup 70..agak mudah kan macam ni.
Jom sama-sama kita praktikkan...in shaa Allah (",)


p/s : lidah ni kalau tak beristighfar pun..pasti tak lekang dari berzikir..alhamdulillah >_<


~ Dylla Abas ~

Kisah 22 Soalan

 
 
Kisah ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah, sebagai selingan ke arah mengajak kita berfikir dan melaksanakan tanggung jawab agama kita.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.

Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan 1 yang tiada 2nya, 2 yang tiada 3nya, 3 yang tiada 4nya, 4 yang tiada 5nya, 5 yang tiada 6nya, 6 yang tiada 7nya, 7 yang tiada 8nya, 8 yang tiada 9nya, 9 yang tiada 10 nya, sesuatu yang tidak lebih dari 10, 11 yang tiada 12nya, dua 12 yang tiada 13nya, 13 yang 14belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Bismillah dia berkata,
 
1 yang tiada 2 nya ialah Allah s.w.t..
 
2 yang tiada 3 nya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3 yang tiada 4 nya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4 yang tiada 5 nya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5 yang tiada 6nya ialah Solat 5 waktu.

6 yang tiada 7 nya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

7 yang tiada 8 nya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8 yang tiada 9 nya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9 yang tiada 10 nya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang

Sesuatu yang tidak lebih dari 10 ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya 10 kali lipat." (Al-An'am: 160).

11 yang tiada 12 nya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12 yang tiada 13 nya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air." (Al-Baqarah: 60).

13 yang tiada 14 nya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 1)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:9) 

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19)

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2 ).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang 5 waktu, 3 dikerjakan di malam hari dan 2 di siang hari." 

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya? " Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: 'Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


 

Monday, 26 August 2013

Ole-Ole Dari Florida, U.S

 

Cuti raya baru-baru ni...bos aku bercuti ke Florida, U.S
Kemain jauh lagi dia menyambut Aidilfitri
Dah janji nak bawa anak-anaknya ke Disneyland
I wish my dad will promise the same thing too...hoho >_<

 Tapi, percutian selama 2 minggu tu terpaksa dilanjutkan hingga ke minggu ke-3 disebabkan stranded akibat cuaca buruk
Apapun my boss dah selamat sampai pun
Yg kagumnya, tanpa rasa penat..dia terus masuk ofis ye
Kalau aku mesti jet-lag 2-3 hari...ngee ^_^



p/s : makanlah sekalian coklat tu tanpa rasa was-was (",)



~ Dylla Abas ~

Nasihat Ustaz Buat Semua

 



p/s : syukur alhamdulillah dengan rezeki-Nya (",)



~ Dylla Abas ~

Friday, 23 August 2013

I'm Getting Older..!!

 

Terharu
Itu je yg mampu aku luahkan
Iye...sangat terharu dengan kawan-kawan yg wish birthday kat aku semalam
Terima kasih yg tak terhingga atas ingatan tu (>_<)

Kepada Cikgu Kancil dan 3norgr33ny...sangat berterima kasih atas entri semalam
2 orang sahabat blogger yg tak putus-putus berkunjung ke blog ni
Terima kasih atas sokongan korang selama ni (",)
Dan kepada teman-teman sepejabat yg bersusah payah buat kad birthday tu...
you're the besties...ever!!
**Gigih sungguh buat kad birthday tu ye Dik Wan**



 p/s : tiada sambutan hari jadi...tapi ayah dah janji nak bawa gi makan besar...yeay!!



~ Dylla Abas ~

Thursday, 22 August 2013

Renew Lesen & Ucapan Hari Lahir

 

Alhamdulillah
Syukur yg tak terhingga kerana masih diberi peluang untuk menikmati 1 lagi tahun dalam hidup
Sebelum terlupa...aku nak wish untuk diri aku sendiri
Selamat Ulang-tahun kelahiran, Dylla!!!
Yg ke berapa...??
Biarlah rahsia...huhu >_<
 Yg pasti...usia tu memang tetap bertambah dan semakin tua

Pagi tadi, sempat singgah ke pejabat pos untuk renew lesen memandu
Terima kasih untuk staff kat pejabat pos Bandar Tun Razak yg wish birthday kat aku
Malu plak rasanya tadi ^_^

Apapun, dengan pertambahan umur sekali lagi
Moga aku akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
 Apa yg aku harapkan, moga diberi keberkatan hidup
dan sentiasa dirahmati-Nya selalu...amin


p/s : pagi-pagi dah dapat SMS ucapan hari jadi dari mak...sweet sangat...I love You Mom!!!



~ Dylla Abas ~
 

Wednesday, 21 August 2013

Puasa Sunat di Bulan Syawal

 

Puasa sunat bulan Syawal atau lebih dikenali dengan nama Puasa 6
Tentu semua dah tahu apakah kelebihan puasa 6 ni kan
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah)

 Jadi, aku pun nak rebut juga peluang pahala berganda ni
In shaa Allah
Rugi lepaskan peluang yg Allah S.W.T nak bagi ni kan

Pagi tadi, aku sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di tv9
Kebetulan topik puasa 6 ni termasuk dalam perbincangan
Mengikut kata ustaz tu, ada 3 mazhab tentang puasa 6

1 - Puasa bermula pada 2 Syawal dan berturut-turut hingga hari ke-6 dan diteruskan dengan puasa Qada'

2 - Puasa Qada' terlebih dahulu
Jika puasa Qada' berjumlah 6 hari, dan diteruskan dengan puasa 6, maka jumlahnya menjadi 12 hari

3 - Puasa Qada' di dalam bulan Syawal tetapi mendapat pahala puasa sunat Syawal juga
** selalunya orang kita memang buat macam ni kan **

Pada aku, yg penting adalah puasa Qada'
Sebab ianya wajib (",)


p/s : betulkan aku kalau ada kesilapan pada maklumat di atas...sekadar berkongsi pandangan



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 20 August 2013

Dari ING ke AIA dan kini TAKAFUL IKHLAS

 

Dulu, masa kat tempat kerja lama...pergi klinik mesti kena bayar dulu
Lepas tu tunggu la seminggu dua untuk dapat claim nye balik
Bila aku join UniRazak ni...perkara macam tu tak berlaku ye
Jadi...mula-mula tu agak teruja juga la
Pergi klinik..bagi je medical card ni..lepas tu tak payah fikir pasal nak bayar ke apa ke

Masa mula-mula aku masuk sini, 1st medical card yg aku dapat ialah ING
Kaler oren!
History medical card tu tak berapa nak bagus la
Sebab kebetulannya aku agak kerap jatuh sakit tahun lepas
Jadi, banyak ke klinik la jawabnya
Lepas tu, diorang tukar medical card tu dengan AIA
Yg aku dengar...AIA dah beli ING
Apa maksud ayat tu...wallahu'alam
Aku terima je...AIA medical card kaler merah
Tak sampai sebulan pun...tetiba hari ni dapat medical card baru!
Aik...??
Tapi..tu pun aku tak banyak bunyi
Aku terima juga seadanya..huhu >_<

Yg pasti...aku ada medical card lain sebagai back up
Kalau la aku dah tak kerja kat sini lagi...macam mana kan...??
Jadi...dengan mengamalkan konsep sediakan payung sebelum hujan
Aku pun amek la plan TakafulHajj
Kalau tak silap aku la nama plan dia macam tu
Salah satu sebab aku amek plan tu..nak tolong kawan
Dan lagi satu sebab..macam yg aku tulis kat atas tu...back up plan

Pada aku, secara peribadinya...medical card ni penting
Tambahan pula zaman sekarang ni semuanya duit
Kot la nanti jatuh sakit ke ** Nau'zubillah ** dan masa tu duit tengah takde..haa, nak buat macam mana..??
Medical card la penyelesaiannya
Ada orang fikir...
"Aku bayar tiap-tiap bulan..dah bertahun aku bayar...tapi aku tak pernah claim pun...rugi la macam ni.."
Haaa...salah pemikiran macam tu
Bagus la kalau kita tak pernah claim
Itu maknanya kita sihat...alhamdulillah
Macam aku...aku amek plan yg ada saving
Jadi, walaupun tak la banyak sangat...sekurang-kurangnya ada la pulangannya nanti
Ataupun, kalau aku dah takde...ada la aku tinggalkan sesuatu untuk mak dan ayah (",)

p/s :  tetiba cakap pasal medical card pula petang ni



~ Dylla Abas ~

Suara Saya Seksi Hari Ini

 

Okay...sila poyokan aku >_<
But seriously...suara aku dah makin parah ni
Nak tak nak keluar je bunyinya
Peratus keluar angin dah melebihi bunyi suara
Sangat seksi okay!!

Dah lama tak mengalami kehilangan suara macam ni
Last aku kena February 2011
Masa mak aku nak kena operate mata dulu
Lama kan...?
Ni baru nak merasa balik keseksian suara macam ni...awww

Aduhai...bila tak bercakap suara ni makin menghilang
Tapi bila asyik nak bercakap je...rasa macam orang menyampah lak
Hahahahaha

p/s : kalau pergi karoke ni..boleh la layan lagu Metallica ^_^



~ Dylla Abas ~

Masa Semakin Singkat

 

Sejak akhir-akhir terasa masa tu semakin cepat berlalu
Tiba-tiba je dah masuk bulan August
Rasanya macam baru je masuk tahun 2013 ni
Yg pastinya bila dah masuk bulan August...usia aku pun bertambah setahun lagi
Dah tua...dah tua...dah tua..!!

Teringat kata-kata ayah sebelum ni
Kata ayah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud :
"Di antara tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah apabila kita terasa masa semakin singkat (cepat berlalu)"

Kiamat semakin hampir
Okay..sangat gerun mendengarnya
Banyak benda lagi yg perlu diperbaiki
Moga-moga kita semua diberi kesempatan untuk memperbaiki diri
Dan kembali bertemu-Nya dengan persediaan penuh (",)


p/s : 24 jam sehari macam dah tak cukup bagi aku



~ Dylla Abas ~

Monday, 19 August 2013

Kerenah Azeem & Adam Yg Menghiburkan Hati

 

Cuti Raya baru-baru ni...sempat la luangkan masa dengan 2 orang anak buah aku
Azeem & Adam
Bila dah makin besar...makin macam-macam perangai la yg diorang buat kan
Tapi alhamdulillah...so far kedua-duanya tak menyusahkan
Dengan orang lain aku tak tahu la
Tapi dengan makngah diorang yg garang ni...diorang baik je
Menurut perintah!




Kalau bawa keluar mana-mana pun...diorang okay je
Tak degil walaupun si kecik tu kadang-kadang buat perangai juga
Dia tu pantang nampak bola..mesti nak!
Aritu bawa diorang pergi Tesco...sekali salah jalan pula
Termasuk lorong yg ada bola
Haaa...amekaw...satu Tesco dengar dia meraung
"Nak boyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"
Sebut bola pun tak betul lagi...apa la
Lepas tu aku sengaja lalu kat tempat jual tembikai
"Haa...tadi Adam nak boya kan...amek la..."
Tahu la pula dia sengih-sengih tengok tembikai tu..geleng-geleng kepala
"Tak mboh..."
** Terengganu sangat si kecik tu..!! **







Yg si abang tu baik je
Bila tengok si adik buat perangai..cepat-cepat dia datang kat makngah dia...
"Azeem baik kan makngah...Azeem tak buat perangai macam Adam..."
Haa...yelah...Azeem memang baik
Aku cakap apa pun dia ikut je
Tak pernah bantah...redha jelah pendek kata
Sebab tu aku suka bawa dia keluar
Takde la meronta-ronta nak minta mainan ke apa ke
Cuma kalau dia nak sesuatu tu...sebelum keluar rumah dia akan cakap awal-awal
"Azeem nak satu barang je makngah...nak buku je...lepas tu takde dah..."
Haa..kan aku dah cakap...Azeem tu memang baik >_<




Ada sekali tu...Azeem merajuk besar dengan kitaorang
Dia dengan Adam berebut buku dan pencil
Dan mesti la kemenangan di pihak Adam
Dah dia yg kecik
Mesti la semua orang suruh Azeem beralah
Sekali Azeem merajuk terus lari masuk dapur
Sorang-sorang datang pujuk dia
Ayah dia pujuk tak jalan
Atuk dia pujuk tak jalan
Yg lain-lain pujuk tak jalan
Lepas tu makngah dah tak boleh tahan...pergi juga la pujuk dia
Aku tanya la kenapa dia merajuk dan menangis
Saja nak bakar line kan
Padahal dah tahu sebabnya
Sekali Azeem boleh bagi jawapan sentap pula...
"Semua orang sayang Adam..."
Okay...memang tak tahan tengok muka dia masa tu
Terpaksa la makngah cakap nanti makngah beli buku lain untuk Azeem
Baru la okay mood dia...tapi tak nak cakap dengan Adam..hoho ^_^
 

 
Alahai...baru 2 orang anak buah...aku dah rasa pening kepala
Tapi, kerenah budak kecik berdua tulah yg buat aku happy
Dok sengih sorang-sorang bila teringat balik
Rindu la pulak!!




p/s : bila nak dapat anak buah perempuan plak ni..??



~ Dylla Abas ~

Sana-Sini Openhouse Raya

 

 Hari ni dah masuk 12 Syawal 1434H
Tapi...sehingga ke tarikh hari ini...belum satu openhouse pun yg aku pergi
Dalam erti kata lain...takde jemputan openhouse lagi
Sadis...huhu T_T

Kalau kat sini...biasanya hujung-hujung Syawal baru nak meriah dengan openhouse
UniRazak pun buat Jamuan Raya hujung bulan ni
So..sementara nak tunggu jamuan raya tu...kena cari alternatif lain
Kena cari openhouse...!!
Sesiapa yg buat openhouse...jemput la aku ye ** dengan muka tak malunya **
Rasa macam nak makan lemang, ketupat & rendang lagi

Tahun lepas...kat tempat kerja aku meriah dengan "open-department"
Semua department berebut-rebut buat jamuan raya
Memang jimat la duit sebulan
Makan free je
Tahun ni macam tak nampak bayang lagi
Wehhh...nak makan lemangggg!!


p/s : okay...nak sambung BW sambil jamu mata dengan entri-entri makanan semua



~ Dylla Abas ~

Semangat Bekerja Merudum

 

Tak pasti mood bekerja ni merudum gara-gara MALAS atau memang dah takde hati nak kerja kat sini
Puncanya...??
Entah la..susah nak cakap
Bila bangun pagi tu..banyak habiskan masa dengan termenung dan berfikir tentang masa depan sebelum betul-betul bangun dan bersiap
 Sedih bila mengenangkan macam tak tahu hala tuju hidup
Aduhai...Dylla...Dylla...apa nak jadi la dengan kau ni

Korang pernah tak rasa macam ni...?
Pernah tak bila bangun pagi-pagi tu rasa malas gile nak pergi kerja...?
Pernah tak rasa bila dah sampai tempat kerja tapi tak nak buat kerja...?
Dan pernah tak rasa mata tu asyik tengok jam je sebab tak sabar nak balik...?




Macam tulah perasaan aku 2-3 menjak ni
Apa la yg merasuk dalam hati ni sampai boleh rasa macam ni
Tergamak perasaan ni datang selepas hampir 10 tahun bekerja!
Macam mana la nak mengembalikan semangat dan perasaan suka nak bekerja tu ye...??
I need your help...please help me!!!


p/s : ke sebab bos cuti panjang yg buat aku jadi macam ni..ngee (^_^)



~ Dylla Abas ~

Thursday, 15 August 2013

Kembali Bekerja Setelah Seminggu Bercuti

 

Macam lama pula cuti raya aku kali ni
Sebelum ni tak dapat nak ambil cuti lama-lama
Cuti seminggu tu sebab bergerak secara solo
Esok-esok kalau dah berduet...lagi lama aku bercuti raya ye
Sakan sangat..!
Apapun, selamat hari raya la kat korang
Yg dah mula bekerja tu...bersemangat la masuk ofis ye
Termasuk la diri aku
Ni pun ada rasa nak balik rumah
Nak menghadap lemang dan rendang...tak puas-puas!

Semalam...seharian melepek di rumah
Demam urat
Perghhh...sakit seluruh badan ni...dugaan

Dan pagi tadi...on the way nak ke ofis
Tayar kereta pecah pula..!!
Lagi sekali dugaan
Nasib baik tayar spare okay
Lega la juga
Mula-mula tu nak tukar sendiri je
Tapi mengenangkan pakai baju kurung...
terus call Kesas Line
Tak dayo den nak berayu-ayuan tukar tayar di tepi highway dengan berbaju kurung
Abang-abang Kesas tadi senang la buat kerja tu
Sebab aku dah siapkan semua
Tinggal nak buka dan pasang balik je tayar tu
Sempat juga la kena bebel sebab keadaan tayar yg pecah tu teruk gile
Hoho >_<

Dan apapun...syukur sangat sebab aku dah selamat sampai ofis
Dan semua urusan tadi dipermudahkan...alhamdulillah (",)

p/s : sampai ofis terus dijamu dengan pelbagai jenis kek...maveles!



~ Dylla Abas ~

Saturday, 10 August 2013

Terkenang Zaman Kanak-Kanak


Bila melihat adik-adik sedara yg seronok berkumpul dan berborak sesama sendiri
Teringat pula masa aku umur-umur mcam diorang
Memang excited sangat bila tiba waktu Raya
Sebab waktu tu jelah yg aku ada peluang untuk berjumpa dengan sedara-mara semua
Happy sangat sampai tak tidur malam
Masa tulah macam-macam topik yg akan keluar
Daripada topik artis lelaki pujaan
Hingga la ke topik lelaki yg menjadi pujaan di sekolah!
Aduhaiiii...rasa nak sengih sorang-sorang pula >_<
Teringat lagi masa arwah opah ketuk dinding bilik suruh kitaorang tidur
Punya la excited berborak sampai tak ingat nak tidur
Rindunya kenangan tu semua
Sekarang masing-masing dah besar
Dah ada komitmen masing-masing
Dah ada family sendiri
Susah nak berkumpul macam dulu lagi T_T





p/s : inilah realiti yg harus ditempuhi bila kita semakin meniti usia





~ Dylla Abas ~

Thursday, 8 August 2013

Salam 1 Syawal 1434H


Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar
1 Syawal 1434H
Sekali lagi diberi kesempatan untuk meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa
Tahun ni kami semua masih ada mood nak beraya di Slim River
Walaupun arwah atuk dan opah dah lama pergi meninggalkan kami semua
Hanya kami berlima je yg ada pagi raya tadi
Walaupun tak semeriah mana...tapi aku bersyukur kerana masih dapat beraya dengan mak dan ayah
Sempat la singgah di kubur arwah atuk dan opah sebelum ke Tg.Malim untuk beraya di rumah makcik aku
Aktiviti wajib okay beraya di rumah makcik aku tu!
Aku kan anak buah kesayangan dia...huhu (",)






Apapun, raya pertama untuk tahun ni kami sambut dengan bersederhana je
Yg penting..mensyukuri nikmat yg telah Allah S.W.T kurniakan

p/s : tak sabar tunggu 2 orang anak buah aku tu balik >_<




~ Dylla Abas ~