They're My Best Buddies

Tuesday, 12 November 2013

Unirazak's 13th Convocation Day

 

Sabtu yg lepas, 9 November 2013, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak yg Ke-13
Walaupun aku tak terlibat secara langsung untuk majlis ni, tapi aku tetap menghadirkan diri
Memeriahkan majlis kata orang..ngee >_<
Sebelum tu, tahniah kepada 2 orang teman baik aku, Roslina Ramli dan Mohammad Ezwan Aplus, kerana telah berjaya menghabiskan pengajian mereka di peringkat Master
Lepas ni dah tak payah temankan korang buat assignment lagi ye

Suasana konvokesyen telah dirasa sejak hari Jumaat lagi, 8 November 2013
Satu rehearsal telah diadakan pada hari Jumaat tu
Majlis yg berlangsung di Putra World Trading Centre (PWTC), walaupun sangat sesak tapi meriah!
Seronok melihat muka adik-adik yg teruja setelah bergelar graduan
Teringat pula zaman belajar dulu
Okay..tetiba semangat nak sambung belajar kembali membuak-buak..hoho ^_^

Memandangkan tahun ni aku tak masuk dalam dewan, jadi aku tak tahu apa yg berlaku dalam tu
Boleh tengok gambar diorang jelah
Banyak gambar-gambar kat bawah ni aku copy dari Unirazak punya photographer je
Aku pun tak sempat nak bergambar sangat
Busy membantu kaunter Finance & Robes

Untuk konvokesyen tahun ni, ada 2 sesi bersidang
Disebabkan 2 sesi tu, aku pun terpaksa balik lewat hari Sabtu tu
Hmm..memang plan nak stayback pun sebenarnya
Sebab malam tu ada Dinner pula
Nasib baik la memang dah tergerak hati nak bawa baju dari rumah
Kalau tak..memang berseluar jeans la aku ke Dinner tu

Apapun, majlis telah berlangsung dengan jayanya
Terima kasih dan tahniah kepada semua yg terlibat
Jom layan gambar pula





















p/s : off to Bandung tonight (",)



~ Dylla Abas ~
Post a Comment