They're My Best Buddies

Monday, 28 October 2013

UniRazak Badminton Tournament 2013

 




Badminton lagi..??
Haa..kali ni nak cerita tentang badminton tournament
yg diadakan di JJB Badminton Court pada hari Ahad yg dah lama berlalu
20 October 2013
**tarikh tu tepat 2 tahun aku di UniRazak**


Asalnya, aku join program ni sebab nak memeriahkan suasana je
Kawan ofis aku, Fariza, ajak aku jadi partner regu dia
Hmm..memula tu tak nak juga
Dah 2 tahun aku tinggalkan reket tu
Confirm tak boleh nak main nanti
Tapi, join juga la sebab si Fariza ni dah excited gile nak main



Sampai sana, aku ternampak bekas Registrar UniRazak pun ada
Tuan Haji Mohd Suib Maulud
Terbaik la Tuan Haji..masih aktif walaupun di usia emas (",)



Sesi memanaskan badan berlangsung selama hampir 15 minit
Aku sempat la 'belajar' keadaan court kat sana tu
Lantai dia memang terbaekk!



Sementara menunggu game pertama tamat, aku sempat la cari sesuatu untuk isi perut dulu
Lapar la pula masa tu!
Balik semula ke badminton court tu...giliran aku pula
Amboi..kemain cepat korang main ek..??
Aku dan Fariza bertemu dengan pasangan student
Dalam hati aku masa tu macam dah gelak sorang-sorang dah
"ni kalau kalah dengan student ni tak tahu nak cakap la..."
Hahaha
Tapi...alhamdulillah..rezeki menyebelahi kitaorang
Menang straight set 15-7 dan 15-11
Disebabkan tournament tu "kalah-mati" dan tak banyak double untuk perempuan
Jadi, lepas menang game pertama tu, aku terus masuk ke semi final
Adoiiii...sengal juga la rasanya masa tu




Semi final tu bertemu dengan student juga
Kali ni game agak mudah sebab kitaorang menang lagi straight set
21-8 dan 21-11
Okay..kali ni sumpah aku gelak besar sebab terasa macam kitaorang buli gila-gila student tu
Apapun, aku seronok tengok semangat diorang bermain
Muka masing-masing fokus je..huhu (",)
Tamat je game tu, kitaorang dah layak ke pusingan akhir
Aku pergi final wehhh!
Sumpah kelakar

 
Alhamdulillah..akhirnya, aku dan Fariza telah dinobatkan sebagai juara untuk kategori Beregu Wanita
Kemain kau!
Dan yg paling menarik, beregu lelaki pun dimenangi oleh pasukan staff juga..yeay!!
Apapun, really enjoyed the game and the moment
Harap ada peluang untuk main badminton lagi lepas ni
 Dan kepada team yg akan mewakili UniRazak...chaiyokk!!

 

p/s : sangat rindu team badminton Mudajaya T_T



~ Dylla Abas ~





Post a Comment