They're My Best Buddies

Wednesday, 23 October 2013

Majlis Ibadah Qurban Unirazak 2013

 

 17 Oktober 2103 aritu kitaorang ada program Qurban
Batu 14, Hulu Langat
Tahun ni tak ramai yg join program ni
Staff yg selalu aktif dalam aktiviti macam ni kebanyakannya dah resign
Terasa agak 'sunyi' juga dengan keadaan tu
Tapi, apapun aktiviti tetap meriah la walaupun ada beberapa kerat je




Ada 2 ekor lembu yg menjadi qurban hari tu
Sampai je kat sana, kitaorang dijamu dengan sarapan pagi dulu
Ada beberapa orang wakil dari sekolah tahfiz yg berhampiran
Okay..sumpah lupa nama sekolah tu!




Lepas selesai bersarapan, barulah acara Qurban dimulakan
Aku berdiri dekat juga la dengan ustaz yg jadi tukang sembelih hari tu
Sempat pandang mata lembu tu kejap..aiyooo!
Nasib baik aku ni jenis hati kering
So..bila terpandang mata 'sayu' lembu tu pun aku tak rasa apa
Kihkihkih >_<



Kebetulan bos aku pun turun padang hari tu
Aku tengok dia berdiri agak jauh juga la
Dengan sunglasses dia tu..muka takde perasaan sungguh
Tapi, sempat lagi dia menyakat suruh berdiri jauh sikit dari lembu tu
Takut lembut tu bangun balik..chaitt



Masa sampai sana, aku memang dah merancang nak jadi tukang tengok je
Sebab aku memang tak tahu nak buat apa
Tapi, lepas tengok beberapa kawan bekerjasama memotong daging lembu tu
Hiris nipis-nipis untuk dijadikan daging bakar **untuk makan tengahari**
Aku rasa teruja la pula nak membantu
Malangnya, baru nak masuk kepingan daging yg ke-5....
jari aku pula yg terhiris!
Pedihnya T_T
 Dan akhirnya, memang jadi tukang tengok juga la aku sampai ke sudah


 
Apapun, hidangan makan tengahari memang superb!
Nasi arab + lauk (ayam dan kambing)
Daging bakar
Rojak buah
Sup tulang
Haa..terbaik kan..?? huhu ^_^



Untuk pembahagian daging qurban tu
Pihak UniRazak menyerahkan sepenuhnya kepada ustaz di sekolah tahfiz tu untuk menguruskannya
Moga-moga aktiviti Qurban ni akan diberkati oleh-Nya
In shaa Allah



p/s : dah biasa tengok lembu kena sembelih sejak di usia 8 tahun (",)




~ Dylla Abas ~


Post a Comment