They're My Best Buddies

Friday, 18 October 2013

Keburukan Yg Kita Nampak Itu Ada Pada Diri Kita

 

Agak lama juga aku mengabaikan blog ni
Kejap aktif..kejap pasif
Ni takde kaitan dengan mood ye
Ni semua sebab kepayahan nak online lepas lappy kena rompak aritu
Ofis la satu-satunya sumber yg aku ada buat masa ni
Tak senonoh...!

Okay..cukup intro untuk hari ni
Kalau tengok kat tajuk entri
Aku nak cerita tentang keburukan
Keburukan pada orang lain yg selalu kita nampak

"Dia tu kan nampak je baik, tapi sebenarnya talam dua muka..."

"Dia tu memang jenis yg busuk hati, pantang tengok orang lain lebih sikit.."

"Dia tu bla bla bla.."

Semua dia la pendek kata
Dia la yg jahat
Dia la yg buruk
Habis tu kita ni elok sangat ke..?
Dah cukup baik dah..?
Kalau kita ni dah cukup baik...takde la kita dok mengata orang itu ini kan

Sebenarnya apa yg kita nampak pada diri orang lain tu...
itulah diri kita sebenarnya
Setiap tingkah-laku dan percakapan kita merupakan cermin bagi diri kita
Jadi, untuk menjadi yg baik, berkata la sesuatu yg baik
Untuk menjadi yg baik, berbuat la perkara yg baik

Hidup ini mudah je kawan-kawan
Jangan kusutkan ia (",)


p/s : muhasabah diri



~ Dylla Abas ~
Post a Comment