They're My Best Buddies

Tuesday, 24 September 2013

My Heart...Please Be Strong

 

Tajuk je omputih
Tapi entri ni dalam bahasa Melayu ye..harap maklum (>_<)

Lately, hati aku ni sentiasa dicabar dan diduga
Macam-macam benda yg jadi
Macam-macam hal yg datang
Ada masa aku tersentap juga
Ada masanya aku cuba untuk buat tak tahu
Dan ada masanya aku rasa hati ni semakin tak mampu nak bertahan
Dah tua agaknya
So...hati pun ikut tua juga la..huhu ^_^

Pernah tak korang bayangkan kalau kita ni takde hati..apa jadi ye..??
Hmm..takde hati tu dah jadi macam penjenayah la pula
Boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan orang lain
Tak bestnya jadi penjenayah..!!

Hati ni besar fungsinya dalam tubuh badan kita
Dari sudut saintifik...hati ni merupakan organ yg terpenting di dalam proses metabolisma
Selain itu, hati juga berfungsi untuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah

Kalau dari sudut psycology, hati ni tempat kawalan perasaan
Eh...ye ke..??
Macam tulah lebih kurang
Apa-apa yg berkaitan dengan perasaan...
marah, benci, suka, rindu dan sebagainya
Asalnya dari hati
Kalau takde hati, macam mana nak rasa semua tu kan...?

Disebabkan hati ni merupakan organ yg sangat penting
Saintifik atau psycology
Kena la jaga hati tu baik-baik kan
Jangan sampai dia sakit atau rosak
Bila sampai satu tahap hati tu gagal berfungsi dengan baik
Diri kita pun tak berfungsi juga la jawabnya

Jadi...HATI ku yg tercinta
Tolong la bertahan
Tolong jadi lebih kuat
Supaya aku boleh terus hidup (",)


p/s : pagi-pagi cakap pasal hati...sakit hati agaknya aku ni
Post a Comment