They're My Best Buddies

Friday, 6 September 2013

Minggu Kemalasan

 

Sepanjang minggu ni, memang semua perkara dilakukan dengan perasaan malas
Bila dah rasa malas tapi masih tetap nak melakukan sesuatu, sangatlah tak menjadi hasilnya
Malas ni bukan sekadar malas nak update blog, tapi rasa malas nak buat semua
Bangun tidur pun malas, nak pergi mandi pun malas, nak cari makan pun malas
Rasa lebih senang bersantai-santai di atas tilam sambil ditemani oleh mr.Teddy gemok >_<
Dan yg lebih menariknya, attendance kerja aku sepanjang minggu ni merah belaka
Pecah rekod betul la Dylla..!!

Bermula dari hari Isnin, beberapa department di tempat kerja aku mengadakan Jamuan Raya
Tugas aku mudah je..rebus laksa sebanyak 3 bungkus malam sebelum jamuan tu
Tapi, berlaku pula kejadian tangan melecur masa nak merebus laksa
Mood terus down sepanjang malam dan sepanjang hari Isnin tu!
Dan akibatnya, hari Selasa tu aku m.c disebabkan demam tangan melecur...adoiii
** tak pernah mengalami kejadian melecur sepanjang hidup..tulah 1st time kena **

Rabu tu pula, dengan tray yg dah menimbun, jadi masuk ofis dengan perasaan yg sangat bebal
Cuba selesaikan semua kerja dengan kadar segera sambil-sambil BW
Memang tak boleh fokus!

Semalam, cuba nak jadi rajin dengan buat kerja-kerja filing
Tapi..............
tudiaaaa..rupa-rupanya dah 4 bulan aku tak buat filing!
Masuk je bilik file tu, tengok dokumen aku elok je tersusun atas rak
Files pun kosong je..cantik je lagi ring dia..hahahaha
Jadi, hampir setengah hari aku siapkan kerja filing tu
Alhamdulillah...berjaya juga aku siapkan ^_^
Bila kat rumah, satu apa pun tak nak buat
Tidur pun lewat
Dok belek-belek novel, main remote tv, bla bla bla
Bila dah tidur pun lewat, memang la bangun pun liat kan
Apala nak jadi dengan kau ni Dylla..??
Apapun, bersyukur sangat sebab walaupun dengan 1001 alasan malas ni...
aku masih gigih meneruskan rutin harian seperti biasa (",)


p/s : beratnya mata ni..rasa nak terpejam je..lambat lagi ke nak balik???



~ Dylla Abas ~


Post a Comment