They're My Best Buddies

Monday, 23 September 2013

1001 Cerita

 

Lama sungguh aku menyepi
Bukan takde apa yg nak dikongsi
Cuma..........
Mood ni kejap okay kejap tak okay
Sementara nak tunggu mood tu okay..aku kumpul la dulu beberapa cerita
Ada la juga benda nak update kat blog buruk ni kan

Ada beberapa kejadian yg berlaku dalam hidup aku sepanjang aku tak berblog ni
Rasa sedih juga bila diingatkan balik
Minggu pertama bulan September yg lepas
Aku dikejutkan dengan berita yg paling tak best
Ayah dah serahkan rumah kat kampung tu atas nama adik dia
Sumpah sedih!
Lepas ni aku takde kampung lagi
Takde lagi Slim River dalam hidup aku T_T
Aku pun tak tahu kenapa ayah buat macam tu
Tulah satu-satunya kenangan arwah atuk dan opah
Bila dah bertukar milik ni..faham-faham jelah
Ayah...ayah....

Masuk minggu kedua bulan September
Rumah aku di Cheras dipecah masuk!
Lahaulawalaquwataillabillah
Sadis wehhhh @_@
Lappy aku hilang
DSLR dengan Flash pun hilang
Cincin aku pun hilang juga
Housemate aku kehilangan lappy je
Sedih...memang rasa nak menangis
Tapi, masa sampai rumah tu...aku hanya mampu ketawa je
Ketawa tengok keadaan bilik aku yg teramatlah bersepah!
Sumpah...aku sendiri tak pernah sepahkan bilik aku macam tu
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana
Paling sedih bila aku ternampak beg DSLR aku tercampak kat tepi tangga
Ya Allah...speechless!
Menggigil juga la tangan aku kutip balik beg tu
Bawa naik ke rumah dengan perasaan yg sangat bebal
Bila tengok isi beg dah takde...lagi la rasa nak menangis
Dah la DSLR tu abang yg hadiahkan
Bila mengadu kat abang...dia pun tak terkata apa T_T
Buat police report...tapi buat syarat jelah
Diorang pun macam nak tak nak je layan
Kitaorang bukan mangsa kecurian yg pertama
Jadi...itulah hakikatnya yg terpaksa kitaorang hadapi bila tak dapat layanan yg sepatutnya

Dan........
Sabtu yg lepas
Housemate aku begnya diseluk pula di Jalan TAR
Handphone dia pula hilang
Astaghfirullahal'adzim
Bertimpa-timpa dugaan Allah yg datang
Bila diingatkan balik...aku tak tahu masa bila pencuri tu sempat seluk beg kawan aku ni
Cepat tangan sungguh!

Apapun...moga-moga dengan dugaan macam ni akan buat kitaorang jadi lebih tabah
Sedih tu memang la sedih
Tapi...dah ditakdirkan bukan rezeki aku
Moga Allah memberi balasan yg setimpal terhadap pencuri-pencuri tu
Allah tu Maha Adil kan
Redha jelah Dylla ^_^

 
Hanya tinggal kenangan
Gonna miss you Mr.Fuji T_T



p/s : akan kembali aktif berblog lepas ni...in shaa Allah (",)
 
 
 
Post a Comment