They're My Best Buddies

Saturday, 10 August 2013

Terkenang Zaman Kanak-Kanak


Bila melihat adik-adik sedara yg seronok berkumpul dan berborak sesama sendiri
Teringat pula masa aku umur-umur mcam diorang
Memang excited sangat bila tiba waktu Raya
Sebab waktu tu jelah yg aku ada peluang untuk berjumpa dengan sedara-mara semua
Happy sangat sampai tak tidur malam
Masa tulah macam-macam topik yg akan keluar
Daripada topik artis lelaki pujaan
Hingga la ke topik lelaki yg menjadi pujaan di sekolah!
Aduhaiiii...rasa nak sengih sorang-sorang pula >_<
Teringat lagi masa arwah opah ketuk dinding bilik suruh kitaorang tidur
Punya la excited berborak sampai tak ingat nak tidur
Rindunya kenangan tu semua
Sekarang masing-masing dah besar
Dah ada komitmen masing-masing
Dah ada family sendiri
Susah nak berkumpul macam dulu lagi T_T





p/s : inilah realiti yg harus ditempuhi bila kita semakin meniti usia





~ Dylla Abas ~
Post a Comment