They're My Best Buddies

Monday, 19 August 2013

Kerenah Azeem & Adam Yg Menghiburkan Hati

 

Cuti Raya baru-baru ni...sempat la luangkan masa dengan 2 orang anak buah aku
Azeem & Adam
Bila dah makin besar...makin macam-macam perangai la yg diorang buat kan
Tapi alhamdulillah...so far kedua-duanya tak menyusahkan
Dengan orang lain aku tak tahu la
Tapi dengan makngah diorang yg garang ni...diorang baik je
Menurut perintah!




Kalau bawa keluar mana-mana pun...diorang okay je
Tak degil walaupun si kecik tu kadang-kadang buat perangai juga
Dia tu pantang nampak bola..mesti nak!
Aritu bawa diorang pergi Tesco...sekali salah jalan pula
Termasuk lorong yg ada bola
Haaa...amekaw...satu Tesco dengar dia meraung
"Nak boyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"
Sebut bola pun tak betul lagi...apa la
Lepas tu aku sengaja lalu kat tempat jual tembikai
"Haa...tadi Adam nak boya kan...amek la..."
Tahu la pula dia sengih-sengih tengok tembikai tu..geleng-geleng kepala
"Tak mboh..."
** Terengganu sangat si kecik tu..!! **







Yg si abang tu baik je
Bila tengok si adik buat perangai..cepat-cepat dia datang kat makngah dia...
"Azeem baik kan makngah...Azeem tak buat perangai macam Adam..."
Haa...yelah...Azeem memang baik
Aku cakap apa pun dia ikut je
Tak pernah bantah...redha jelah pendek kata
Sebab tu aku suka bawa dia keluar
Takde la meronta-ronta nak minta mainan ke apa ke
Cuma kalau dia nak sesuatu tu...sebelum keluar rumah dia akan cakap awal-awal
"Azeem nak satu barang je makngah...nak buku je...lepas tu takde dah..."
Haa..kan aku dah cakap...Azeem tu memang baik >_<




Ada sekali tu...Azeem merajuk besar dengan kitaorang
Dia dengan Adam berebut buku dan pencil
Dan mesti la kemenangan di pihak Adam
Dah dia yg kecik
Mesti la semua orang suruh Azeem beralah
Sekali Azeem merajuk terus lari masuk dapur
Sorang-sorang datang pujuk dia
Ayah dia pujuk tak jalan
Atuk dia pujuk tak jalan
Yg lain-lain pujuk tak jalan
Lepas tu makngah dah tak boleh tahan...pergi juga la pujuk dia
Aku tanya la kenapa dia merajuk dan menangis
Saja nak bakar line kan
Padahal dah tahu sebabnya
Sekali Azeem boleh bagi jawapan sentap pula...
"Semua orang sayang Adam..."
Okay...memang tak tahan tengok muka dia masa tu
Terpaksa la makngah cakap nanti makngah beli buku lain untuk Azeem
Baru la okay mood dia...tapi tak nak cakap dengan Adam..hoho ^_^
 

 
Alahai...baru 2 orang anak buah...aku dah rasa pening kepala
Tapi, kerenah budak kecik berdua tulah yg buat aku happy
Dok sengih sorang-sorang bila teringat balik
Rindu la pulak!!




p/s : bila nak dapat anak buah perempuan plak ni..??



~ Dylla Abas ~

Post a Comment