They're My Best Buddies

Friday, 2 August 2013

Home-made Macaroni Carbonara

 

Rasanya mecam pernah share resepi ni sebelum ni
Tapi takpe la...share je lagi sekali...apa salahnya kan (",)
Jangan pelik pula resepi carbonara aku ni
Sebab ada kaedah menumis ye
Nak buat macam mana..tekak orang kampung..hehehe

Bahan-bahannya :
1 bungkus Macaroni/Spaghetti/Pasta
4-5 ketul sosej ayam
1 tin Campbell Soup (Ayam/Cendawan)
1 tin Prego Carbonara
1 tin Cendawan
 Sedikit Lada Hitam
1 kiub Ayam
3 ulas Bawang Putih
1/2 biji Bawang Besar





Cara memasaknya :
1. Rendam macaroni/spaghetti/pasta sebelum merebusnya
2. Hiris bawang besar & bawang putih
3. Potong sosej (potong dadu ke bulat ke...terpulang la)
4. Lada hitam tu tumbuk la bagi halus sikit (kalau korang malas...guna je serbuk lada hitam tu...tapi rasa dia kureng sikit la..)
5. Tumiskan bawang putih, bawang besar & lada hitam
6. Lepas tu masukkan sosej ayam yg dah dipotong tu
7. Masukkan pula cendawan
8. Biarkan sekejap, lepas tu baru masukkan Prego Carbonara & Campbell Soup
9. Tambah 2 tin air (guna tin prego tu ye...)
10. Lepas tu kacau-kacau la bagi sebati, then baru masukkan kiub ayam
11. Kacau-kacau dan tunggu masak...then, siap!
12. Jangan lupa rebus macaroni/spaghetti/pasta yg dah direndam tu ye


Note : resepi ni tak perlu garam mahupun perisa tambahan ajinomoto ye (",)


p/s : selamat mencuba!



~ Dylla Abas ~
Post a Comment