They're My Best Buddies

Monday, 5 August 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 24

 

Semangat nak menghias ofis dengan ketupat dan lampu lip-lap tetiba je datang
Dah masuk puasa ke-24 pun
Tu pun sebab dok tengok department lain yg dah sangat cantik dengan hiasan diorang
Baru la terasa kemeriahan raya kan

Tapi...macam tahun-tahun sebelum ni
Mood raya aku macam biasa je
Takde la teruja sangat-sangat
Rasa sedih bila memikirkan lepas ni dah tak bangun sahur lagi
** melainkan kalau nak buat puasa Qada la ye **
Dan rasa sangat sedih bila kemeriahan di surau dan masjid menjadi kurang T_T
Sepatutnya...kena la Istiqamah kan
Bukan bulan Ramadhan je kita patut beribadah
Tapi, bagi aku secara peribadinya...
Beribadah ketika di bulan Ramadhan terasa lain la
Rasa lebih khusyuk daripada masa-masa lain
** mungkin sebab kurangnya gangguan Syaitan **
Hmm..wallahu'alam

p/s : sempat ke Maju Junction waktu lunch..meriah!



~ Dylla Abas ~
Post a Comment