They're My Best Buddies

Tuesday, 20 August 2013

Dari ING ke AIA dan kini TAKAFUL IKHLAS

 

Dulu, masa kat tempat kerja lama...pergi klinik mesti kena bayar dulu
Lepas tu tunggu la seminggu dua untuk dapat claim nye balik
Bila aku join UniRazak ni...perkara macam tu tak berlaku ye
Jadi...mula-mula tu agak teruja juga la
Pergi klinik..bagi je medical card ni..lepas tu tak payah fikir pasal nak bayar ke apa ke

Masa mula-mula aku masuk sini, 1st medical card yg aku dapat ialah ING
Kaler oren!
History medical card tu tak berapa nak bagus la
Sebab kebetulannya aku agak kerap jatuh sakit tahun lepas
Jadi, banyak ke klinik la jawabnya
Lepas tu, diorang tukar medical card tu dengan AIA
Yg aku dengar...AIA dah beli ING
Apa maksud ayat tu...wallahu'alam
Aku terima je...AIA medical card kaler merah
Tak sampai sebulan pun...tetiba hari ni dapat medical card baru!
Aik...??
Tapi..tu pun aku tak banyak bunyi
Aku terima juga seadanya..huhu >_<

Yg pasti...aku ada medical card lain sebagai back up
Kalau la aku dah tak kerja kat sini lagi...macam mana kan...??
Jadi...dengan mengamalkan konsep sediakan payung sebelum hujan
Aku pun amek la plan TakafulHajj
Kalau tak silap aku la nama plan dia macam tu
Salah satu sebab aku amek plan tu..nak tolong kawan
Dan lagi satu sebab..macam yg aku tulis kat atas tu...back up plan

Pada aku, secara peribadinya...medical card ni penting
Tambahan pula zaman sekarang ni semuanya duit
Kot la nanti jatuh sakit ke ** Nau'zubillah ** dan masa tu duit tengah takde..haa, nak buat macam mana..??
Medical card la penyelesaiannya
Ada orang fikir...
"Aku bayar tiap-tiap bulan..dah bertahun aku bayar...tapi aku tak pernah claim pun...rugi la macam ni.."
Haaa...salah pemikiran macam tu
Bagus la kalau kita tak pernah claim
Itu maknanya kita sihat...alhamdulillah
Macam aku...aku amek plan yg ada saving
Jadi, walaupun tak la banyak sangat...sekurang-kurangnya ada la pulangannya nanti
Ataupun, kalau aku dah takde...ada la aku tinggalkan sesuatu untuk mak dan ayah (",)

p/s :  tetiba cakap pasal medical card pula petang ni



~ Dylla Abas ~
Post a Comment