They're My Best Buddies

Monday, 15 July 2013

Melayan Kerenah Adam Di Bulan Puasa Memang Mencabar

 

Cuti 2 hari yg lepas, aku balik ke Bukit Beruntung
Niat utamanya sebab nak berbuka puasa dengan mak dan ayah la
Niat sampingan tu sebab nak jumpa anak buah aku yg kat Kemaman tu, Adam

Awal pagi Sabtu tu dia dah bangun dari tidur
Kemain cergas lagi budak kecik tu!
Sepak bola, main kereta kontrol, berlari ke sana-sini
Aku masa tu tengah sibuk nak menjahit beg untuk ummi dia
Dia pun sibuk juga nak menolong
Orang pilih kain...dia pun nak pilih kain juga
Orang pegang gunting...dia pun nak sibuk menggunting
Nasib baik selamat kain-kain aku
Kalau tak memang bertukar jadi hulk hogan la aku masa tu >_<




Apapun, happy bila tengok dia sihat macam tu
Takde la melepek je macam selalu kan
Alhamdulillah (",)


p/s : Lepas je Adam balik ke Kemaman petang Sabtu tu, rumah terus jadi sunyi...alahai...


~ Dylla Abas ~
Post a Comment