They're My Best Buddies

Tuesday, 16 July 2013

Lagu Raya di Puasa ke-7

 

Tak tahu la kalau aku salah dengar ke apa
Tapi, telinga ni dok mendengar lagu raya dari speaker officemate
Baru puasa ke-7 kot
Err...bukan apa..rasa macam terlalu awal
Mood nak mengerjakan tarawih masih berkobar-kobar
Kalau dok layan lagu raya nanti mood tu bertukar jadi mood shopping lak
Aku juga yg susah...hehe (>_<)

Masa balik rumah mak dan ayah baru-baru ni, aku dapat soalan bonus
"Tahun ni baju raya kita tema apa kakak...?"
Hoho..masih terasa lagi letihnya nak mencari baju raya kaler turqouise tahun lepas
Dah nak fikir  tema baju raya untuk tahun ni pula
Aku sebenarnya memang dah fikir dari awal lagi nak belikan mak dan ayah baju raya kaler apa tahun ni
Sebab hari tu aku sempat belek-belek almari baju ayah
Dok tengok koleksi baju melayu dia...ada beberapa kaler yg takde lagi
Mak aku tak kisah sangat, kaler tu ada banyak pun dia pakai je

Jadinya, untuk tahun ni, aku dah memilih kaler dark silver untuk tema baju raya kitaorang
Tahun ni beraya tanpa family abang dan family adik
Jadi, tinggalkan kitaorang berlima je
Tapi, tak sangka pula family abang dan family adik suka dengan pemilihan tema baju raya tahun ni
Diorang pun akan mencari baju raya dengan kaler dark silver tu...best best (",)

Hmmm...sambung balik bab Lagu Raya
Kalau dengar lagu raya, aku prefer lagu raya dulu-dulu
Labih catchy
Tapi lagu raya yg moden-moden ni macam tak kena je
Takde feel sangat
Kalau lagu raya dulu-dulu tu best je
Paling best lagu Saloma la
"Selamat Hari Raya"
Sampai sekarang masih meletop lagi (^_^)


p/s : tahun ni nak kena tukar caller ringtone raya lagi ke...? huhu...


~ Dylla Abas ~

Post a Comment