They're My Best Buddies

Thursday, 18 July 2013

Kisah Iskandar Zulkarnain Dan Penyesalan Di Hari Akhirat

 

Tersebutlah kisah
Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya yg terpaksa melalui 1 terowong yg amat gelap
Tak ada api...tak ada cahaya
Di pertengahan jalan, mereka terpijak batu-batu yg banyak bertaburan
Mereka pernah mendengar bahawa terowong itu kaya dengan emas dan berlian
Maka bala tentera tersebut mula mengutip batu-batu yg ada
Ada yg mengutip hingga penuh kedua tangan
Ada yg menggunakan baju untuk mengutip lebih banyak batu
Ada juga yg tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap...
ada di antara mereka yg berasa letih lalu melepaskan batu-batu yg dibawa
Akhirnya, mereka mula menghampiri hujung terowong
Dalam samar-samar, mereka melihat batu-batu itu memang benar emas dan berlian
Maka ramai yg meminta kebenaran untuk berpatah balik ke tengah terowong
Namun ditegah keras oleh Iskandar Zulkarnain

Bila mereka keluar dari terowong, penyesalan yg amat hebat dirasakan oleh bala tentera tersebut

1. Paling menyesal adalah mereka yg tidak percaya langsung tentang kewujudan emas dan berlian itu

2. Yg membawa sedikit juga terasa menyesal..."kenapa la aku bawa penuh tangan je..aku patut gunakan baju.."

3. Yg membawa penuh baju pun menyesal..."aku patut pinjam kain dari orang lain dan gunakan mulut untuk mengangkut emas dan berlian tu..."

4. Yg paling menyesal ialah yg mula-mulanya percaya tapi separuh jalan telah melepaskan batu-batu itu kerana tidak yakin dan kerana mereka berasa letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita di akhirat kelak
Semuanya akan menyesal
Tiada yg terkecuali
Ketika Sakaratul Maut, kita akan diberi gambaran di mana nasib kita kelak
Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia sekiranya mereka melihat gambaran yg tidak baik untuk nasib mereka
Bila sampai masanya di akhirat kelak, semuanya pasti akan berasa menyesal

1. Orang yg soleh dan solehah akan menyesal kerana membiarkan masa berlalu tanpa memanfaatkannya untuk meningkatkan lagi amal ibadah supaya mendapat darjat yg lebih tinggi

2. Yg kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam tak serupa manusia, lagi la menyesal. Ada amalan. Tapi sangat sedikit. Dosa pula yg menimbun.

3. Orang-orang kafir la yg paling menyesal. Terutamanya mereka yg dah sampai seru tentang Islam, tapi memilih untuk tidak beriman kerana ego dan perasaan pentingkan keduniaan.

4. Dan orang yg asalnya Islam tapi meninggalkan Islam (murtad) adalah golongan yg paling menyesal.

Itulah serba sedikit gambaran penyesalan di Hari Akhirat kelak
Diceritakan penyesalan mereka di dalam Surah As-Sajadah
Ahli neraka merayu kepada Allah S.W.T

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat akan kedasyatan akhirat,
Kembalikan la kami ke dunia agar kami boleh beramal soleh,
Sesungguhnya kami benar-benar menyesal,
Dan kami telah benar-benar yakin akan kekuasan-Mu..."



p/s : ya Allah...tetapkan la Imanku agar aku tidak menjadi sebahagian daripada golongan mereka yg menyesal di akhirat kelak...amin



~ Dylla Abas ~

Post a Comment