They're My Best Buddies

Wednesday, 17 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 7

 

Pejam-celik pejam-celik dah seminggu kita berpuasa
Alhamdulillah...syukur yg tak terhingga di atas kesempatan yg diberi-Nya
Okay...minggu pertama dah berlalu
Masuk minggu ke-2 selalunya aku dah mula cari idea untuk design baju raya tahun ni
Sebab jahit sendiri...so design tu mengarut pun tak kisah la kan
Tahun ni rasa nak buat jubah je
Kena tengok kesesuaian kain tu juga la
Kalau tak sesuai...aku ingat buat baju kurung jelah
Senang...tak payah nak pening-pening fikir design macam mana kan (^_^)

Malam tadi dah bentang dah kain tu
Dah pegang juga pembaris dan kapur kain
Sekali mood nak buat beg untuk hadiah Mini GA datang pula!
So, lipat balik kain...bentang pula kain lain
Hahahaha...adoiii, pening!
Hadiah-hadiah untuk Mini GA tu in progress
Mungkin next Monday boleh upload gambar-gambarnya

Sesiapa yg belum join, sila la sudikan diri untuk join ye
Klik je banner kat entri atas tu (",)


p/s : buka puasa makan nasi goreng housemate...sedap!!


~ Dylla Abas ~
Post a Comment