They're My Best Buddies

Friday, 12 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 2

 

Semalam...1 hari terasa lemau
Baru puasa ke-2
Bila aku bagitau kat mak yg aku bersahur makan nasi ayam
Kata mak, "makan nasi ayam masa sahur..?? memang la lemau!"
 Persoalannya, apa kaitan nasi ayam dengan lemau...??

Okay...abaikan part lemau tu
Petang semalam lepas balik kerja terus solat Asar
Lepas tu mengaji 2-3 mukasurat..mata dah rasa layu gile!
Baring-baring la kejap
Kononnya nak rehatkan badan
Sekali mata yg berehat!
Astaghfirullahal'adzim
Nasib baik housemate tolong kejutkan aku untuk berbuka puasa
Kalau tak, buka puasa dalam mimpi la jawabnya
Entah apa la yg penat sangat sampai terlena di petang hari

Masa berbuka puasa tu, kepala rasa bebal
Cakap pun macam tak berapa nak betul...mamai!
Tulah...orang kata tak elok tidur petang...nanti gila ** betul ke gila...?? **


p/s : missed sahur hari ni...sedih T_T


~ Dylla Abas ~
Post a Comment