They're My Best Buddies

Wednesday, 31 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 14

 

Masuk hari ke-14 berpuasa...badan makin semakin selesa
Takde la nak mengade-ngade rasa lapar la penat la itu la ini la
Bangun sahur pun cukup sekadar kurma dan air kosong je...alhamdulillah
Menu buka puasa pun semakin sederhana
Cuma...............
Semenjak dapur dah "hidup" kat rumah tu
Si housemate sangat la rajin memasak
Ada je menu yg dia nak cuba
Puasa ke-14 tu, dia buat puding roti
Aku pun tak pasti macam mana dia buat
Siap ada topping bagai
Menarik dan rasanya pun sedap!
Pandai masak rupanya housemate aku ni (^_^)


p/s : dah TERjanji nak masak Carbonara pula dengan housemate...aduiiii




~ Dylla Abas ~
Post a Comment