They're My Best Buddies

Friday, 12 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 1

 

Diari Ramadhan kembali...!!
Alhamdulillah
Masih ada kesempatan untuk ber"diari"

Puasa pertama berjalan dengan sangat lancar
Cuma awal pagi tu jelah perut buat hal sikit
Dah lama dia tak bagi aku dengar lagu Keroncong
Pagi tu dia bagi dengar pula
Mengembalikan nostalgia ketika berpuasa di asrama dulu
"Rajin" sangat bagun sahur kan
 Awal pagi memang perut mendayu-dayu la

Nak dijadikan cerita...lif kat tempat kerja ni rosak pula
Mungkin makan masa untuk baik-pulihkan ia
Jadi, dengan keadaan berpuasa, terpaksa pula turun-naik tangga
Memang menguji kesabaran juga sebenarnya
Tapi, buat masa ni...aku berjaya lalui dugaan ni...alhamdulillah
Walaupun ada rasa mengah sikit...tapi, boleh la
Mungkin dah biasa turun-naik "penthouse" 5 tingkat aku tu...hoho (^_^)

Balik tu, singgah kejap bazar Ramadhan di bandar Tun Razak tu
Cari menu berbuka puasa
And surprisingly...aku beli nasi ayam je!
Sangat jimat kan...? Huhu...okay la tu...tahun ni kena beringat sikit
Tak nak ada istilah membazir lagi


p/s : teringin nak makan murtabak meggi la pula!



~ Dylla Abas ~

Post a Comment