They're My Best Buddies

Tuesday, 23 July 2013

Belajar Memahami Isi Kandungan Al-Quran @ Kalamullah

 

Dari hari pertama berpuasa, rancangan Kalamullah menjadi pilihan ketika bersahur
** sahur pun nak tengok tv jgk..??? **
Seronok tengok adik Hadi, Fatimah dan Shakirah tu mengaji
Sedap je bunyinya..mendayu-dayu
Dalam masa yg sama, aku boleh memperbaiki bacaan aku
Banyak kelemahan yg harus diperbaiki
Dan yg paling menarik, aku boleh faham maksud setiap ayat yg dibacakan
Bila dah faham maksudnya, baru la kita faham tanggungjawab kita sebagai seorang muslim kan
Bagus rancangan ni...memang tak rugi la tengok (",)

Selain daripada itu, banyak juga kisah-kisah menarik yg dikongsikan
Kisah-kisah dari dalam al-Quran la tentunya
Banyak pengajaran yg berguna yg boleh kita praktikkan

Kadang-kadang bila membaca al-Quran tu
dah tentu la kita nak tahu apa maksudnya kan
Bila kita dah boleh faham sikit maksud beberapa perkataan
Kita akan boleh memahami keseluruhan ayat tersebut
Apapun, sekurang-kurangnya waktu sahur aku bermanfaat juga dengan adanya rancangan ni


p/s : Kalamullah...tak tengok rugi, tak baca lagi rugi (^_^)


~ Dylla Abas ~
 

Post a Comment