They're My Best Buddies

Wednesday, 31 July 2013

Akad Bayaran Fidyah

 

Baru-baru ni aku membantu seorang kawan membuat bayaran Fidyah
Oleh sebab aku tak pernah membuat bayaran Fidyah sebelum ni, aku agak blur juga dengan prosedurnya
Dan untuk pengetahuan semua, bayaran Fidyah juga ada akadnya

 1 - Perlu bersalam dengan si penerima bayaran

2 - Perlu menyebut dengan jelas akadnya :

"Saya [NAMA] dengan ini ingin membuat bayaran Fidyah dengan jumlah [RM] kerana Allah Ta'ala"

Jika kita membayar bagi pihak ke-3, perlu juga menyebut nama pihak ke-3 tu :

"Saya mewakili [NAMA] dengan ini  ingin membuat bayaran Fidyah dengan jumlah [RM] kerana Allah Ta'ala"

Mudah je kan...? Haa, lepas ni sesiapa yg ingin membuat bayaran Fidyah, boleh la buat sebelum datangnya Ramadhan 1435H ye
Takut nanti bayaran Fidyah tu akan digandakan pula
Bayaran Fidyah adalah 1 hari bersamaan secupak beras (675gram) bersamaan RM 1.75
Boleh rujuk [SINI] untuk pengiraan Fidyah yg lebih jelas


p/s : Islam itu Mudah (",)



~ Dylla Abas ~
Post a Comment