They're My Best Buddies

Friday, 28 June 2013

Pengisian Ramadhan

 

Pejam celik pejam celik..dah nak Ramadhan pun
Alhamdulillah..moga dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk menempuh Ramadhan kali ini
Jadi...bagi sesiapa yg masih belum selesai mengqada' puasa...
masih ada masa lagi untuk menghabiskannya (",)

Apapun, untuk Ramadhan kali ini, banyak yg telah aku rancang
Salah satu daripadanya macam biasa la..khatam Quran
Dan moga diberi kekuatan untuk bertarawih penuh sebulan

Tahun ini, aku tak nak jahit baju last minute lagi
Disebabkan takut tak dapat tidur lagi di malam raya...
jadi aku dah siap-siap potong kain yg nak dijahit tu
Memandangkan dah ada mesin jahit...
tahun ini aku tak jahit baju aku sendiri je
Baju mak dan adik bongsu tu pun aku jahitkan juga
Kemain semangat!
Jangan buat sekerat jalan dah la ye Dylla

Ramadhan kali ni, aku teringin nak buat sesuatu
Teringin rasanya nak ikut mana-mana aktiviti sukarela
yg mengagihkan makanan bersahur kepada mereka yg memerlukannya
Walaupun aku dah mendaftar sebagai sukarela di Yayasan Salam
Tapi, belum pernah lagi melibatkan diri dalam aktiviti mereka
 In shaa Allah, tahun ini aku nak join

Sempena Ramadhan kali ni, aku nak bagi sesuatu untuk korang semua
Semua...??? err, maksud semua tu yg berminat jelah ye >_<
Tapi bukan kad raya macam tahun lepas tau
Nanti aku update lain ye..!!


p/s : sedih broadband dah kena blocked..kena pegi bayar lorr (T_T)



~ Dylla Abas ~
 
Post a Comment