They're My Best Buddies

Tuesday, 25 June 2013

Cinta Pada Dunia

 

Seronok menonton rancangan Tanyalah Ustaz sehari dua ni
Semalam dan arini tajuknya berkaitan dengan cinta
Mesti ramai yg suka bila sebut pasal cinta kan

Disebabkan menonton sambil bersiap-siap nak pergi kerja...
jadi aku kurang fokus sangat
Apa yg menarik perhatian aku ialah bila ustaz menjawab persoalan tentang cintakan dunia

Antara tanda-tanda orang yg cintakan dunia :

1) Bila tiba waktu solat - dia mendengar azan tapi buat endah tak endah...sempat pula online FB dulu atau buat kerja lain terlebih dahulu
Ada orang yg suka melengah-lengahkan waktu solatnya..contohnya, solat Zuhur tu dibawa sekali ke solat Asar...solat di hujung waktu la senang cakap...tak boleh macam ni...Sabda Baginda Rasulullah S.A.W :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) 
2) Bila hendak bersedekah - asyik terfikir "cukup ke duit aku kalau aku sedekah rm50.00 ni..? ahh...sedekah rm1 sudah..janji dapat pahala..."
Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T..jangan takut untuk memberi (bersedekah) kerana pulangannya lebih daripada apa yg telah kita keluarkan...itu janji Allah S.W.T dan janji Allah S.W.T itu pasti. Seperti firman-Nya di dalam Surah al-Hadid ayat 18 yg bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Ada banyak lagi tanda-tanda lain
Tapi, bagi aku cukup la dua ni sebagai pengajaran yg berguna
Moga aku akan lebih bermuhasabah diri lepas ni
Tak salah kita cintakan dunia
Asalkan kecintaan pada Akhirat itu melebihi segalanya
Wallahu'alam.


p/s : pentingkan tidur dari bagun solat pun dah masuk kategori cintakan dunia tu...astaghfirullahal'adzim



~ Dylla Abas ~

Post a Comment