They're My Best Buddies

Sunday, 2 June 2013

Cerianya Hidup Dengan Anak Kecil

D

Entri ni memang berkisar tentang dua orang anak buah aku
Azeem dan Adam
Seorang anak abang dan seorang lagi anak adik aku
Anak aku...?? Coming soon...huhu (^_^)

Bila tengok gelagat dan kerenah diorang ni...rasa tenang je
Walaupun suasana terasa meriah sangat..tapi ada rasa bahagia kat situ
Tak mampu nak sembunyikan senyum dan tawa dengan keletah diorang
Ceria hidup dapat tengok diorang ketawa dan bermain bersama




Kadang-kadang aku terfikir juga
Apalah salahnya budak-budak kecil yg didera...??
Ada yg didera sampai mati!!!
Apalah dosa diorang agaknya...??
Aku kalau tengok anak-anak kecil mesti, mesti ada rasa suka
Nak kata aku ni sukakan sangat budak-budak tu...tak la
Anak buah sendiri aku layan la
Kalau anak orang lain aku tak tahu sangat nak layan macam mana
Tak kisah la pasal tu
Apap yg aku nak tekankan kat sini...
bila aku tengok anak-anak kecil ni...
memang tak kan rasa sampai hati la nak mendera diorang
Nak jentik pun dah rasa lain macam
** walaupun kadang-kadang aku jentik je telinga si Azeem tu bila dia degil...huhu **

Jadi, bila ada berita kes penderaan kanak-kanak atau bayi ni
Hanya 1 je yg terdetik dalam hati aku ni
TAKDE HATI PERUT
Anak-anak yg masih suci dan tak berdosa tu pun nak didera
Sedihnya rasa :(



p/s : baru-baru terbaca berita tentang bayi yg ditemui masih hidup dalam saluran najis..na'uzubillah...jauhkanlah kami dari sifat sedemikian dan lindungilah anak-anak kecil yg tak berdosa ni...amin..




~ Dylla Abas ~
Post a Comment