They're My Best Buddies

Tuesday, 4 June 2013

Baru Setengah Tahun

 

 2013 dah meninggalkan kita hampir setengah tahun
Jadi, dalam tempoh setengah tahun...apa yg dah kita capai...?
Apa yg dah kita buat dalam hidup...?
Apakah azam kita dah terlaksana....?



Bagi diri aku, banyak benda yg belum terlaksana lagi
Apa yg aku dah buat selama hampir setengah tahun ni pun belum cukup membanggakan
Cuma tahun ni...aku rasa aku behave sikit la
Lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni
Eh...??? Masuk lif tekan sendiri nampak!!

Hee..tak la..tak berniat nak puji diri sendiri pun
Cuma terasa ada kebaikan dalam diri
Dan kebaikan tu lebih baik dari kebaikan sebelum ni
Pasti korang pun sama kan
Contoh nya...yg paling ketara dari segi penampilan la
** penampilan yg baik boleh dikira kebaikan ke...??? **
Aku terasa yg aku dah semakin sopan...huhu (^_^)
Alhamdulillah...dah boleh menutup aurat dengan lebih sempurna walaupun belum sepenuhnya
** chaiyok Dylla...you can do it!! **

Yg paling utama, aku dah boleh buang sifat dendam dalam diri
Walau rasa marah macam mana sekalipun, aku mampu untuk memaafkan
dengan sepenuh hati
dengan seikhlas hati
Lepas tu move on...takde nak ungkit-ungkit lagi
Takde rasa dendam mahupun iri hati
Kan baik macam tu...?
Hahahaahaha (",)


p/s : moga-moga kebaikan ini akan terus istiqamah...amin



~ Dylla Abas ~
Post a Comment