They're My Best Buddies

Wednesday, 15 May 2013

Perubahan Mood Berlaku Tiba-Tiba

Assalammualaikum W.B.T

Rabu. 15 may 2013. Alhamdulillah. Sehari lagi diberi peluang untuk terus hidup. Rasa macam lama je aku tak buka blog ni walaupun baru beberapa hari je aku "cuti" berblogging. Weekend yg lepas, aku balik kampung. Kalau dah dekat kampung, memang al-maklum lah. Susah rasanya nak berenggang dengan mak dan ayah. Daya penarik diorang lagi hebat dari blog buruk aku ni..huhu (",)

Apapun, hari ni nak bercakap tentang mood. Pernah tak korang alami perubahan mood yg berlaku secara tiba-tiba...? Aku selalu! Kalau di awal pagi tu mood aku sangat la cerianya, tapi belum pun masuk tengahari, tiba-tiba je mood tu boleh bertukar rupa. Selalunya disebabkan oleh bebanan kerja la. Keadaan persekitaran pun sedikit sebanyak boleh menjejaskan mood aku. Dan sebenarnya amat jarang berlaku, bila di awal pagi mood aku tak begitu bagus, tapi tiba-tiba boleh bertukar jadi sangat bagus. Hehehe...

Banyak faktor sebenarnya yg boleh mengubah mood seseorang. Ada kajian yg mengatakan, faktor warna juga memainkan peranan di dalam mempengaruhi mood seseorang. Dikatakan, hati akan jadi lebih damai jika melihat warna hijau. Bila hati dah damai, tentu la mood pun bagus, kan? Begitu juga dengan warna-warna yg lain. Masing-masing ada peranan masing-masing. Tapi, persoalannya, boleh ke peranan warna ni merubah mood secara tiba-tiba...? Okay...aku tak pernah cuba la. Mungkin lepas ni boleh praktikkan. Agak-agak rasa runsing ke apa ke, tengok je warna hijau (^_^)

Perubahan mood juga sering dikaitkan dengan hormon. Ye ke..? Wallahu'alam. Selalunya, kalau perempuan la...bila dia tiba-tiba jadi tegang dan berada di dalam mood yg tak berapa nak bagus, mesti orang akan tanya, "period ke..?" Kadang-kadang rasa nak marah juga dengar soalan tu. Tapi, bila difikirkan secara logiknya, memang bila seseorang wanita melalui fasa "period"...perubahan hormon akan berlaku dan ini akan mempengaruhi mood mereka.

Tapi, bagi diri aku, kalau melalui fasa tersebut, takde la sampai nak naik angin ke atau nak marah-marah ke. Masih terkawal lagi la mood tu. Cuma, aku akan rasa takde mood jelah. Malas nak layan semua orang. Lagi suka buat hal sendiri je. Tapi, mood yg akan tiba-tiba berubah bila melalui fasa tersebut, ialah mood nak makan banyak! Tu boleh dikira sebagai perubahan mood juga ke ye...? Huhu (>_<)


p/s : pagi ni mood aku agak stabil walaupun banyak kerja nak kena siapkan...sempat pula buat entri dulu (",)




~ Dylla Abas ~


Post a Comment