They're My Best Buddies

Thursday, 23 May 2013

Kerepek 3 Peket RM10

Assalammualaikum W.B.T

Teruja nak datang kerja hari ni sebab hari ni last day bekerja untuk minggu ni. Esok cuti...yeay!! Amboi...bila cuti je semangat tu melebih-lebih ye Dylla. Tak senonoh sungguh. Apapun, semangat nak balik kampung jumpa mak ayah yg paling terasa sebenarnya. Rindu. Dah 2 minggu tak jumpa. Hahaha...ini semua poyo!

Tadi masa BW, terbaca la satu entri tentang kisah orang yg menjual atau menjaja keropok/kerepek dari seorang ke seorang yg lain. Dan entri tu membuatkan aku teringat pada seorang makcik ni. Masa tu, aku dan 2 orang lagi kawan pejabat makan Sate Kajang Hj Samuri di Taman Melati, ternampak la seorang makcik ni duduk termenung kat tepi kaki lima di deretan kedai tu. Masa tu aku tak perasan pun yg di depan dia ada 2 bungkusan plastik besar yg di dalamnya ada pelbagai jenis kerepek untuk dijual.

Masa tengah makan tu, tiba-tiba makcik tu masuk ke dalam kedai. Dari satu meja ke satu meja dia jual kerepek yg dibawa. Sayu rasanya bila nampak muka makcik tu. Nampak dia agak keletihan. Bila dia sampai je kat meja aku, aku terus tanya jenis kerepek apa yg dia bawa. 

"Macam-macam ada nak. Pilih la. Ambil la 3 peket, makcik jual RM10 je..." 

Aku pun tak banyak bunyi, pilih je 3 jenis kerepek yg aku suka dan terus bayar. Kawan aku yg seorang lagi pun beli juga kerepek makcik tu. Lepas je makcik tu ucapkan terima kasih dan tinggalkan kitaorang, terus keluar perkataan, "kesian makcik tu..." Serius memang kesian. Terbayang muka mak kat rumah masa tu. Tiba-tiba, salah seorang daripada kawan aku tu berbunyi,

"Nasib baik awk beli...dari tadi saya nampak makcik tu duduk kat luar..."

Dan hingga ke hari ini, kerepek yg aku beli tu, masih lagi berbaki sepeket yg belum dimakan. Bukan tak nak makan. Tak terasa nak makan. Setiap kali aku tengok kerepek tu, aku pasti akan teringat kat makcik yg menjualnya. Dan bila setiap kali aku teringat makcik tu, pasti aku membayangkan betapa susah payahnya dia mencari rezeki. Sedih. Mana la anak-anak dia...? Mana la suami dia...? Semua persoalan tu memang tak mampu aku nak jawab.

Ada yg kata, "sindiket je tu..." Ya, aku akui...memang ada sindiket sebegini. Tapi, pada aku, personally...kalau dah kita simpati tengok dia, berniat membeli dengan tujuan membantu dan bersedekah, jangan diungkit lagi perkara tu. Sindiket ke apa ke...itu urusan dia dengan Allah S.W.T. Yg penting, perbaikilah niat kita agar apa yg kita lakukan tu ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Wallahu'alam.


p/s : moga Allah S.W.T memberkati dan memurahkan rezeki bagi semua pencari rezeki (",)



~ Dylla Abas ~
Post a Comment