They're My Best Buddies

Wednesday, 8 May 2013

Kepercayaan Yang Dikhianati

Assalammualaikum W.B.T

Melarikan diri dari topik pilihanraya yg makin mencabar minda ni. Tolak ke tepi kejap isu tu. Makin banyak bercakap, makin banyak hal yg keluar nanti. Jadi, kita yg dah jalankan tanggungjawab pergi mengundi ni, dah lepas dah part kita. Kalau ada hal lain yg timbul, itu dah jadi part pemimpin.

Hari ni nak cakap tentang kepercayaan. Kepercayaan tu sesuatu yg bukan mudah untuk diperolehi. Dan jika sudah memperolehinya, jangan pula dikhianati. Sekali kepercayaan itu dikhianati, mungkin selamanya kita tidak akan dapat untuk memperolehinya lagi. Kepercayaan secara amnya, adalah percaya sesama kita. Suami dan isteri haruslah saling mempercayai. Antara kawan juga, kepercayaan itu perlu wujud agar persahabatan boleh terjalin dengan lebih baik.

Disebabkan belum kahwin, jadi aku tak nak la bercakap tentang kepercayaan antara suami dan isteri. Nanti kata aku memandai pula. Cuma, kalau melihatkan pengalaman hidup mak dan ayah, aku memang kagum gile dengan mak yg percayakan ayah tanpa berbelah bahagi. Aku ingat lagi, masa aku kecil dulu, ayah memang suka balik lewat. Lepas waktu kerja, ayah mesti akan keluar dengan kawan-kawan dia. Ayah tu kaki memancing. Selalu juga la dia ikut kawan-kawan dia pergi memancing. Faham-faham jelah kan bila dah pergi memancing, mesti la balik lewat.

Tapi, mak tak pernah argue. Apa je alasan ayah, mesti mak terima dengan hati yg terbuka. Tak pernah pun dalam hati mak terdetik yg ayah akan buat perangai ke apa ke. Alhamdulillah, ayah memang tak pernah buat perangai. Berbaloi sangat mak percayakan ayah. 

Bila aku berdepan dengan situasi di mana aku harus percayakan seseorang, tapi dalam masa yg sama aku berasa sangat was-was, aku mesti teringatkan mak. Betapa tabahnya dia menanam rasa percaya terhadap ayah tanpa perasaan syak wasangka. Bukan aku susah nak percayakan orang, tapi bila kepercayaan itu pernah dikhianati, agak sukar la untuk aku rasa percaya lagi. Dalam erti kata lain, aku lebih berhati-hati la untuk percaya kat seseorang walau sebaik mana pun dia dengan aku.

Kadang-kadang, bila aku pula berada di kedudukan di mana aku ingin diri aku dipercayai, perasaan was-was tu wujud juga. "eh...dia ni percaya ke kat aku...?" Dan bila aku dah dapat kepercayaan seseorang, sebaik mungkin aku akan jaga kepercayaan tu. Bila dalam hati mula rasa nak mengkhianati, cepat-cepat la sedarkan diri. Kalau diri sendiri pun tak suka dikhianati, jangan la mengkhianati yg lain.

Aku pernah terbaca, mungkin di FB atau di mana-mana, "Allah S.W.T memberi sepenuh kepercayaan kepada kita dan kita telah berjanji dengan-Nya sebelum kita dilahirkan. Dengan kepercayaan dan janji itulah, kita dilahirkan ke dunia. Pernahkah kita terfikir, yg kita telah mengkhianati kepercayaan itu dan telah mengingkari janji kita terhadap-Nya...?" Terkesan sungguh ayat tu pada aku. Sungguh aku telah mengkhianati kepercayaan-Nya terhadap aku. Astaghfirullahal'adzim. Ampunilah aku ya Allah :(

p/s : mood sedih kah...???



~ Dylla Abas ~
Post a Comment