They're My Best Buddies

Thursday, 2 May 2013

Emas - Pelaburan Jangka Masa Panjang

Assalammualaikum W.B.T

Aku sebenarnya tak pandai langsung nak berbicara tentang emas. Mungkin dalam dunia ni, aku di antara beberapa wanita yg tak menggemari emas. Tak kisah la cincin ke, rantai ke, gelang ke..kalau namanya emas, aku memang pandang sebelah mata je. Tak pasti kenapa, tapi aku macam ada satu alergik dengan emas...huhu, melampau!

Pernah dulu, aku ikut emak masuk ke satu kedai emas ni. Masa tu aku baru form 2 kalau tak silap. Emak nak belikan rantai tangan untuk aku. Masa tu design yg paling gah ialah design duit syiling. Aku punya muka masa tu, rasanya macam tunggu masa je nak kena lempang dengan emak. Sumpah aku tak nak ikut. Tapi, ditariknya juga aku masuk kedai emas tu. Adik bongsu aku masa tu macam redha je. Dia baru je 3 tahun. Memang tak tahu apa-apa la kan. Disebabkan rasa tak minat yg melampau terhadap emas, aku iye kan aje apa yg emak cakap masa tu. Walaupun akhirnya aku dapat juga seutas rantai tangan, tapi muka macam baru lepas ambil result PMR yg tak berapa nak bagus...hahahaha

Aku pun tak tahu mana rantai tangan tu sekarang. Aku sempat pakai sekejap je. Lepas tu aku pulangkan balik kat emak. Alasannya sebab aku duduk hostel, tak nak bawa sekali. Takut hilang. Dan sampai sekarang aku tak pernah tanya dah al-kisah rantai tangan tu. Biar la kalau emak nak jual ke, nak buat apa pun.

Cuma, bila tengok pasaran emas yg agak pesat sekarang ni, aku rasa emas memang la satu pelaburan jangka masa panjang yg sangat menguntungkan. Walaupun aku ni tak minat emas, pernah juga la terdetik dalam hati nak membeli emas. Untuk pelaburan je. Tapi, emak tak bagi pula. Katanya, kalau dah beli emas, kena pakai. Kalau tak nak pakai nanti kena bayar zakat. Hmm, betul juga tu. Tapi, takkan la aku nak jadi Mami Jarum kot...???

p/s : tengah YM dengan kakak ofis pasal emas sebenarnya...huhu (",)



~ Dylla Abas ~
Post a Comment