They're My Best Buddies

Saturday, 13 April 2013

Penyelewengan Syiah

Assalammaulaikum W.B.T


PENGENALAN

Perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat.

Walau bagaimanapun, perbezaan pendapat dalam bidang politik dan akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah yang telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.


LATAR BELAKANG SYIAH

Syiah Imam Dua Belas (Ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Lebanon dan Syria.

Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.


FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

Kewafatan Rasulullah S.A.W
Terdapat sesetngah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali r.a. lebih berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula mengaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak menajdi khalifah selepas Rasulullah S.A.W.

Kemunculan Pergerakan Abdullah bin Saba' Di Penghujung Zaman Uthman r.a.
Abdullah bin Saba' adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah Al-Saba-iyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a. dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.

Peperangan Siffin Dan Majlis Tahkim
Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a. dalam peristiwa Tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukan Arab, dan antara bangsa Parsi atau bangsa Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu menjadikan imam hak di kalangan ahli bait rasulullah S.A.W sahaja, dari keturunan Saidina Ali r.a.

Pembunuhan Hussein r.a.
Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menyokong Saidina Ali r.a dan keturunannya.

Kesimpulannya : Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pada tangan Abdullah bin Saba', tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku peristiwa di atas, terutama selepas pembunuhan Hussein, Syiah mula muncul sebagai suatu kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang dilontarkan oleh Ibnu Saba' di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.


SYIAH DI MALAYSIA

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Di Malaysia, terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu.

Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah Agha Khan
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

Syiah Ja'fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)
Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Ja'fariyah secara serius kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi.


PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

Dari Sudut Akidah
1. Khalifah diwasiatkan secara nas.
2. Imam adalah maksum.
3. Ilmu Allah S.W.T berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
4. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
5. Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudharatan diri walaupu yang disembunyikan itu perkara yang benar.
6. Konsep al-Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Aksari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
7. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali r.a.
8. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
9. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah S.W.T.
10. Hanya Saidina Ali r.a. dan para Imam sahaja yang manghafaz dan menghimpun al-Quran dengan sempurna.
11. Menghalalkan nikah mut'ah.
12. Menambah nama Saidina Ali r.a. dalam Syahadah.
13. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadith Mutawatir.

Dari Sudut Syariah
1. Menolak Ijma' Ulama
2. Menolak Qias.
3. Mengamalkan nikah mut'ah.

Penyelewengan Umum
1. Menzirahi kubur Saidina Hussien, ganjarannya syurga.
2. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussien.
3. Menghina isteri-isteri Nabi S.A.W.
4. Mengharuskan jamak solat dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
5. Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
6. Islam bukanlah syarat wajib Haji.
7. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuhnya sahaja (wudhu')


KITAB UTAMA SYIAH

1. Al-Sahabah (Haidar)
2. Ahlu al-Bait (Dr.Mahfuz Mohamed)
3. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya -Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad (Al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar)
4. Kasyf al-Asrar (Ayatullah al-Khomeini)
5. Al-Hukumah al-Islamiah (Ayatullah al-Khomeini)
6. Al-Sab'ah Min al-Salaf (Ayatullah al-Murtadza az-Zubaidi)
7. Tahrir al-Wasilah (Ayatullah al-Khomeini)
8. Al-Muraja'at (Al-Syeikh Abdul Hasin Syarafuddin al-Musawi)
9. Al-Usul Min al-Kafi (Al-Syeikh Abdul Hasin Syarafuddin al-Musawi)
10. Peshawar Nights (Al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin)
11. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s? (Syeikh Muhammad)
12. Mar'i al-Amin al-Antaki (terjemahan oleh Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim)
13. Mafatih al-Jinan (Sheikh Abbas al-Qummi)



p/s : pesan Rasulullah S.A.W, "berpeganglah kepada al-Quran dan as-Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat."




~ Dylla Abas ~




Post a Comment