They're My Best Buddies

Sunday, 7 April 2013

Nikmatnya Bercuti 4Hari

Assalammualaikum W.B.T

Baru dapat cari mood nak update blog. Dah bercuti selama 4 hari ni, ada la semangat sikit nak tulis entri baru. Cuti sakit lagi nampaknya kali ni. Sejak umur makin meningkat ni, kesihatan pun tak berapa nak bagus. Baru-baru ni kena demam selesema pula. Suhu demam tu agak tinggi juga. Merasa la m.c 2 hari. Campur Sabtu Ahad, jadi 4 hari la cuti aku. Tak best pun. Duduk rumah melepek jelah aku. Nak buat apa pun tak larat. Semalam, baru la terdaya nak mengemas rumah. Saja nak keluarkan peluh. Alhamdulillah, semakin sihat dah nampaknya. Esok dah boleh kembali bekerja ye Dylla (^_^)

Bercakap tentang aktiviti mengemas rumah, maksudnya memang merangkumi keseluruhan isi rumah la ye. Bila tinggal menyewa dengan kawan, tapi kerja "surirumah" ni dibuat seorang diri, ada la juga rasa nak memberontak kan. Duduk sekali. Bayar sewa sekali. Tapi, yg mengambil berat hal rumah seorang je...macam tak patut la kan. 

Rasa macam pernah buat entri tentang etika duduk di rumah sewa. Dalam entri tu pun aku dah tulis dah, kalau duduk menyewa ni, kena la saling bertolak-ansur. Kena la ringan tulang. Kena la saling membantu. Tak boleh la nak harapkan orang lain yg buat semua benda untuk kita. Kita sama-sama bayar sewa, jadi sama-sama la buat kerja kan. Takde istilah orang gaji kat rumah ni oiii...!!! Penat aku nak nak mengemas sorang-sorang! Daripada ruang tamu, tempat kasut kau, dapur dan bilik air...memang kalau bukan aku yg kemaskan, kalau bukan aku yg bersihkan...memang macam tongkang pecah la jadinya. 

Kadang-kadang penat la nak hadapi situasi macam ni. Bukan tak pernah beritahu. Dan benda ni sepatutnya kena ambil tahu la. Tak perlu la rasa, "eh, dia boleh kemaskan la...buat apa aku nak kemas lagi.." Banyak la cantik muka kau nak fikir macam tu kan. Nasib baik la ada blog. Boleh la juga nak lepaskan geram ke apa ke. Aku malas nak bising-bising benda yg macam ni. Takde faedah. Tak jalan pun. Macam mencurah air ke daun keladi. Haaa, macam tu la umpamanya. Buang masa sungguh.

Agaknya sebab faktor kebersihan juga la kasihatan aku agak merudum. Larat ke sepanjang masa nak duduk dalam bilik je. Sesekali tu nak la juga lepak kat ruang tamu tu. Tapi, kalau dah keadaan ruang tamu tu tak begitu menyelerakan untuk aktiviti lepak-lepak, ke bilik juga la jawabnya. Aku kalau mc atau saja-saja ambil cuti, memang dari pagi membawa ke petang la mengemas rumah. Memang takde istilah rehat. Sakit mata tengok rumah bersepah. Sakit hati tengok keadaan rumah jadi huru-hara. Plus, kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Macam mana kita nak beribadah dengan tenang dan sempurna kalau soal kebersihan kita tolak ke tepi...??

Jadinya, kenikmatan cuti 4 hari ni memang tak begitu bermakna la ye. Nikmat bercuti tu ada. Tapi, kepuasan bercuti tu yg takde. Wallahu'alam.


p/s : housemate, tolong la bagi kerjasama...sampai satu tahap, aku ada rasa penat juga...





~ Dylla Abas ~
Post a Comment