They're My Best Buddies

Monday, 8 April 2013

Memilih Nama Untuk Bayi

Assalammualaikum W.B.T

Tajuk macam aku pula yg nak pilih nama untuk bayi kan. Bukan...bukan aku. Tapi ada beberapa kejadian yg membuatkan aku teringat nak tulis sesuatu mengenainya. Baru-baru ni, 2 orang sepupu aku dan seorang teman baik aku telah selamat melahirkan bayi perempuan. Yes, ketiga-tiganya bayi perempuan! Bestnya. Kenapa best?? Sebab 2-3 tahun kebelakangan ni, aku asyik la menziarah bayi lelaki. Takde pun bayi perempuan. So, idea nak membeli buah tangan tu macam agak terhad. Bila dengar je tentang kelahiran bayi perempuan ni, rasa teruja tu memang menjadi-jadi la.

Aku, kalau dapat berita tentang kelahiran bayi ni, 1st thing yg aku akan tanya ialah tentang kesihatan bayi dan ibunya la of course. And 2nd thing, aku akan tanya nama bayi. Aku tak sure la orang lain macam mana. Tapi, pengalaman abang dan adik lelaki aku, nama tu memang dah ada once bayi keluar. Senang cakap, masa scan kan dah nampak jantina bayi. So, diorang dah mula cari nama untuk bakal bayi la. Takde la nanti terkalut-kalut nak fikirkan hal nama lagi. Sebab, lepas kelahiran bayi tu, ada pelbagai urusan lagi yg nak dibuat. 

Masa adik bongsu aku dilahirkan dulu pun, aku dah standby nama untuk dia. Kalau ayah tanya je pendapat aku, aku memang boleh bagitahu on the spot! Dan memang ayah tanya pendapat aku. Bangga sungguh rasanya bila aku diberi keistimewaan itu. Jadi, adik bongsuku, berterima kasih la kepada kakakmu ini kerana nama kau tu aku yg pilih...huhu >_<

Memilih nama untuk bayi ni, pada pendapat aku secara peribadinya, tak perlu la terlalu cerewet kot. Dalam Islam ni, ada sangat banyak nama dengan maksud yg baik. Pilih je salah satu. Tapi, biasa la kan..bab memilih nama untuk bayi ni memang macam-macam dialog boleh kita dengar. Antaranya :

"Nama tu cam kolot la..."

"Nama tu common sangat. Dah ramai orang guna."

"Nama tu pendek sangat la."

"Nama tu dah okay. Tapi, ayah dia tak berkenan pula!"

Bla bla bla....

Memilih nama pun boleh jadi isu, kan...? Kalau tanya aku, pilih la nama yg senang kita nak ingat, senang kita nak panggil dan yg baik maksudnya. Pilih nama terlalu moden sangat pun kalau panggilannya dah jadi lain, takde makna juga, kan...? Nama kemain sedap, Iskandar...tapi panggil Dat **macam ku kenal panggilan nama ni** Dat perginya. Dah hilang maksud nama yg baik tu kan. Begitu la umpamanya.

Tepuk dada tanya selera la. Ibu bapa zaman sekarang ni, nama anak kena glamer. Baru best. Tengok kat MyKid, "uish...glamer nama anak aku.." hohoho **cubaan membayangkan diri sendiri mengungkapkan dialog tu satu hari nanti...gile pelik!!** Apapun, terpulang kepada diri sendiri la. Semua ibu bapa punya hak untuk menentukan apa yg terbaik untuk anak-anak mereka. Wallahu'alam.


p/s : susah nak berangan nama anak kalau nama bakal suami pun masih di awang-awangan (",)




~ Dylla Abas ~
Post a Comment