They're My Best Buddies

Monday, 1 April 2013

Kenangan Cuti Sekolah : Mandi Sungai

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni dah bermula sesi persekolahan lepas semua budak-budak sekolah puas bergumbira selama seminggu. Jadi, adik-adik semua...apa yg korang buat sepanjang cuti sekolah yg baru lepas ni..?? Meh sini akak nak cerita pengalaman cuti sekolah akak zaman-zaman dolu-kala...akak sangat!! Huhu >_<

Dulu, memang tak sabar-sabar nak tunggu musim cuti sekolah. Banyak sangat agenda yg boleh dibuat sepanjang masa bercuti tu. Dulu-dulu, kalau cuti sekolah...dengan adik-beradik sendiri pun enjoy je. Aku dulu membesar dengan 3 orang adik-beradik lelaki. Jadi, percutian aku agak "ganas" juga la. Nak buat macam mana, kalau "keperempuanan" sangat...nanti aku kena buli. Aku pula jenis yg tak suka dibuli. Terpaksa la jadi ala-ala tomboy sikit. Demi mempertahankan kedaulatan...eh, mengarut?? Okay..back to the topic. Salah satu aktiviti yg paling best masa cuti sekolah bermula ialah mandi sungai...yezzaaa!!

Ayah pula memang jenis yg suka bawa kami mandi sungai. Dulu-dulu, mana ada lagoon-lagoon ni. Sunway Lagoon ke. Bukit Merah Lake Town Resort ke. Or whatsoever water-theme park la...memang takde. Jadi, sungai lagoon pun jadi la. Layan je! Masa kat Ipoh dulu, ayah suka bawa kami ke kawasan perkelahan Kg Ulu Chepor. Sesiapa yg tahu kawasan tu, yes...kita geng! Huhu...excited lebih ^_^

Kat Kg Ulu Chepor tu, macam-macam pengalaman ada. Kat situ la konon-kononnya aku belajar berenang ** yg sampai sekarang pun aku tak pass **, kat situ la aku pernah lemas, kat situ juga la aku belajar kalau nak buang air ** kecil atau besar ** kena minta izin dengan "atok-atok". Atok mana pun aku tak tahu la. Mak cakap, kalau tak minta izin...nanti "atok" marah. Bila dah besar ni, aku rasa tertipu sangat! Baca bismillah sudah. Mak ni, sampai hati mempermainkan perasaan aku..huh!

Punya la "kamceng"nya kitaorang dengan kawasan perkelahan Kg Ulu Chepor tu sampai ayah pernah arrange Family Day dia kat situ! Dulu ayah kerja dekat Bank Bumiputra Ipoh ** Sekarang dikenali dengan nama CIMB **. Sempat la kenal-kenal dengan anak kawan-kawan ayah. Tapi, kalau tanya sekarang...sumpah la aku tak ingat diorang semua. 

Tu belum kira mandi sungai kat kampung lagi. Kat kampung aku ** Slim River ** ada satu kawasan perkelahan yg agak famous juga la. Sg.Bil. Sure korang pernah dengar kan. Sg.Bil tu layan juga. Kat Sg.Bil tu pun aku pernah lemas. Tapi kat situ lebih extreme. Lemas dari puncak sungai hingga la ke anak sungai. Eh, betul ke macam tu..?? Tak kisah la. Tapi, part yg paling aku tak boleh lupa bila ayah cuba menyelematkan aku. Dia kejar aku. Tapi...................................dia kejar ikut darat!! Aku dah lupa apa perasaan aku masa tu. Mungkin sebab nampak ayah berkejar, jadi tak berapa nak panik sangat la. Dalam hati tu mesti la dah mengelabah gile kan. Mujur tak mati lemas. Sayangnya Allah S.W.T kat aku. DIA beri aku peluang untuk terus hidup hingga ke hari ni. Alhamdulillah.

Budak-budak sekarang aku rasa mesti lebih enjoy dengan taman tema air, kan...? Yelah, macam-macam ada kat taman tema tu. Walau apapun, aku rasa mandi sungai lagi best! Sambil mandi sungai, sambil tangkap anak-anak ikan, sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Pakej lengkap tu. Mana nak dapat..???


p/s : aku kalau mandi sungai mesti lemas...pelik sungguh (",)




~ Dylla Abas ~


Post a Comment