They're My Best Buddies

Tuesday, 2 April 2013

Kenangan Cuti Sekolah : Balik Kampung

Assalammualikum W.B.T

Semalam dah cerita tentang mandi sungai. Hari ni nak cerita kenangan menghabiskan cuti sekolah di kampung. Maka dan ayah aku kedua-duanya berasal dari Slim River. Jadi, kat sana la kampung kami. Kedudukan kampung mak dan kampung ayah hanya 15 minit perjalanan. Sangat tak jauh kan..? Kitaorang tak pernah ada isu nak gaduh-gaduh balik kampung mana...huu >_<

Tapi, kami lebih banyak menghabiskan masa di kampung mak. Sebabnya kedua-dua arwah atuk dan opah belah mak tu teramatlah rajin melayan kerenah kami. Asal cuti sekolah je, mesti nak tinggal kampung. Bukan nak diskriminasi ke apa ke, tapi kami memang tak begitu rapat dengan arwah atuk dan opah sebelah ayah. Mungkin sebab tak biasa dengan arwah kot. Sebab tu jadi tak rapat.

Bila balik kampung mak, mula la nak plan macam-macam kan. Perkara pertama sebelum plan apa-apa, kena tahu dulu sepupu mana yg akan bercuti sekali. Bila dah tahu baru boleh plan. Sepupu ramai...macam tu la. Macam-macam ragam. 

Tapi, dalam banyak-banyak aktiviti, main rebut tiang paling top la di kalangan kami. Suka betul dengan permainan tu. Tapi, kalau main rebut tiang, mesti berakhir dengan pergaduhan. Ada je yg tak puas hati. Dah puas gaduh, tukar permainan pula. Main lompat getah. Haaa, permainan ni aku paling terel. maklumlah, wakil sekolah dalam acara lompat tinggi. Eh, apa kaitan??? Hehehehe...

Agak-agak penat, berhenti la main kejap. Kat kampung mak tu, kat bawah rumah ada pangkin. Err, tak tahu la korang panggil apa. Tapi, pangkin tulah tempat kitaorang lepak. Baring-baring. Main batu seremban **sempat lagi tu!!** Nanti dengar la suara arwah opah menjerit suruh kami masuk. Makan time! Dah kenyang perut dan sambung rehat kejap, pergi main balik. Main teng-teng pula. Betul ke nama dia macam tu...? Whatever la. Tapi, permainan ni tak enjoy sangat. Sebab kejap je dah habis. 

Lepas tu, agak-agak dah tak tahu nak main apa, maka bermula la adegan memanjat pokok rambutan dan jambu air. Kat kampung tu, memang kebetulan time kitaorang balik je mesti musim buah. Bertuah sungguh la! Lepas tu jenis tak reti nak makan kat atas tanah kan. Nak juga makan kat atas pokok tu. Dah puas berperang dengan kerengga...baru reti nak turun.

Malamnya, selalunya takde aktiviti dah, melainkan tengok tv jelah. Tak pun, kalau kitaorang rajin urut-urut kaki arwah atuk, dapat la dengar kisah-kisah nabi. Tu pun kes berebut juga. Masing-masing nak tunjuk rajin. Cucu mithali kononnya! Kalau malam minggu, tengah-tengah malam sikit, aku mesti lepak kat dapur. Temankan arwah opah buat kuih. Dulu, arwah opah buka kedai kopi. Tapi, hari Ahad jelah. Banyak la yg aku belajar. Bungkus nasi lemak. Kelim karipap. Macam-macam lagi la. Arwah opah belah mak tu pendiam sikit. Dia tak macam arwah atuk yg banyak bercerita. Tapi, aku sayang sangat dengan arwah opah. Dia tak pernah hampakan permintaan aku. Apa yg aku nak, mesti dia cuba dapatkan. Dulu, arwah opah selalu jahitkan skirt yg comel-comel untuk aku. Cucu lain tak dapat. Sebab tu aku selalu rasa aku special...huhu ^_^

Hai, banyaknya benda nak cerita bila dah buka topik balik kampung ni. Tapi, tak larat nak tulis panjang-panjang. Kang orang tak larat nak baca. Nanti kita sambung lain la ye. Dah pukul 5.30pm ni. Nak balik dulu. Adios!


p/s : ya Allah...Kau cucurilah rahmat ke atas roh kedua-dua arwah atuk ku dan kedua-dua arwah opah ku...tempatkan la mereka di kalangan hamba-hamba-Mu yg beriman...amin





~ Dylla Abas ~
Post a Comment