They're My Best Buddies

Monday, 29 April 2013

Azeem Dah Mula Belajar Solat

Assalammualaikum W.B.T

Semalam, aku habiskan masa di kampung ** kampung la sangat..padahal Bukit Beruntung tu je..mana la ada kampung kat situ ** Dah lama rasanya tak balik jumpa mak dan ayah. Rindu sangat-sangat kat diorang. Aku sampai sana dah tengah malam Ahad. Sabtu siang tu, aku sempat pergi kerja dulu. Balik kerja pergi makan-makan kejap. Then, baru bertolak balik ke Bukit Beruntung. Alhamdulillah, perjalan sangat lancar dan dipermudahkan-Nya.

Kebetulan, abang aku pun balik juga. Okay, terubat la juga rindu nak bertemu dengan si mulut becok tu, siapa lagi kalau bukan Azeem. Jadi, hari Ahad tu seharian aku habiskan masa dengan melayan kerenah Azeem. Kebetulan lagi, ayah aku tengah mengerjakan "sesuatu" di laman rumah. Nanti aku cerita dalam entri lain. Mak pula sibuk dengan aktiviti memasak dia. Azeem je yg free...huhu (>_<)




Masa aku nak solat Zohor, dia ikut sekali aku masuk bilik. Aku pun malas nak cakap banyak. Biarkan je dia ikut aku. "Duduk diam, jangan kacau makngah tau!" Dia pun angguk jelah bila kena warning dengan makngah dia yg garang ni kan. Pasrah je dia duduk atas katil tu sambil belek-belek handphone aku. Habis je aku solat, dia memang dah tak sabar-sabar lagi nak bercakap dengan aku.

"Kenapa makngah sembahyang lama sangat...?"

"Kenapa makngah macam cakap bisik-bisik masa sembahyang...?"

"Kenapa makngah baca doa panjang-panjang...?"

Dan pelbagai kenapa lagi la. Satu soalan pun aku tak jawab. Aku sengih je tengok dia. Lepas tu aku terus tanya, "Azeem tak nak sembahyang ke...?" Terus dia angguk! Terharu aku rasa masa tu. Walaupun dia memang tak tahu langsung macam mana nak bersolat, tapi niat dan keinginan dia nak bersolat tu buat aku rasa bersyukur sangat.

"Macam mana nak ambil air sembahyang makngah...?"

"Kenapa kena basuh 3 kali...?"

"Kenapa kena basuh tangan kanan dulu...?"

Okay. Kali ni aku explain kat dia semua kenapa dia tu. Satu-satu aku cakap. Mula dari niat wudhu' sampai la dia selesai basuh bahagian kaki. "Azeem rasa bersih la. Baru la boleh sembahyang, kan makngah...?" Lagi sekali aku terharu. Budak kecil yg berusia 5 tahun pun berperasaan macam tu. Apatah lagi kita yg dah dewasa ni. Yg dah faham tanggungjawab menunaikan solat dan sebagainya, pasti lebih berperasaan kan (",)

"Azeem nak baca apa masa sembahyang ni makngah...?"

Memandangkan dia lancar membaca Surah Al-Fatihah, maka aku pun suruh la dia baca surah tu. Kemain khusyuk dia bersolat. Bermula dengan mengangkat takbir, rukuk, sujud, duduk di antara 2 sujud...semua pergerakan tu sempurna sangat. Tertib mengikut aturannya. Cukup rakaatnya. Walaupun bacaannya masih belum sempurna. Alhamdulillah. Aku rasa sebak sikit la masa tu. Dah besar rupanya anak buah aku yg seorang ni. 




"Kalau dah habis sembahyang kena baca doa kan, makngah...?"

Aku angguk je. Terus dia tadah tangan. Tak tahu apa yg dia doakan. Kemain kumat-kamit mulut dia berdoa. Geli hati pun ada juga. Sayang betul aku tak record video dia bersolat. Gambar pun sempat snap sekali je. Aku pula yg khsyuk perhatikan dia bersoalat. Habis je berdoa, terus aku tanya, "Azeem doa apa tadi...?"

"Azeem doa untuk ibu, ayah, atuk, opah, makngah, pak uda, untuk Azeem juga..semua-semua orang la yg Azeem kenal. Azeem doa semuanya jadi orang baik. Lepas tu Azeem tak tahu nak cakap apa lagi, Azeem baca 3 Qul..."

Terkedu kejap. Tak sangka dia dah pandai baca 3 Qul! Patut lama betul dia berdoa. Terus aku peluk dia. Sampai dia jadi pelik. Ya Allah...Subhanallah...seronoknya dengar. Budak kecil ni memang mudah nak ingat kalau kita ajar dia apa-apa kan. Betul la kata pepatah, melentur buluh biar la dari rebungnya. Hasilnya pasti tak sia-sia (^_^)


p/s : Azeem dah tak nakal sangat macam dulu, tapi "kepala hangen" dia belum surut lagi..huhu..




~ Dylla Abas ~
Post a Comment