They're My Best Buddies

Monday, 18 March 2013

"Satip" Mulut Tu Nanti

Assalammualaikum W.B.T

Perjalanan dari Putrajaya ke rumah abang malam selepas majlis kahwin pakcik aku pada hari Sabtu yg lepas, benar-benar terasa jauh. Padahal, perjalanan tu tak sampai setengah jam pun. Puncanya, anak buah aku, Azeem, tak henti-henti bercakap. Aku yg agak kepenatan masa tu memang malas gile nak layan dia bercakap. Akhirnya, hanya opah dia je yg setia melayan. 

Tengah dok melayan perasaan sendiri, tiba-tiba Azeem kuatkan suara dia. Makin rancak pula dia berborak dengan opahnya. Aku cuit bahu dia, pandang dia dengan muka yg sangat serius, sambil aku letakkan jari pada mulut. Tanda aku menyuruh dia diam. Memang la dia diam kejap. Lepas tu potpetpotpet balik. Haish...budak ni memang la!

Tiba-tiba aku menangkap salah satu perbualan dia dengan opahnya yg buat aku ketawa tak henti-henti :


Opah : Azeem, dah la tu...makngah tu sakit kepala tu. Diam sikit...

Azeem : Ye ke makngah sakit kepala...?? (sambil matanya memandang aku yg buat tak tahu je...)

Opah : Iye...diam sikit. Nanti makngah marah nanti, opah tak tahu...

Azeem : (dengan muka yg sangat tak puas hati..) Yelah...yelah...Azeem satip la mulut Azeem ni...


Aku terus pandang dia. Satip...???? Amende la pula tu...? Sekali ibu dia jelaskan, satip tu sebenarnya ialah cellophane tape. Tapi si becok ni tak reti nak menyebutnya. Jadi la satip. Terus aku gelak besar. Hai la Azeem...ada je benda yg dia buat yg bila aku fikir balik, memang aku gelak sorang-sorang >_<




p/s : Azeem sangat bengang bila aku bahan dia dengan perkataan "satip" tu (",)




~ Dylla Abas ~
Post a Comment