They're My Best Buddies

Monday, 25 March 2013

Dituduh Si Jahil

Assalammualaikum W.B.T

Isnin yg sangat segar untuk diri aku. Awal-awal pagi dah bangun, memandu dalam suasana kabus, tenangnya rasa. Alhamdulillah, perjalanan ke tempat kerja dari kampung awal pagi tadi sangat lancar. Tak mencabar kesabaran sangat la pendek kata.

Berbalik kepada tajuk entri. Dituduh Si jahil. Ye, baru-baru ni aku telah dituduh "Si Jahil" oleh seorang individu yg pernah bertanding dalam rancangan realiti Imam Muda tak lama dulu. Tapi, dia bukan pemenang tempat pertama, kedua mahupun ketiga. Aku tak pernah tahu pun sebenarnya dia pernah join rancangan tu. Tapi, dituduh sebagai jahil oleh seseorang yg kita boleh anggap baik dan berpengetahuan luas tentang dunia dan akhirat **bekas peserta Imam Muda la katakan**... agak berat juga untuk aku terima.

Puncanya..?? Baru-baru ni dia ajak aku join "bisnes" dia. Pada mulanya dia tak ceritakan dengan jelas apakah "bisnes" yg dimaksudkan. Lepas dia bagi aku link tentang "bisnes" tu, aku pun surf la untuk tempoh tak sampai 5 minit pun, terus dalam kepala ni dah terlintas...MLM! Okay. Aku memang tak minat MLM. Tak pandai nak buat pun. Jadi, aku tanya dia. Katanya BUKAN MLM.

Cerita punya cerita **sebenarnya dia agak mendesak supaya aku datang ke tempat dia** akhirnya Jumaat lepas aku setuju juga la nak jumpa dia atas tujuan nak dengar "business proposal" dia tu. Sampai je kat tempat yg dijanjikan, aku terus cakap kat housemate aku yg kebetulan setuju nak temankan aku malam tu, "sumpah...benda ni MLM!"

Kali terakhir aku ke tempat tu, tahun 2004. Masa tu aku ikut kawan aku yg memang dah join MLM ni. Tempat yg sama. Product yg sama. "Business proposal" yg sama. Adoiiii...kenapa la aku tak check betul-betul masa aku surf website yg dia bagi tu...??? Dah sampai kan, tadah telinga jelah. Dalam hati ni memang dah tekad dah, aku takkan join, biar apapun janji-janji manis yg diorang akan bagitau nanti.

Benda 1st yg dia explain, memang sama macam yg pernah aku dengar 9 tahun yg lepas. Walaupun dah lama, tapi aku masih ingat. Sebab..??? Sebab kat situ la aku berjumpa dengan sangat ramai mamat-mamat poyo, yg ber"coat" malam-malam buta. Park kereta mewah-mewah kat building area tu. Yelah, tu rezeki diorang. Aku boleh cuci mata jelah. Nak pakai memang tak mampu. Dan rasanya, aku pun takkan nak spend ratus-ribu K untuk kereta camtu. Membazir.

Malam tu kitaorang balik rumah dengan rasa yg agak bengang juga la. Terasa agak membuang masa. Bukan la nak cakap aku ni anti-MLM ke apa ke. Tapi, bila fikirkan ramai kawan-kawan aku yg pernah tertipu dulu, aku jadi serik la nak join. Keesokan harinya, dia SMS aku...follow up tentang respond aku, sama ada aku berminat atau sebaliknya. Terus-terang cakap, aku memang tak minat. Tapi, dia tak putus asa. Terus convince aku tentang keuntungan yg akau akan dapat jika aku join "bisnes" tu. 

Disebabkan aku banyak argue, dan kebetulan housemate aku terus bukan research tentang company tu...dia pun tak nak mengalah. Macam-macam yg dia tulis untuk pertahankan apa yg dia buat tu betul. Okay. 1st thing, aku tak kata MLM ni tak betul. Sebab MLM terlalu banyak kat Malaysia ni. Cuma aku je yg tak minat nak ambil tahu. 2nd thing, aku bercakap tentang company. Sebab aku pernah ada sejarah tak bagus dengan company tu. Tapi, dia terasa aku cakap dia yg menipu. Tau dia respond apa...??

"Terus la berkata-kata wahai si jahil. Moga Allah mengembalikan semua tuduhan kamu terhadap kami..."

Aku sentap gile masa tu. Si jahil dia panggil aku. Dengan tangan yg separa menggigil...aku reply la SMS tu dengan hati yg sangat tulus lagi mulus..."biar jahil dunia...jangan jahil akhirat.." Dan akibat daripada SMS aku tu, dia semakin bengang dan terus reply,

"Berlagak macam dah khatam Quran tiap-tiap hari & dah hadith 40!"

Erkkk...?? Memula dia tuduh aku jahil. Lepas tu dia cakap aku berlagak. Berlagak ke bila aku sekadar tulis macam tu...? Memang benar aku takde kesempatan nak khatam Quran tiap-tiap hari. Aku mengaku, aku tak mampu. Tapi, sekurang-kurangnya aku tak tinggal untuk membaca kitab suci Allah S.W.T. tu setiap hari. Aku rasa sedih gile masa tu. Tak pasti kenapa. Perlu ke kita khatam Quran setiap hari kalau kita nak memperingati sesama kita...? Layak ke kita menilai orang tu bagus ke tak bagus melalui hafalan hadith 40...?

Sedih. Bila manusia terlalu obseskan dunia, mata jadi gelap kerana duit. Hati pun tak nampak jalan dah. Semua benda jadi tak betul. Hanya dia je yg betul. Dan yg paling sedih, sifat sebenar tak mencerminkan langsung keperibadian yg ditunjukkan kepada umum. Jangan la pergunakan agama sebagai jalan untuk memancing rasa suka orang terhadap diri kita. Wallahu'alam.


p/s : kalau la bekas peserta Imam Muda tu adik aku, memang aku tampar dah mulut dia..cakap tak fikir panjang dan terlalu ikut nafsu!



~ Dylla Abas ~
Post a Comment