They're My Best Buddies

Sunday, 3 February 2013

Jangan Pertikaikan Hak Allah S.W.T


Assalammualaikum W.B.T

"Orang yg pakai tudung tu dah sah-sah masuk syurga ke...?"

"Orang yg solat tu dah sah-sah tak ke neraka ke...?"

Tentu korang pernah dengar ayat-ayat kat atas tu kan. Bagi aku secara peribadinya, orang yg pernah mengungkapkan ayat-ayat macam ni ialah orang yg tak faham dengan hukum Allah S.W.T. Bukan la nak kata aku ni faham sangat atau tahu sangat. Sebab aku sendiri sedang belajar. Banyak benda yg aku tak tahu lagi. Tapi, apa yg aku tahu, aku rasa terpanggil untuk share pengetahuan aku dengan korang semua.

Basically, kita semua ada asas pendidikan Islam, tak kisah la sama ada di sekolah mahupun di rumah. Perkara utama yg kita pelajari ialah tentang Rukun Islam dan Rukun Iman. Dan selebihnya adalah tentang hukum-hukum Islam yg lain. Diri kita sendiri yg harus menilai mana yg baik dan buruk, yg perlu kita patuhi dan yg mana harus dijauhi. Kita bersyahadah. Mengakui tiada Tuhan selain Allah S.W.T. Tapi, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah S.W.T...?

Jadi, jangan pertikaikan tentang orang lain. Setiap orang berhak menentukan cara hidupnya. Tugas kita adalah untuk menunaikan hak Allah S.W.T terhadap diri kita. Kita bercakap tentang hak kita untuk hidup bahagia. Hak kita untuk mendapat segala-gala yg kita mahu. Tapi, pernahkah kita terfikir tentang hak Allah S.W.T yg hanya mahukan kita mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...? 

Wanita yg bertudung dan menutup aurat itu memang tidak dijanjikan dengan syurga. Kerana ada banyak lagi penilaian lain yg akan menentukan tempat kita kelak di syurga ataupun neraka. Tapi, wanita yg memilih untuk bertudung dan menutup aurat ini sekurang-kurangnya sedar akan hukum Allah S.W.T dan berusaha untuk menjadi yg lebih baik. Bukanlah aku nak menghukum wanita yg tidak bertudung dan tidak menutup aurat itu tidak baik. Mereka baik, tapi belum cukup sempurna **dan aku sendiri tak pernah rasa begitu sempurna walaupun setelah bertudung** Bak kata orang, penampilan kita adalah dari hati. Jika bersih hatinya, maka bersihlah penampilannya. Wallahu'alam.

Begitulah juga halnya dengan orang yg bersolat. Memang tidak pernah dijanjikan orang yg bersolat ini syurga la tempatnya. Namun, solat itu adalah tiang agama. Dan solat adalah perkara pertama yg akan dihisab di sana kelak. Jadi, tepuk dada tanyalah iman. Bagi yg tidak meninggalkan solat tu, janganlah memandang hina kepada mereka yg tidak bersolat. Kita seharusnya "menarik" mereka ini supaya lebih terbuka hatinya untuk kembali ke jalan yg diredhai-Nya.

Apapun, semuanya adalah ketentuan Illahi. Apa yg DIA tahu, kita tak pernah tahu. Apa yg perlu kita tahu ialah untuk menjadi hamba yg lebih baik. Allah S.W.T itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ambil la kesempatan yg ada ini untuk meraih keredhaan-Nya. In Shaa Allah.


p/s : aku pernah pertikaikan dulu "eleh...orang yg pakai tudung tu baik sangat ke..??" Ya Allah...astaghfirullahal'adzim...daifnya diri aku =(






~ Dylla Abas ~
Post a Comment