They're My Best Buddies

Saturday, 23 February 2013

Forum Maulidul Rasul : Rahmatan Lil 'Alamin

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Pada tanggal 20 Febuari 2013 yg lepas, kumpulan Usrah Muslimin Universiti Tun Abdul Razak (UMU) telah menjemput beberapa orang penceramah khas bagi program Forum Maulidur Rasul : Rahmatan Lil 'Alamin. Penceramah-penceramah tersebut adalah Imam Muda Nazrul, Sham Kamikaze dan Presiden PKPIM Ahmad Fahmi.




Teruja dengan topik forum dan juga ahli panelnya, aku terpanggil untuk menghadiri majlis yg istimewa ini. Sungguh. Memang istimewa. Kerana topiknya adalah tentang manusia istimewa yg pernah diciptakan oleh Allah S.W.T suatu ketika dahulu. Nabi Muhammad S.A.W, walaupun telah lama pergi meninggalkan kita semua, namun namanya tidak luput di ingatan, tidak lekang di bibir. Mengingatinya sudah cukup menenangkan jiwa. Bertuahnya rasa dilahirkan sebagai umat Islam, sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

Forum dimulakan dengan topik pengenalan oleh barisan panel penceramah. Dan kemudian diteruskan dengan soalan daripada moderator forum, Afiq Asyraf. Imam Muda Nazrul memulakan forum dengan bercerita tentang Sirah Rasulullah S.A.W. Perjuangan Rasulullah S.A.W menjadi topik utamanya. Bermula dengan penghijrahan Baginda untuk terus menyebarkan ajaran Islam, mengembangkan agama Allah S.W.T, dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Bagaimana keteguhan iman telah menyatukan Kaum Muhajirin dari Kota Mekah dengan Kaum Ansar di Kota Madinah. 

Forum kemudian diteruskan oleh Sham Kamikaze, juga dengan topik penghijrahan. Dia yg dulunya popular sebagai vokalis kumpulan muzik Kamikaze, kini telahpun memilih jalan untuk berhijrah ke jalan yg lebih diredhai-Nya, menjadi penceramah bebas, dan terus bercerita tentang trend artis di malaysia yg satu-persatu berhijrah ke arah yg lebih baik. Pertanyaan tentang bagaimana dia boleh berubah menjadi dia pada hari ini, tetap dijawab dengan tenang, walaupun menurutnya, cerita itu sudah berulang-kali diceritakannya. 

Berkat Doa Ibu

Sham Kamikaze yg menggelarkan dirinya sebagai "Jebond" memulakan sejarah penghijrahannya bersama seorang teman baik yg digelar Ari. Mereka berdua merupakan orang-orang yg gemar bermain muzik. Dan topik perbualan mereka pastilah tentang muzik belaka. Menurut ceritanya, Sham dan Ari ni telah berkawan lama, hampir 13 tahun yg lepas. Namun, sepanjang tempoh 13 tahun itu, mereka tidak pernah memberi salam untuk bertegur-sapa. Bayangkan..?? Hinggalah suatu hari, Ari telah menelefon Sham dan yg mengejutkan, Ari telah memberi salam! Dan sepanjang perbualan tu, Ari ada menyelitkan beberapa hadith Rasulullah S.A.W. Sham yg terkejut dan rasa tidak percaya, segera ke rumah Ari yg terletak di Perak.


Itulah permulaannya. Bagaimana Allah S.W.T telah membuka pintu hati Sham untuk berubah menjadi hamba yg lebih baik. Sham mula mengikut temannya itu ke surau untuk bersolat. Sehinggalah terdetik di hatinya untuk berjalan-jalan mencari masjid! Sampailah mereka di satu masjid yg terletak di Kangar yg kebetulan solat Zuhur ** kalau tak silap ** ketika itu diimamkan oleh Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais. Selesai solat, Sham disapa dan disalami oleh imam tersebut. Betapa terkejutnya dia ketika itu dan terus menelefon ibunya di kampung.

Dan alhamdulillah, Sham terus istiqamah di dalam beribadah kepada Allah S.W.T sehinggalah dia balik ke kampung untuk bertemu dengan ibunya. Ibunya amat bersyukur dengan perubahan itu. Tidak sia-sia doanya selama hampir 35 tahun untuk melihat anaknya menjadi anak yg soleh. Berkat doa seorang ibu memang tak boleh nak dipertikaikan lagi. Allah S.W.T pasti akan memakbulkannya. In shaa Allah.

Panel terakhir, Presiden PKPIM Ahmad Fahmi meneruskan forum dan lebih menjurus kepada tanggungjawab seorang  pelajar di dalam masyarakat di dalam mencontohi sifat Baginda Rasulullah S.A.W. Ada beberapa cerita menarik yg dikongsikannya. Tapi, aku tak dapat nak ingat semua. Di dalam keterujaan untuk menghadiri majlis ni, sampai aku terlupa nak bawa notebook. Handphone pula kehabisan bateri. Jadi, apa yg aku ingat je yg mampu untuk aku kongsikan dengan kawan-kawan semua. Kalau tak silap aku, ada video yg dirakam oleh pelajar Unirazak. Mungkin aku boleh dapatkan video tu dan kongsikan semuanya. In shaa Allah.


p/s : tak terasa bosan duduk selama 3 jam lebih mendengar cerita dan perkongsian menarik daripada 3 orang ahli panel untuk forum ni ^_^





~ Dylla Abas ~
Post a Comment