They're My Best Buddies

Monday, 21 January 2013

Prihatin Ke Queen Control...???

Assalammualaikum W.B.T

Pagi yg tak berapa nak ceria. Sebab?? Isnin dengan punch-card merah...sedih!! Dah sampai awal. Tapi, pintu ofis terkunci. Dan aku pula memang tak pegang kunci ofis. Dok menunggu si pemegang kunci sampai, jam dah lepas kul 8.30 pagi. Arghhh...semangat tau tak nak merah-merah lagi...haish

Okay. Back to the topic. Semua orang tahu maksud prihatin. Dan aku yakin, semua orang juga tahu apa itu Queen Control. Bila dah sebut queen, mesti la topiknya berkisar tentang perempuan, ye tak...??

Hmm, perempuan ni mungkin sebab hati dia lebih sensitif dan naluri dia tak sama dengan naluri lelaki, menyebabkan dia lebih cenderung untuk bersikap prihatin. Dan bila perempuan prihatin, ada lelaki yg akan memahami. Tapi, ada ramai juga lelaki yg menganggapnya sebagai Queen Control. Wahai lelaki, ketahui la, prihatin dan Queen Control tu dua perkara yg amat berbeza maksudnya.

Prihatin lebih kepada mengambil tahu atau mengambil berat akan hal-hal yg berlaku di sekeliling, lebih-lebih terhadap orang yg rapat dan disayangi.

Queen Control pula memang terang-terang merupakan sikap yg tak menyenangkan semua pihak. Siapa yg suka hidupnya dikawal, kan...? Aku pun tak suka. Semua benda nak kena buat report. Semua perkara perlu diberitahu. Kalau boleh, 24 jam mesti berkepit dengan si dia je. Haishhh...letih!

Kenapa nak cakap pasal topik ni..? Sebab aku rasa aku ni kategori prihatin. Aku tak kisah la orang-orang sekeliling yg rapat dengan aku ** terutamanya ahli keluarga aku la kan ** nak buat apa pun. Nak pergi kemana jua. Tapi, biarlah ada yg tahu. Takde la timbul rasa risau dalam diri. Ingat rasa risau tu seronok ke..?? Tak seronok langsung okay! Nak buat apa pun serba tak kena. Asyik dok fikir apa yg jadi dengan diorang semua. Hmm...tapi, kadangkala...sikap prihatin ni disalah-anggap. Tu yg selalu wujud salah-faham dalam sesuatu hubungan tu.

Okay la. Dah takde idea nak merapu panjang-panjang. Sebenarnya tengah mati kutu ni. Sebab nak migrate sistem baru punya pasal, sistem sekarang ni dah tak boleh nak guna. Kerja menimbun ni...siapa nak buat...??

p/s : nak BW jap ek!



~ Dylla Abas ~
Post a Comment