They're My Best Buddies

Thursday, 31 January 2013

Penangan Cinta Pertama

Assalammualaikum W.B.T
Sebelum ni aku pernah buat entri tentang Kenangan Cinta Pertama aku yg dah berakhir lama dulu. Bukan sengaja nak buka balik cerita lama. Sebab aku pun dah lama tutup buku tu. Silibus tu dah tak valid lagi dalam hidup aku. Cuma, kejadian baru-baru ni membuatkan aku teringat semula kenangan tu. Dalam entri sebelum ni, yg aku ceritakan tentang Percutian Ke Negeri Jelapang Padi tu, nak dijadikan cerita, suami kepada pengantin perempuan adalah adik kepada ex-GF mr.T. Dan mr.T tu adalah first love aku. Complicated kan...?? Hee >_<

Sebenarnya tak la complicated sangat pun. Sebab semua tu dah berlalu. Masing-masing pun dah ada komitmen masing-masing. Si kakak suami pengantin tu pun dah ada kehidupannya sendiri. Mr.T pun dah ada kehidupannya sendiri. Aku pula semakin menghampiri kepada kehidupan aku sendiri. Eh...?? Hahahaha...

Malam yg masa Family Day tu, kitaorang ada BBQ. Antara menunya ialah ikan keli. Masa tengah makan dengan mak, tetiba je mak bersuara, "mak teringat dulu si T tu suka sangat makan ikan keli ni...teringat pula dia bertenggek atas gas masa mak tengah goreng ikan keli.." Okay. Rasa sebak kejap. Sumpah aku pun teringat kenangan tu. Betapa eratnya hubungan mak dengan mr.T dulu. Macam seorang anak dengan seorang ibu. Dan mak memang tak pernah lupakan dia hingga ke saat ini =(


p/s : T...walau di mana jua awak berada, moga awak bahagia selalu (",)


~ Dylla Abas ~
Post a Comment