They're My Best Buddies

Tuesday, 15 January 2013

Had Sabar

Assalammualaikum W.B.T

Bila bercakap tentang sabar, macam-macam yg terlintas dalam kepala, kan? Apa yg pasti, sampai tahap manakah kita mampu untuk bersabar. Benarkah sabar itu ada hadnya...? Kita selalu dengar orang cakap, "sabar aku ni ada hadnya..." Persoalannya...ada had ke...??

Hmmm, susah nak cakap kan. Sebab aku sendiri pun bukan la di kalangan orang yg bersabar sangat. Ada masanya aku boleh la bersabar. Tapi, ada juga masa yg membuatkan aku terlupa seketika erti sabar. Mungkin bagi orang-orang macam aku ni, sabar itu ada hadnya. Tapi, bagi orang-orang yg memiliki tahap iman yg tinggi, pasti sabar itu tiada had bagi mereka. Pasti mereka mampu tersenyum ketika menghadapi setiap dugaan dengan penuh sabar. Ya Allah, bertuahnya kalau aku berada di kalangan itu.

Bila difikirkan balik, apakah situasi sebenar yg meletakkan diri kita ini sebagai orang yg bersabar..? Sabda Rasulullah S.A.W, "sabar itu adalah pada hentakan yg pertama" Maksudnya, ketika kita mula-mula menerima sebarang dugaan yg memerlukan kita untuk bersabar, pada ketika itulah kita mesti bersabar dan pada ketika itulah situasi sabar dikira. Namun, jika kita mengamuk dulu, meratap, meraung, kemudian bila keadaan tenang dan ketika itulah baru kita mahu bersabar, maka itu bukanlah sebenar-benar sabar. Wallahu'alam.



p/s : sedang bersabar dengan kerenah orang-orang sekeliling >_<






~ Dylla Abas ~
Post a Comment