They're My Best Buddies

Thursday, 10 January 2013

Berakhirnya Sebuah Kisah

Assalammualaikum W.B.T

Tajuk kemain...!! Hee...apapun itulah realitinya. Realiti yg harus aku hadapi kini. Tapi, tak bermakna bila berakhirnya sebuah kisah itu, hidup aku akan turut berakhir. It was a part of my life. And that part have to be eliminated so that I can move on.

Apapun, sesungguhnya aku bersyukur kerana kisah itu tidak menjejaskan diri aku. Aku masih mampu untuk terus tersenyum meskipun masih berbaki rasa sakit dalam diri. Well, Dylla...past is past. Lets bygone be bygone. Suka ataupun tidak, kisah itu telah tercatat dalam "diari" hidup aku sejak dari loh mahfuz lagi. Kalau dulu, aku boleh dikategorikan sebagai manusia yg lemah, tidak mampu untuk redha dengan segala ketentuan-Nya...kini, walaupun tidaklah begitu tabah, tapi aku mampu untuk menghadapinya. Tipu la kalau cakap tak sedih. Tapi, kesedihan tu tak kekal lama. Sebab..?? Aku dapat 1001 kebaikan di sebalik kesedihan itu.


Sesungguhnya, Allah S.W.T itu memang Maha Adil, Maha Penyayang serta Maha Mengetahui. Apa jua yg berlaku, adalah sebaik-baik perancangan-Nya. Biarpun ada masanya dalam hati ni terdetik, "kenapa semua ni terjadi pada diri aku...?" tapi aku tetap yakin, there's always a reason on every single thing happens. Jadi, inilah hikmahnya. Ketenangan. Siapa je yg boleh bagi kalau bukan DIA...kan??

Dan Allah S.W.T telah menggantikan kesedihan itu dengan sesuatu yg tak dijangka. Yg mampu melahirkan rasa syukur yg tidak terhingga terhadap-Nya. Terima kasih ya Allah...besar sungguh nikmat yg telah KAU kurniakan ini (",)


p/s : no more "Sang BF" in my life...he left already...but it replaced with "Bakal Suami"...in shaa Allah...pray for my best ye kawan-kawan >_<



~ Dylla Abas ~
Post a Comment