They're My Best Buddies

Friday, 29 June 2012

Bersangka Baik (Husnuzon)

Assalammualaikum W.B.T

Bersangka baik adalah sifat yang cukup indah, yang mengeratkan hubungan ukhwah yang terjalin. Bersangka baik adalah 1 sifat yang bukan semua hamba Allah mampu untuk lakukan 100 peratus. Sekuat mana pun kita mampu bersangka baik, mesti ada ketika kita akan bersangka buruk. Tak kesahlah sesama manusia ataupun dengan Allah.

Mesti ada sedikit, kerana kita ini insan yang lemah. Tak kuat. Tapi kita cuba jangan terlalu lama bersangka buruk.  Bila ada perasaan begitu, cepat-cepatlah kita beristighfar. Semoga perasaan itu cepat hilang dan digantikkan dengan perasaaan yang baik.

Bersangka buruk hanya akan membawa kita berfikiran negatif, hati tidak menjadi tenang malah akan hitam, seterusnya kita mula berasa dengki dan tidak puas hati pada orang lain. Dan kemungkinan kita akan menyampaikan fitnah.  Banyak bukan boleh berlaku hanya dengan bersangka buruk?

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12  :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”  


Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).



Imam asy-Syafi'i berkata :

" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia "


Kita ini sememangnya digalakkan untuk bersangka baik dengan semua manusia. Walau apa pun perkara berlaku, yang penting bersangka baik dan fikir positif!  Sebab ia membuatkan hati kita selalu dalam keadaan tenang, nak marah pun susah. Dan menjauhkan kita dari sifat dengki serta mengumpat.


Bersangka baik juga bukan hanya pada sesama manusia, tetapi juga pada Allah! Jangan kita cepat bersangka buruk pada Allah, disaat mana doakan kita tidak dimakbulkan.  Atau pun apa yang kita mahukan itu, lambat di beri Allah.

Bersangka baik!
 

Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Ingat sahabat-sahabat, bersangka baik lah kita pada setiap perkara yang berlaku.  Setiap yang sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Inilah satu-satunya cabaran untuk anda, bersangka baik! Kerana bukan semua orang boleh lakukan. Jika anda berjaya lakukan bermakna anda sudah sanggup untuk menempuhi segala ujian dariNya.  Apapun yang datang, anda tetap tenang dan senyum.
 
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Istighfar dan berselawat la selalu. Teguhkan iman anda. Mantapkan hati anda atas agama Allah. Wallahualam.


p/s : credit to Roslina Ramli atas artikel ni (",)

 
Photobucket

Pengisian Jumaat (14)

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Mulk - ayat 2 :

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."




Photobucket

Thursday, 28 June 2012

Erti Tanggungjawab Dalam Hidup

Assalammualaikum W.B.T

Tanggungjawab itu amat besar definisinya. Bagi aku, tanggungjawab ialah sesuatu yg perlu kita tunaikan dengan memberi sepenuh komitmen terhadapnya. Tanggungjawab itu juga terlalu banyak kategorinya. Antaranya ialah :

Tanggungjawab sebagai ANAK
Tanggungjawab sebagai IBUBAPA
Tanggungjawab sebagai PELAJAR
Tanggungjawab sebagai KAWAN
Tanggungjawab sebagai PEKERJA
Tanggungjawab sebagai MAJIKAN
Tanggungjawab sebagai RAKYAT
Tanggungjawab sebagai PEMERINTAH

Dan tanggungjawab terbesar dalam hidup kita semua sebagai umat Islam adalah :

TANGGUNGJAWAB terhadap YANG MAHA ESA.

Senarai di atas adalah tanggungjawab asas yg kebanyakan kita akan lalui. Bermula dari tanggungjawab sebagai seorang anak hinggalah kepada tanggungjawab sebagai seorang pemerintah. Setiap kategori ini ada cara untuk menunaikannya. Kita tidak boleh memandang ringan akan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepada kita.

Kita perlu tahu untuk membezakan cara bagi menunaikan setiap tanggungjawab yg telah diamanahkan. Sebagai anak, kita perlulah menghormati dan menjaga kedua orang tua kita dengan sempurna. Sebagai ibubapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak hidup dengan lengkap dan sempurna. Sebagai pekerja, menyiapkan setiap tugasan yg diberi, menjaga attendance dan menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan sekerja, menjadi tanggungjawab utama kita. Dan begitulah seterusnya.

Setiap peringkat hidup kita ada tanggungjawab yg perlu digalas. Manusia telah diciptakan dengan sesempurna kejadian. Menjadi tanggungjawab utama kita untuk kekal sempurna, bukan sekadar fizikal, malah akhlak dan peribadi juga biarlah sempurna.

Menjadi seseorang yg tidak bertanggungjawab akan membuatkan diri disisih. Jauhilah sikap sebegini kerana tanggungjawab itulah yg akan menjadikan diri kita ini baik atau sebaliknya.

Wallahu'alam.


p/s : ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan...continue later ^_^



Photobucket

Sayakah Follower Bertuah Itu

Assalammualaikum W.B.T



Aku dijemput untuk join segmen ni oleh blogger Kancil8349.
Terima kasih ye menjemput ^_^
BTW...segmen ni mudah je
Dan aku memang suka buat benda mudah..hihi

Sukacitanya aku nak tag 3 orang ni :


p/s : selamat bersegmen!!



Photobucket

Wednesday, 27 June 2012

Asma ul-Husna



p/s : jom kita berzikir...!!



Photobucket

Jadi Baik Untuk Yang Baik

Assalammualaikum W.B.T

Bertuah rasanya kalau kita dapat seseorang yg baik menjadi sebahagian dari hidup kita, kan? Tapi, perkara mudah ke kita nak dapatkan yg baik tu...? Mungkin mudah bagi mereka yg baik. Tapi, bagi mereka yg dirinya kurang baik...macam mana pula..?

Ada kata-kata yg menyebut, "lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik dan begitulah sebaliknya". Tapi, bagi kes lelaki dan wanita yg ingin berubah menjadi baik, adakah mereka layak untuk mendapat pasangan yg baik juga? Persoalan ni agak kerap muncul di fikiran aku sebenarnya.

Semalam, aku sempat menonton satu video klip yg sangat menyentuh hati. Video tentang bagaimana seorang perempuan yg masih muda menerima seorang lelaki untuk menjadi suaminya di atas pilihan keluarganya sendiri. Dan bagaimana lelaki itu sebenarnya sudah terjatuh hati terhadap perempuan itu hingga dia berusaha sepenuh hati untuk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya, dunia dan akhirat.

Jalan ceritanya panjang, tapi aku ringkaskan jelah ye. Si perempuan itu pernah menolak lamaran si lelaki itu sebelumnya. Tetapi, si lelaki tidak pernah berputus asa. Dan kebetulan, lelaki itu adalah pilihan keluarga si perempuan. Paling aku tertarik dengan jawapan si ibu kepada anak perempuannya itu yg masih muda, mentah di dalam kehidupannya, sering bertanya :

Anak : Mak, kenapa mesti saya...? Kenapa bukan orang lain...?

Ibu : Because you are the chosen one. Allah choose you.

Dan disebabkan jawapan ibunya itulah, si perempuan ini membuat keputusan untuk melakukan Solat Sunat Istikharah, pertama kali dalam hidupnya. Alhamdulillah, Allah S.W.T menemukan jawapan yg dicari. Dia akhirnya menerima lelaki itu sebagai suaminya.

Aku juga tertarik kepada persoalan si perempuan terhadap lelaki itu, dan bagaimana lelaki itu menjawab :

Perempuan : Kenapa awak masuk meminang saya?

Lelaki : Sebab saya jatuh hati pada awak dan saya percaya awak boleh membuatkan saya untuk menjadi lelaki yg lebih baik...

Oh, so sweet!! Dan yg paling menarik tentulah bagaimana cara si lelaki itu melamar si perempuan, kan? Lamaran yg dibuat melaui video itu memang sangat menyentuh hati. Aku tiba-tiba rasa sebak bila terbaca salah satu ayat di dalam video itu : "Awak yg comel, cantik dan bergaya, disebalik kecomelan awak itu, awak seorang yg taat pada Allah, rasul dan ibubapanya, seorang yg setia pada kawan-kawannya, seorang yg kuat dan tabah, tapi pada masa yg sama awak seorang yg manja, and that's all the reason why I adore you"Sweet tak..?? Hmm...aku langsung tak kenal mereka. Tapi, cara dan perbuatan mereka telah membuat aku terfikir sesuatu. Allah S.W.T telah menunaikan janji-Nya. Tiada keraguan lagi. DIA menghadirkan seseorang yg baik untuk hamba-Nya yg baik. Dan kebaikan ini pasti akan membawa hingga ke syurga-Nya, insyaAllah.

Kalau kita mengimpikan seorang suami atau isteri yg baik, perbaikilah diri terlebih dahulu. Mana yg buruk, berubahlah untuk menjadi seseorang yg lebih baik. Dan ingatlah, setiap kebaikan itu, pasti ada ganjarannya. Itu janji Allah S.W.T pada kita semua. Sebelum kita menuntut janji itu, tunaikanlah dulu tuntutan Allah S.W.T terhadap diri kita. InsyaAllah, DIA Maha Mengetahui juga Maha Mengasihi.

Wallahu'alam.


p/s : masih ramai lagi manusia yg baik di atas muka bumi ni ^_^

Photobucket

Tuesday, 26 June 2012

Dosa vs. Restoran Mewah

Assalammualaikum W.B.T

Topik ilmiah sikit ye hari ni. Aku baru je terbaca satu artikel tentang perkara dosa ni. Dan teringin pula rasanya nak share dengan kawan-kawan semua.

Pada satu hari, ada seorang ulama' duduk di sebuah kedai makan berhadapan dengan sebuah restoran yg sangat mewah. Dia didatangi seorang kafir yg lantas menegurnya,

Si Kafir : Boleh saya tanya kamu satu soalan..?

Ulama' : Silakan...

Si Kafir : Tidak pernahkah kamu terfikir untuk membuat dosa...?

Ulama' : Siapa yg tidak mahu membuat dosa? Siapa yg tidak mahu hidup mewah dengan duit rasuah? Siapa yg tidak mahu bergembira dengan perempuan dan arak di sekeliling? Semua orang pun mahu...begitu juga saya...

Si Kafir : Jadi, mengapakah kamu tidak membuat dosa...?

Ulama' : Cuba kamu lihat restoran itu. Makanan yg dijual semuanya mahal-mahal belaka. Dosa ini umpama makan di restoran yg mewah begitu. Semua orang teringin hendak merasa makanan yg mahal dan lazat dari restoran itu. Tapi, bukan semua mampu untuk membayarnya. Begitu juga dengan dosa. Semua orang boleh membuat dosa. Tapi, apakah kita mampu untuk membayarnya di sana nanti?

Si kafir itu terdiam dan berfikir sedalam-dalamnya maksud yg ingin disampaikan oleh ulama' tersebut. Walaupun perumpamaannya dikaitkan dengan restoran mewah, tetapi akhirnya si kafir faham bahawa dosa itu perlu dijauhi oleh setiap umat Islam.


p/s : kalau si kafir tu pun boleh faham, dah tentu kita yg dilahirkan Islam lebih faham lagi kan (",)

Photobucket

Kenapa Suka Beralasan

Assalammualaikum W.B.T

Lumrah manusia yg hidup di muka bumi ini, pasti tidak lekang dari hidup beralasan. Alasan tu sama tak dengan sebab...? Kalau sama, maka aku setuju la hidup ni penuh dengan alasan. Semua benda yg berlaku ada sebabnya. Atau dalam erti kata lain, ada alasannya. Ish, pelik pula bunyinya!

Tapi, bagi aku sendiri, secara peribadinya, aku tak berapa suka la dengan orang-orang yg terlalu banyak alasan dalam hidup. Kenapa kau datang kerja lambat? Kenapa kau tak siapkan kerja ni pada waktu yg ditetapkan? Kenapa kau itu...kenapa kau ini...? Macam-macam kenapa...dan macam-macam alasan.

Pada aku, alasan tu sekadar nak menyelamatkan diri sendiri tanpa mempedulikan risiko yg bakal terjadi. Dan risiko tu selalunya akan melibatkan orang lain la. Aku bagi contoh la ye :

Seorang lelaki telah memungkiri janji terhadap kekasihnya. Dia memberikan pelbagai alasan dan akhirnya kesalahan itu dimaafkan. Tapi, terfikirkah dia kesan terhadap emosi kekasihnya itu..? Benar, dia telah dimaafkan. Tapi, dalam hati...siapa tahu...? Perbuatan memungkiri janji ni bukan kesalahan remeh-temeh...bagi aku la. Bagi korang, tak pasti la macam mana kan.

Haa..itu la contohnya. Dan ada banyak lagi contoh lain. Dan contoh-contoh lain tu memang sering berlaku di sekeliling hidup kita. Kadang-kadang kita yg terlepas pandang. Atau kadang-kadang, diri kita sendiri yg suka beralasan.

A : Kenapa kau datang lambat...?

B : LRT tu yg lambat...

Oh, salahkan LRT pula! Kalau kita keluar awal sikit, mesti kita dapat kejar LRT yg lebih awal kan. Jadi, takde isu la kenapa kita datang lambat. Ada masanya, alasan ni perlu. Tapi, janganlah sampai hidup terlalu bergantung dengan alasan. Buruk padahnya nanti. Esok dekat 'sana', boleh ke kita jawab macam ni :

Allah S.W.T : Mengapa ketika di dunia kamu tidak solat, hamba-Ku...?

Kita : Sebab aku terlalu sibuk bekerja ya Allah...aku tidak punya masa yg cukup untuk beribadah kepada-Mu...

Haa, tunggu masa jelah kita bakal dicampak ke dalam api neraka. Jadi, tanyalah diri sendiri. Memberi alasan memang mudah. Tapi, mampukah kita untuk menanggung akibatnya...? Wallahu'alam.


p/s : pesanan untuk diri sendiri juga (",)


Photobucket

Monday, 25 June 2012

Kupu-Kupu dan Rama-Rama

Assalammualaikum W.B.T

Aku kadang-kadang confuse sikit, kupu-kupu tu macam mana..? Rama-rama tu macam mana pula..? Mereka ni sebenarnya dari keluarga yg sama. Ada beberapa perbezaan fizikal yg kita tak berapa nak perasan sangat...

1) Sesungut rama-rama lebih berbulu, manakala sesungut kupu-kupu lebih langsing dan berfilamen.

2) Rama-rama akan merentangkan sayapnya ketika berehat, manakala kupu-kupu akan membiarkan sayapnya terlipat tegak di atas tubuhnya.

3) Kebiasaannya rama-rama aktif di malam hari dan akan tertarik pada cahaya lampu, manakala kupu-kupu pula lebih aktif di siang hari dan disebabkan itu ianya berwarna-warni.


Sang Rama-Rama

Okay...faham dah perbezaan dua haiwan ni..? Dulu kat sekolah, kawan-kawan aku pernah cakap,"alah, senang je nak bezakan kupu-kupu dan rama-rama ni..yg cantik tu kupu-kupu, yg tak berapa cantik tu rama-rama..."


Sang Kupu-Kupu

Bila aku buka ensiklopedia, baru la aku faham maksud sebenar kawan aku tu. Bukannya rama-rama tu tak cantik, tapi sifatnya yg aktif di waktu malam dan lebih tertarik kepada cahaya lampu yg menyebabkan warnanya kelihatan tidak menarik di waktu siang.

Dulu, masa aku masih di bangku sekolah rendah, aku suka tangkap kupu-kupu. Simpan dalam akuarium plastik kecil tu, lepas tu biarkan beberapa hari, dan bebaskan ia semula. Aku dah la tak tahu nak bagi kupu-kupu tu makan apa, kang aku simpan lama-lama nanti mati lak dia. Tapi, dulu kecik-kecik semua pun aku sebut rama-rama je. Tak keluar langsung istilah kupu-kupu tu. Bila dah besar, dah faham konsep, dah tahu nak bezakan, baru aku reti sebut kupu-kupu ^_^

Aku bukannya suka sangat kupu-kupu ni sebenarnya. Tapi, kecik-kecik dulu, menangkap kupu-kupu tu salah satu aktiviti riadah petang aku dan kawan-kawan. Kadang-kadang jemu juga main galah panjang, penggal selipar, lompat getah, konda-kondi etc. So, pergilah gatal tangan menangkap hidupan liar ni. Lama-lama jadi suka. Lepas tu, tengok corak dan warna kupu-kupu yg cantik-cantik belaka, membuatkan aku jatuh cinta pada mereka...hahahaha

Sekarang ni, apa-apa pun, mesti aku akan selitkan juga kupu-kupu atau rama-rama dalam hidup aku. Contohnya, kat blog buruk aku ni la. Kan ada banyak kupu-kupu tu (",)


p/s : sebenarnya lebih suka tangkap kupu-kupu tu sebab sayapnya yg tertutup dan menegak...!!

Photobucket

Header Baru Lagi

Assalammualaikum W.B.T

Dalam seminggu dua ni, tak tahu la berapa kali aku bertukar header. Ada je part yg tak memuaskan hati. Lepas tu mula la nak buat lain kan. Kalau ada yg terconfuse...rasa-rasa macam dah tersalah masuk blog, tak...anda tak salah...memang inilah blognya kalau memang anda klik La Mia Storia ^_^

Harap-harap boleh bertahan la dengan header yg kali ni. Bukan apa, bila tengok blog orang lain ada header yg cantik menarik tertarik, masa tu mula nak rasa blog aku la blog paling huduh dalam dunia!! Macam la dah tukar header ni blog aku tetiba jadi blog tercantik di dunia pula kan...memang tak la ye...but anyway...rasa puas hati sebab dengan header ni, aku dapat besarkan sikit layout width ni. Lapang sikit pandangan mata ni.


p/s : hari ni takde idea nak tulis entri apa...harap-harap malam ni terdetik la barang seketul dua idea (",)

Photobucket

Sunday, 24 June 2012

Tentang Doa

Assalammualaikum W.B.T

Allah S.W.T sentiasa mengalu-alukan hamba-Nya untuk berdoa, pada saat suka dan duka. Janganlah doa itu menjadi trademark ketika kita berada di dalam kesusahan saja, sedangkan kita memerlukan-Nya di setiap masa. Ketika sedih, kita berdoa agar kesedihan itu dapat diubati. Ketika gembira dan bahagia, kita berdoa agar semua nikmat itu dapat dikekalkan di dalam hidup kita.

Pernahkah kita melihat akan kekuatan doa itu? Doa memberikan kekuatan spiritual buat kita. Jika sebelumnya kita lemah, selepas berdoa, bermunajat dan mengakui segala kesilapan diri, kita pasti akan berasa lebih kuat.

Jika sebelumnya kita berasa putus asa, kemudian kita menangis semahu-mahunya mengahadap Illahi, merayu dan berdoa, di akhir semua itu, kita akan berasa seperti mendapat pengharapan semula. Hebat kan kekuatan doa dalam hidup kita?

Doa adalah kekuatan bagi umat Islam. Kita sebagai hamba hanya layak meminta daripada-Nya. Jika kita tidak merayu dan meminta daripada-Nya, kepada siapa lagi kita hendak meminta? Kepada siapa lagi kita boleh bergantung? Diri sendiri? Firaun je yg buat begitu.

Kalau kita tidak percaya pada kekuatan doa itu, cubalah berdoa buat kali pertama di saat kita dilanda bencana. Kita pasti akan terasa betapa hampirnya Allah S.W.T dengan diri kita. Betapa sudinya Dia mendengar segala keluhan hati kita berbanding manusia lain. Belum tentu manusia akan bersimpati dengan ikhlas dan memahami sepenuhnya akan masalah yg kita hadapi. Yakinlah, jika kita mengadu dan berdoa dengan ikhlas, insyaAllah Dia akan mendatangkan penyelesaian terbaik dan tidak disangka-sangka.

Wallahu'alam.



Photobucket

Saturday, 23 June 2012

Tak Salah Kalau Kita Nak Buat

Assalammualaikum W.B.T

Apa yg tak salah kalau kita nak buat ni...? Nak buat apa sebenarnya yg tak salah sangat ni...? Okay...check it out :

1. Tak salah kalau kita nak menyambut kedatangan 1 January....tapi apa salahnya kalau kita tak lupa menyambut kedatangan 1 Muharram juga

2. Tak salah kalau kita lebih suka cakap hello pada kawan-kawan Muslim...tapi apa salahnya kalau kita menyebut assalammualaikum

3. Tak salah kalau kita bekerja kuat dalam urusan dunia...tapi apa salahnya kalau kita tak lupa yg kita kena seimbangkan ia dalam urusan akhirat

4. Tak salah kalau kita memuji kejayaan seseorang manusia...tapi apa salahnya kalau kita ucapkan kesyukuran kepada-Nya kerana kejayaan itu datang daripada-Nya

5. Tak salah kalau kita menonton tv dan melayari internet...tapi apa salahnya kalau kita selesaikan tanggungjawab kita menunaikan solat terlebih dahulu

6. Tak salah kalau kita tahu semua nama artis dalam dan luar negara...tapi apa salahnya kalau kita lebih ambil tahu 99 nama-nama Allah dan 25 nama-nama Rasul-Nya


p/s : sharing is caring ^_^

Photobucket

Friday, 22 June 2012

Aktiviti Bermanfaat Hari Jumaat

Assalammualaikum W.B.T

Lambatnya aku buat entri hari ni. 1) Hari ni ada tazkirah mingguan. 2) Sibuk nak balas kujungan kawan-kawan blogger baru. 3) Ada Oath Taking Ceremony. Jadi, Aku nak cerita satu-persatu agenda hidup aku hari ni pada semua....hoho ^_^

Pagi tadi, tazkirah mingguan dikendalikan oleh department aku. Sampai je ofis pagi tadi, aku terus masuk pantry, siapkan air dan kuih-muih sambil dibantu oleh teman-teman sepejabat. Tajuk tazkirah kali ni ialah Bersangka baik (Husnuzon). Banyak sangat input yg aku dapat. InsyaAllah, aku akan buat satu entri khas berkaitan dengan topik ni.


sempat pula aku bergambar masa "ustazah" tengah bagi tazkirah ^_^

Habis je tazkirah, aku terus siapkan kerja yg terbengkalai semalam. Bos pun dah bising-bising tu, aku pun tak boleh nak lengah-lengahkan lagi. Duduk menghadap komputer ni, sambil buat kerja, sambil BW. Tak rugi aku join Segmen Ben Ashaari malam tadi. Best la dapat tambah kawan-kawan baru!!

Tengah buat kerja tu, tiba-tiba dapat panggilan untuk menyaksikan Oath Taking Ceremony atau dalam bahasa mudahnya, acara Angkat Sumpah pelajar-pelajar baru di universiti ni. Aku tak nak lepaskan peluang menyaksikan muka-muka pelajar baru yg bersemangat menyertai "keluarga" kami. Masuk je dalam theatrette tadi, aku terus sengih sorang-sorang. Suci murni betul muka budak-budak ni...huhu :p


aktiviti Angkat Sumpah (",)

Lepas je event tu tamat, kami semua dijamu dengan hidangan nasi beriani. Layan kan aje!! Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari (",)

Lunch hour di ofis je. Tak rasa nak merayap kemana-mana. Since perut pun dah kenyang. Sempat la menjengah ke rooftop tadi, Staff Lounge. Pertama kali naik ke atas tu. Rasa best juga. Bila-bila masa nanti, teringin nak breakfast kat situ. Tenang je. Hehehe...

Aku rasa lepas ni kena sambung BW lagi la. Macam tak habis lagi menjengah kawan-kawan baru tadi. Internet hari ni macam siput sikit la. Letih betul aku nak menunggu. Sampai rasa nak terlelap.


p/s : Cadbury Black Forest...anyone..??



Photobucket

Thursday, 21 June 2012

Segmen BEN ASHAARI Dan Saya

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama tak join segmen blogger otai ni
Plus...dia sendiri pun dah lama tak buat segmen
Tetiba malam ni macam terajin pula aku nak bersegmen
Sebab mudah sangat caranya kan...so aku join jelah ^_^




Blog yg aku suka terjah dan baca entri-entri mereka adalah jenis-jenis blog santai.
Ayat yg digunakan jelas dan mudah difahami apa yg dia nak sampaikan.
Lepas tu aku suka juga baca blog-blog yg ada entri ilmiah ni.
Hadith ke, kisah-kisah nabi ke etc.
Lagi, aku suka baca blog-blog yg ada banyak petua dan tips kehidupan.
Pendek kata, aku baca hampir semua jenis blog la.
Yg melemahkan semangat aku nak masuk blog tu sebab blog tu berat je.
Menunggu nak loading tu memang mencabar kesabaran sebenarnya.
Okay...tak nak mengarut panjang-panjang.
Sesiapa yg nak join sila klik banner kat atas tu ye.
Tapi kena cepat, sebab bro BEN ASHAARI tutup segmen ni pukul 11.00
Perghhh...nasib baik sempat join!!


p/s : kadang-kadang aku layan juga blog yg ada entri syok sendiri ni sebab aku pun sama (",)

Photobucket

Gila-Gila Remaja

Assalammualaikum W.B.T

Baru-baru ni aku teringat dekat 1 cerita lama. Cerita tahun 80-an. Tapi, bagi aku cerita ni memang evergreen la. Sampai sekarang pun masih ada yg menonton cerita ni.

Cerita yg aku maksudkan tu ialah Gila-Gila Remaja. Ingat tak para pelakonnya...? Yg pasti hero cerita ni memang tak akan dilupakan la. Faizal Hussein. Siapa tak kenal dia..? Dalam cerita ni, Faizal Hussein memegang watak seorang remaja nakal tapi mempunyai hati yg sangat baik. Walaupun dia nakal, dia bijak dalam pelajarannya hingga dapat jadi pelajar terbaik.

Adik aku pernah cakap dulu, "gila hebat Azroy ni...belajar tepi highway pun boleh jadi best student!" Bila aku fikir balik, betul juga tu...hahahaha (",)


Ada Rosyam Nor juga dalam cerita ni...tapi muka dia masa remaja memang lucu la ^_^

Tak kisah la apa pun. Bagi aku, cerita ni memang banyak pengajarannya. Walaupun para pelakonnya melakonkan watak dengan mengikut skrip seratus-peratus **skema gile bahasa diorang dalam cerita ni** tapi cerita ni tetap yg terbaik bagi diri aku.


p/s : terasa nak tengok cerita Marah-Marah Sayang la lepas ni...huhu :p


Photobucket

Love and Oxygen




To those who has asthma like me...
Oxygen is everything ^_^



Photobucket

Maaf Dan Ego

Assalammualaikum W.B.T

Beberapa hari ni ada banyak post kat FB tentang ego untuk mengungkapkan kata maaf. Dan pagi ni aku tertarik dengan entri yg mama Maszull buat tentang topik yg sama juga [klik sini]. Thanks ye mama for the idea ^_^

Seminggu dua ni aku memang ada rasa kecil hati sikit dengan si dia. Tak tahu la nak cakap aku yg emosional ke atau dia yg pentingkan diri. Tapi, pergaduhan tu berakhir tanpa ada kata maaf dari kedua-dua pihak. Aku sebenarnya agak keras hati untuk mengalah kalau aku rasa itu bukan salah aku.

Tapi, dua tiga hari, bila terlalu banyak baca topik yg berkaitan tentang ego untuk mengucapkan maaf, buat aku terfikir, egokah aku...??

Menyepi selama hampir 2 minggu bukanlah bermakna aku tak ambil peduli langsung tentang hal si dia. Aku tetap ambil tahu walaupun di luar pengetahuannya. Itu perbuatan orang egokah...??

Hmm, akhirnya...semalam aku mengalah juga. Mengalah dengan harapan hubungan ni kembali pulih macam biasa. Kadang-kadang, aku terfikir juga...bila 1 pihak je yg sentiasa mengalah, adakah pihak yg 1 lagi tu akan menghargainya...??




p/s : hati rasa lapang bila kita meminta maaf dan memaafkan orang lain (",)









Wednesday, 20 June 2012

Jom Makan KFC

Assalammualaikum W.B.T




Alhamdulillah. Rezeki di hujung nyawa kata orang...hehehe (",)
Tiba-tiba je dapat voucher KFC/Pizza Hut/Ayamas
Dah la semalam asyik cerita pasal KFC je
Tup-tup...rezeki datang bergolek!

p/s : jom pegi makan KFC ramai-ramai ^_^







Sayang Duit Lebih Dari Sayang Anak

Assalammualaikum W.B.T

Patutnya aku tak layak buat entri macam ni. Yelah, aku kan belum ada anak sendiri. Jadi, perasaan dan naluri seorang ibu tu belum wujud dalam diri aku sepenuhnya. Kalau ada pun naluri seorang makcik terhadap anak buah yg sengal yg bernama Azeem...hehehe (",)

Al-kisahnya, petang semalam dalam perjalanan balik dari pejabat, aku nampak ramainya orang berkumpul di satu kawasan letak kereta ni. Siap ada kereta polis lagi. Aku dan seorang kawan tertanya-tanya la, apa yg berlaku sebenarnya. Kami pun bagaikan Mak Jemah, segera la menghampiri tempat kejadian

Rupa-rupanya ada seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 3-4 tahun terperangkap di dalam kereta. Dan ibunya, berkeras untuk tidak memecahkan cermin kereta dengan alasan itu adalah kereta sewa. Sedangkan anaknya menangis-nangis di dalam kereta dan dia sudah terperangkap lebih dari setengah jam!

Masa tu aku terfikir 1 benda jelah, dia ni tak sayang anak dia ke...? Memanglah kos nak tukar cermin kereta bukan murah, tapi bukankah nyawa anak tu lebih berharga..? Aku cuba letak diri aku di tempat dia, ish...tak mungkin...tak mungkin aku jadi macam dia kot. Sedangkan anak buah aku jatuh sakit pun, aku gigih dapatkan dia. Inikan pula nak biarkan seorang anak kecil terperangkap di dalam kereta macam tu.




Entah la. Makin aku cuba berfikiran positif, makin tak setuju pula aku dengan tindakan perempuan tu yg sanggup menunggu pakar datang untuk membuka kunci pintu kereta tu. Kalau korang di tempat perempuan tu, apa yg korang akan buat...??

p/s : masih terbayang-bayang budak kecil tu menangis dan berpeluh-peluh lepas dapat keluar dari kereta






Bila Encik Moody Datang Menyerang

Assalammualaikum W.B.T

Semalam takde entri. Bagus la. Dah cuti on weekend. Ni dah pandai belajar cuti on weekdays pula. Minta ampun ya La Mia Storia. Tiada niat mengabaikanmu. Cheh!!

Okay la. Terus terang je. Semalam memang dah tulis entri. Tapi, tulis separuh je terus save dalam draft. Ada 3 entri aku buat semalam. Tapi, semua masuk dalam draft. Takde idea nak habiskan. Dan takde mood nak publish kan. Tak tahu la angin apa yg menyerang semalam, tapi serius memang takde mood langsung nak publish kan entri-entri tu.

Ini la masalahnya kalau encik Moody datang menyerang. Adoiii...susah betul! Macam mana nak kawal perasaan ni agar tak terlalu ikutkan sangat perasaan tak ada mood tu...? Sesiapa ada petua...? Share please...thank you ^_^

Hari ni aku mesti publish kan entri yg dah tulis separuh jalan tu ye. Tapi, tunggu la aku habiskan dulu. Kang tulis separuh-separuh kang, orang faham separuh-separuh pula...hehehe


p/s : jom breakfast Bloggers!!





Monday, 18 June 2012

Join Aktiviti Untuk KPI

Assalammualaikum W.B.T

Baru-baru ni kat tempat kerja aku ada event yg melibatkan Unirazak's Case Writer Club (UCWC). Kami semua memanglah dijemput hadir. Datang dan pasang telinga je. Memeriahkan majlis. Lagi satu sebab, menyokong usaha UCWC yg dengan gigihnya telah menjemput penceramah luar.

Masa nak masuk theathrette tu, kami kena mendaftar dulu. Hmm...okay, daftar je walaupun dalam hati, "macam-macam hal la!" Sekali masa nak daftar tu, keluar la dialog dari orang-orang yg menguruskan event tu, "korang datang sini boleh dapat markah lebih untuk KPI tau!" Aku masa tu macam blur kejap. KPI...?? Oh, okay...faham...tapi, betul ke boleh dapat markah lebih...?

Memang la sebelum ni Dato' Zabid pernah cakap sesiapa yg join aktiviti-aktiviti tambahan seperti UCWC ni contohnya, dapatlah extra mark. Lagi bagus kalau ada yg join aktiviti sukarelawan kat luar sana tu. Hmm...demi meningkatkan markah KPI, aku sanggup jadi sukarelawan. Tapi, ikhlas ke nanti...??

Haa, tu persoalannya sekarang ni. Sebelum ni, aku pernah rasa nak join kak Ila jadi sukarelawan untuk Yayasan Salam. Mereka ni selalunya membantu golongan anak-anak yatim dan orang-orang susah. Aku memang rasa teruja bila kak Ila cerita pengalaman dia dengan Yayasan Salam. Best sangat! Selain dari dapat memberi sumbangan berbentuk tenaga dan kebendaan, dalam masa yg sama kita boleh bermuhasabah diri. Haa...kalau aku join boleh dapat extra mark tu!!

Tapi, tulah. Jangan buat kerja kalau hati tak cukup ikhlas, Dylla. Tak elok macam tu. Tak kisah la KPI kau tu macam mana. Urusan dunia dengan urusan akhirat kena pandai uruskan. Jangan terlebih sangat tang urusan dunia tu. Bawa la sikit bekalan untuk di sana kelak. Dapat membantu untuk beratkan sikit neraca kanan pun dah cukup baik, kan...?

Sempat bergambar sebelum acara bermula (",)


p/s : niat join event UCWC tu bukan sebab KPI pun...sebab nak "lari" kejap dari urusan kerja yg memeningkan...hoho (",)





Kronologi Sabtu Yang Memenatkan

Assalammualaikum W.B.T

Dah 2 hari takde entri baru. Macam-macam aktiviti sebenarnya yg berlaku hari Sabtu yg lepas. Aktiviti yg sangat memadatkan jadual aku.

Jumaat - 6.30 minit petang
Sempat singgah di McDonalds Sogo untuk isi perut dulu sebelum balik rumah. Lepak-lepak, makan-makan dan borak-borak pasal kerja dan macam-macam isu.

Jumaat - 8.30 minit malam
Kawan aku yg dah janji nak datang dari Kuala Terengganu tiba di Stesen LRT Bandar Tun Razak. Terus ambil dia dan bawa sekali ke Bukit Beruntung. Oh, ye...mak dan ayah aku ada kat sana. Dan tujuan aku balik ke sana selain dari nak jumpa mak dan ayah, nak jumpa anah buah aku yg kedua tu juga. Adik aku balik ke Bukit Beruntung. Dah lama tak jumpa family dia. Dan yg paling utama, dah lama tak jumpa anak buah aku yg seorang lagi tu, Adam. Kata adik, Adam tak sihat. Terkena jangkitan paru-paru. Risau betul aku. Sampai je di Bukit Beruntung, aku terus cari Adam. Tapi, Adam dah tidur pula. Tengok keadaan fizikal dia, alamak...dah makin kurus si debab ni! Tak boleh panggil debab dah.

Kesian Adam - terpaksa tidur sebab terlalu lemah nak berjaga

Jumaat - 12.30 minit malam
Aktiviti kegemaran ramai - tidur...zzZzZzzZz!!

Sabtu - 9.00 pagi
Kawan aku yg datang dari Kuala Terengganu tu sebenarnya ada temuduga di Taman Sri Rampai, Gombak. Jadi, awal pagi aku dengan dia dah keluar untuk ke tempat tu. Sebelum keluar sempat la snap gambar Adam sekeping dua. Tu pun tak boleh lama-lama. Asyik meragam je dia. Ikutkan hati, aku tak nak pergi temankan kawan aku tu. Tapi, dah janji. Dan nasib baik aku agak familiar juga la dengan kawasan Gombak tu sebenarnya. Dan tak la susah sangat nak cari. Tapi, si kawan aku ni, boleh pula print alamat lama company tu! Adoiii...sengal kejap aku rasa. Lepas dapat alamat yg betul, kena drive lagi. Nasib baik jumpa. Dan kami tiba di pejabat tu hampir pukul 11.00 pagi.

Muka Adam masa ni sama sangat dengan muka Paklong dia

Sabtu - 1.00 tengahari
Bosan gile menunggu dalam pejabat tu. Aku keluar dan sambung menunggu dalam kereta. Pekena aircond sikit...baru rasa selesa. Sekali terlelap pula! Sedar-sedar hampir 15 minit aku terlelap. Tapi, kawan aku belum keluar lagi. Amboi mak, lama gile temuduga! Apa  saja la yg diorang borakkan sangat sampai hampir nak 2 jam ditemudugakan.

Sabtu 1.30 minit tengahari
Perjalanan ke Alamanda, Putrajaya, terasa dekat je. Al-kisahnya, ada Pre-ReUnion di Alamanda. Janji nak jumpa pukul 2.00 petang. Bertolak dari Gombak pukul 1.30 minit tengahari. Memang la rasa nak jadi macam Ralph Schumacher kan. Drive macam orang gile. Nak kejar masa punya pasal. Alhamdulillah. Selamat sampai walaupun dah terlewat hampir 20 minit.

Sabtu - 3.00 petang
Semua yg join Pre-ReUnion kali ni selamat berkumpul. Walaupun hanya ber-4, tapi program ni tetap happening. Aku pelik juga sebenarnya. Dekat group tu, ramainya yg tanya bila nak buat re-union. Tapi, bila dah buat, hanya kami je yg ada. Tak sporting langsung diorang ni. Aku faham la masing-masing dah berkeluarga. Tapi, jangan la sangka yg bujang macam aku ni takde komitmen. Sebab aku faham la aku buat majlis ni hujung minggu. Semua orang cuti. Tapi, ada jelah alasan diorang. Lepas tu tanya bila nak buat next re-union. Hmm..tengok la kalau aku ada mood nak buat yg lain kan...

Dari kiri : Sarah, Dylla, Emilya and Baskaran

Sabtu - 8.30 minit malam
Aktiviti menghantar kawan aku tu ke Hentian Putra pula. Dia nak balik semula ke Kuala Terengganu. Dia tak cukup rest. Aku pun tak cukup rest. Takde la rasa penat sangat. Cuma rasa masa macam tak cukup je. Lepas hantar dia, aku pergi makan dengan seorang kawan sekerja pula. Asalnya, nak pergi tengok drift kat area Sri Kembangan tu. Tapi, kami sempat pergi makan dulu. Lapar punya pasal. Dah siap makan, patah balik kat tempat drift tu, tapi dah habis pun. Tak sempat nak tengok. Balik rumah jelah. Jam pun dah pukul 1.30 minit pagi. Sampai rumah je, memang flat terus. Tarik selimut, tidur!!


Aku tak tahu la kalau orang lain tak penat. Tapi, aku memang rasa penat gile. Pagi Ahad tu, bangun pagi-pagi, pandang sekeliling bilik, check handphone, fikir balik kot-kot ada appointment apa-apa ke tak, agak-agak clear, aku sambung tidur balik. Heaven!!

p/s : sesekali mengerah tenaga macam ni, letih juga ye...??







Friday, 15 June 2012

Belek-Belek Muka Kat Cermin

Assalammamualaikum W.B.T

Tabiat buruk yg memang sukar nak dibuang - belek-belek muka kat cermin!! Aku tak tahu la kenapa. Dari kecil lagi memang aku suka sangat dok menghadap cermin tu. Bukan buat apa pun. Merenung muka sendiri. Seiring dengan peningkatan usia, perubahan muka tu memang ketara la, kan?

Daripada comel menjadi cantik. Eh....??? Hahahaha...perasan!! Bukan maksudkan diri sendiri la. Aku ambil contoh secara am. Kita semua yang dilahirkan sempurna itu memang cantik. Mana ada baby yg tak comel kan...? Bila baby dilahirkan cukup sifatnya, dia memang akan membesar menjadi manusia yg cantik. Itulah anugerah yg Allah S.W.T beri kepada kita semua.

Okay. Berbalik kepada tabiat buruk aku tadi, punyalah suka dengan cermin sampaikan meja kat office pun ada cermin. Pergi tandas mesti kena belek muka kat cermin dulu. Pergi mana-mana kalau terjumpa cermin, mesti berhenti sekejap, paling kurang pun 5 saat la...huhu (",) Apa punya perangai daa!!

Tapi, apa yg aku nak kongsikan di sini, tabiat buruk itu la yg membuat kan aku terfikir, betapa sayangnya Allah kepada kita semua. Diciptakan dengan sempurna kejadian. Diciptakan dengan rupa yg berbeza-beza **walaupun aku pernah terbaca dalam dunia ni ada 7 orang yg berwajah serupa** Dan yg paling istimewa diciptakan dengan rupa yg diwarisi daripada ayah atau ibu kita sendiri. Miracle

Kita diciptakan dengan 2 mata untuk melihat. Tak kisah la mata tu bulat ke, sepet ke, juling ke, asalkan namanya mata, fungsinya memang untuk melihat.

Ada 2 telinga untuk mendengar. Tak kisah la telinga tu capang ke, besar ke, kecil ke, asalkan namanya telinga, fungsinya memang untuk mendengar.

Dan ada 1 hidung dengan 2 lubang hidung untuk kita bernafas dengan sempurna. Tak kisah la hidung tu mancung ke, kemek ke, lebar ke, asalakan namanya hidung, memang tak lain tak bukan fungsinya adalah untuk menghidu dan bernafas.

Dan ada 1 mulut dengan 2 bibir - atas dan bawah - untuk makan, bercakap dan mengumpat...oppsss, jangan mengumpat. Tak baik la. Berdosa makan daging saudara sendiri. Dan mulut tu pun tak kisahla bagaimana saiznya, bagaimana rupanya, asalkan namanya mulut, memang itulah fungsinya.

Nampak...?? Tu yg ada kat bahagian muka. Belum cerita pasal dahi, dagu dan pipi lagi. Setiap kejadian kecil yg Allah S.W.T ciptakan untuk diri kita memang dah sangat-sangat sempurna, kan? Mata, hidung, mulut, telinga, dahi, pipi dan dagu, terletak di kedudukan yg sangat sempurna. Pernah ke kita terfikir, macam mana la agaknya kalau hidung tu letaknya pada dahi...? Mesti pelik, kan?




Marilah kita bersyukur dengan ciptaan yg Allah S.W.T ini. Sempurna. Cantik. Tak terjangkau oleh akal fikiran kita bagaimana Allah S.W.T menjadikan semuanya lengkap dengan fungsi-fungsi yg tertentu. Sama-samalah kita menggunakan segala ciptaan Allah S.W.T ke jalan yg diredhai oleh-Nya. Janganlah kita menyalahgunakan kesempurnaan ciptaan-Nya ini. Wallahu'alam.


p/s : bersyukur punya tabiat buruk yg boleh membuat aku menjadi manusia yg lebih dekat dengan-Nya (",)






Pengisian Jumaat (13)

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali-Imran ayat 133-134 :

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhanmu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."








Thursday, 14 June 2012

Maaf...Saya Tak Mampu Jadi Gemuk

Assalammualaikum W.B.T

Bukannya aku tak nak bersyukur. Cuma, bila yg di sekeliling cuba mengata, mula la rasa tak puas hati kan. Mula la rasa nak buat macam-macam. Nak jadi macam-macam.

Aku ni memang sejak dilahirkan, keluar sekali dengan genetik kurus. Pewaris genetik ayah yg sangat kuat. Kadang-kadang seronok sangat jadi orang kurus. Tak payah risau tentang makan. Makan je apa yg aku nak. Mengidam macam-macam, anytime boleh masuk perut.

Tapi, ada ketikanya, aku rasa rimas juga bila terlalu kurus. Terasa badan sangat ringan. Melayang-layang je rasanya. Bila tiba cuaca dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertukar menjadi angin yg tak reti bahasa, memang aku kena bahan kaw-kaw punya. Hahaha...tapi, tak ambil hati pun. Tahu diorang cuma nak bergurau.

Berat maksima yg pernah aku capai hanyalah 48kg. Tu pun boleh bertahan 5-6 bulan je. lepas tu, sikit-sikit berat aku turun. Sampai la sekarang ni berat aku jadi...errr....tettttttt...terpaksa dirahsiakan (",) Senang cakap, memang bukan berat ideal la.



Baru-baru ni, bila aku bergambar dan terserlah la kekurusan aku ni, mula la aku terdetik, " kenapa kurus sangat aku ni..??" Amboi, macam kau pernah gemuk ye Dylla..!! Hehehe...memang tak pernah. Teringin sangat nak gemuk. At least berisi sikit daripada sekarang ni pun dah okay kot. Itulah manusia, bila dilahirkan kurus, nak jadi gemuk. Bila dilahirkan gemuk, mula la sibuk berdiet sebab nak kurus. Macam-macam. Tapi, bila nampak ada yg lebih kurus dari aku, aku rasa happy. "Oh, ada lagi yg lebih kurus rupanya..."


p/s : kurus atau gemuk tu tak penting...yg penting kita sihat, betul tak...?





Beradablah Sikit

Assalammualaikum W.B.T

Semalam kononnya nak update lagi 1 entri sebelum tidur. Tapi, disebabkan selesema yg belum pulih sepenuhnya ni, aku terus je makan ubat dan tarik selimut...tidur!

Sebelum tidur tu, adalah seorang hamba Allah ni **kawan sepejabat** dok SMS aku. Okay la. Aku reply je SMS dia tu. SMS last yg aku dapat, dia wish "good night". So, end of story. Tapi..............tiba-tiba dia call pula. Eh, bukan dah "good night" ke...? Dah la mata aku rasa berat gile waktu tu. Kesan ubat selesema dan ubat batuk yg melampau. Gile banyak dadah dalam ubat tu!

Aku pun dengan baik hatinya, jawablah panggilan telefon tu. Si pemanggil tu sempatlah bertanya sama ada aku marahkan dia ke. Sebabnya, dua tiga hari ni dia kata aku macam dingin sikit dengan dia. Tak berapa nak bertegur sapa macam dulu. Hmmm...aku kerut-kerut dahi dah. Ye ke..? Aku rasa biasa je. Dia tu je yg "busy" sangat lately.

Si Pemanggil : Kalau kau marah kat aku...aku minta maaf ye

Aku : Wehhh....takde la, aku nak marah pasal apa pula?

Si Pemanggil : Mana la tahu...kot-kot kau ada rasa tak puas hati dengan aku

Aku : Takde la. Kenapa...kau ada buat benda yg tak memuaskan hati aku ke..? Kau ada buat benda yg boleh buat aku marah ke...?

Si Pemanggil : Takde la, aku tanya je...kalau ada...

Aku : Kau ni kenapa...? Lain macam je aku dengar...okay ke tak ni?

Si Pemanggil : Takde la. Okay la tu kalau kau tak marah. Lainkali la aku cakap ye...

Aku : Wehhh...kau kenapa?? Kau nak cakap apa ni...? Cakaplah...

Si Pemanggil : Takde apa-apa...sorry la ganggu kau malam-malam ni...

Aku : Peliklah perangai kau ni...kau kena.....(tutttt....tuttttt....)

Tiba-tiba talian dimatikan. Tak sempat aku nak habiskan ayat. Sungguh tak beradab. Aku cukup tak suka orang yg menamatkan perbualan telefon dengan cara macam ni. Mula la mulut ni rasa nak maki hamun kan. Nasib baik la aku dah tak larat nak fikir apa-apa. Otak fikir nak tidur je.

Dan pagi tadi, si Pemanggil tu datang minta maaf. What the....??? Jadi, memang betul la dia sengaja putuskan talian tu sebelum aku habis cakap semalam. Memang macam bertih jagung la mulut aku tadi. Marah + nasihat + menyindir...complete package aku bagi!

Kawan-kawan, kita ni hidup ada adabnya. Sedangkan nak masuk ke dalam tandas pun kena beradab, inikan pula bila melibatkan orang lain. Hormatilah sikit perasaan orang lain sebelum kita buat apa-apa tindakan. Kalau kita mulakan perbualan itu dengan baik, akhirinya dengan baik juga. Barulah kedua-dua pihak rasa senang hati.


p/s : memang cukup pantang orang putuskan talian waktu aku belum habis cakap...sigh!!!






Wednesday, 13 June 2012

Jangan Berjanji Kalau Tak Mampu Tepati

Assalammualaikum W.B.T

Bila bercakap soal janji, macam-macam yg bermain di kepala. Ada yg berjanji tapi tak pernah nak tepati. Ada pula yg sangat menepati janji. Ada yg lebih teruk, lupakan terus janji-janjinya itu. Istilah "Janji Melayu" ni wujud kerana apa...? Kerana orang Melayu ni suka mungkiri janji ke...? Aku rasa betul la. Sebab tu istilah tu wujud.

Pagi tadi, aku sempat berbual dengan seorang teman lama tentang janji. Janji yg kami bualkan adalah janji seorang kekasih kepada kekasihnya. Biasalah kan, adat bercinta, janji memang part of their life la. Tak sah bercinta kalau takde janji-janji manis ni.

Bagi aku sendiri, aku tak akan berjanji kalau aku rasa aku tak mampu nak tepati. Aku tak nak la dilabel sebagai si Pemungkir Janji. Dan aku juga tak nak menjadi seorang yg munafik. Rasulullah S.A.W pernah bersabda di dalam hadithnya :

"Ada tiga perkara, barangsiapa yg berada di dalamnya, dia adalah seorang yg munafik, apabila berbicara dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanat dia mengkhianati."

Aku memang pantang sebenarnya bila seseorang tu berjanji, tapi dia tak nak tepati. Rasa nak je bagi ceramah agama kat dia kan. Tak tahu ke sikap memungkiri janji ni sikap orang munafik...? Janganlah begitu. Lihat dulu kemampuan diri sebelum menabur sebarang janji. Kalau memang rasa tak mampu, cukuplah sekadar berkata "aku akan cuba." Sekurang-kurangnya, orang yg mendengar tu tak menaruh harapan yg terlalu tinggi, kan?

Firman Allah S.W.T :

"Dan penuhilah janjimu, pasti janji itu meminta agar dipertanggungjawabkan."

Jelas di sini, janji itu sesuatu yg harus ditepati. Aku pernah terbaca, janji itu umpama berhutang. Kita semua kan sedia maklum, hutang kalau tak dibayar, maka sia-sia la ibadah kita selama ini. Semua amalan kebaikan kita akan tergantung begitu saja. Jadi, beringatlah. Tunaikan la janji itu walau sesusah mana sekalipun.


p/s : sedang mengimbas kembali mana-mana janji yg tak tertunai lagi (",)