They're My Best Buddies

Tuesday, 31 January 2012

Tahajjud...susah ke nak tunaikan..?

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni nak cerita topik ilmiah sikit...boleh kot, kan..? Aku percaya ramai yg tahu tentang Solat Sunat Tahajjud. Solat Sunat Tahajjud ni merupakan solat sewaktu 2/3 malam. Ia ditunaikan sebaik saja kita terjaga di tengah malam. Dalam erti kata lain, walaupun kita terlelap hanya seketika, dan kita tiba-tiba terjaga, kita dibolehkan untuk melakukan solat ini.

Tapi, tak ramai antara kita yg sanggup mengambil peluang untuk beribadah di tengah-tengah malam begitu. Apatah lagi mahu mengorbankan keenakan bantal, selimut dan tilam yg empuk. Korang tahu tak, dengan memasang niat untuk bangun di tengah malam untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud serta solat-solat sunat yg lain, walaupun tidak menunaikannya tetap mendapat pahala...? Apatah lagi kalau kita bangun dan menunaikannya. Subhanallah, betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Kaya. Dia tidak kedekut untuk memberi pahala kepada hamba-Nya yg terpilih. Tapi, korang jangan la pula setiap malam berniat untuk bangun di tengah malam untuk beribadat kepada-Nya, tapi korang tak pernah bangun. Jangan begitu. Walaupun niat itu baik, tapi cubalah cari kekuatan untuk menunaikannya.

Seperti yg tertulis di dalam entri [INI], kita semua telah sedia maklum bahawa Allah sendiri akan turun untuk memberikan keampunan, menunaikan permintaan dan memakbulkan doa bagi hamba-Nya yg bangun di tengah malam lalu bersujud kepada-Nya. Tidak mahukah kita merebut peluang keemasan itu...?? Rugi beb!

Okay. Kepada sesiapa yg masih belum tahu niat untuk Solat Sunat Tahajjud, begini bunyi niatnya :


Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas itu, tunaikan jelah solat 2 rakaat. Terpulang kepada korang nak baca surah apa sebaik saja selesai bacaan Surah Al-Fatihah. Kemudian, ketika sujud akhir, bacalah kalimah ini sebanyak 3 kali berturut-turut :


Maksudnya : Tuhanku, masukkanlah aku dari pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripada-Mu seorang penolong

Selepas salam tu, kita boleh la berdoa kepada-Nya. Mungkin doa di bawah ni boleh membantu korang yg agak kurang pasti nak berdoa macam mana :

Bismillahirrahmanirrahim



Maksudnya : Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan, mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah Rabiul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan-Mu Ya Allah.

Mudah kan...? Aku akui, aku sendiri susah nak bangun di tengah-tengah malam macam tu, bersolat dan mengaji. Kadang-kadang jam loceng dah berbunyi, tapi aku lelapkan mata semula. Tapi, aku kuatkan semangat. Aku yakinkan diri aku, waktu begitulah waktu di mana kita berada paling hampir dengan Allah S.W.T.  Alhamdulillah, walaupun tidak berjaya untuk bangun setiap malam, namun dalam seminggu tu adalah juga 2-3 kali bangun. Selain dari berdoa untuk kesejahteraan diri, aku juga tak lupa mendoakan kesejahteraan semua saudara yg seagama dengan aku.

Cuma, apa yg aku nak kongsi di sini, nikmat bila kita beribadah tengah malam macam tu memang tak terkata. Apa kata korang laluinya sendiri dan rasa sendiri kenikmatannya. InsyaAllah, niat yg baik sentiasa direstui oleh-Nya (",)

p/s : jom kita beramal...!!!

New Office

Assalammualaikum W.B.T bloggers...!!

Lamanya rasa aku tak update entri. 3-4 hari ni kami agak sibuk sebab terpaksa berpindah ke pejabat baru. Tak la jauh mana pun. Kat blok sebelah je..hehe.. Sedih betul. Tapi, agak teruja la sebab pejabat baru kami nanti memang baru. Jadi, kami la (aku dan kawan-kawan se'department') perasminya...bangga!

Segala kenangan kat tempat lama akan kekal menjadi kenangan. Dan, kami akan mencoret kenangan baru yg lebih menarik di masa-masa akan datang di tempat baru ni (",)

Letih mengemas barang, memindahkannya dan menyusun kembali, kini aku sibuk pula nak update aku punya filing system. Adesss...memang tak sia-sia ilmu yg aku dapat dari seminar tentang pengurusan fail sebelum ni. Cuma, rasa agak bosan bila terpaksa buat seorang diri. Ada sesiapa nak tolong tak..?? Huhu...

Babak terakhir sebelum kami meninggalkan pejabat lama
Kak Yati dan Lina yg tak lupa mengangkut sekali pokok puding kesayangan mereka
Sempat ber'posing' dalam bilik bos sebelum bos sampai (",)
Lina yg tak tinggalkan bantal busuk Strawberry nya..hehe
Kak Ton..errr...no komen =)
Tak faham konsep babak ni...hahaha
Jejaka department aku yg menyepikan diri di sudut hujung pejabat
Aku yg selalu muncul di babak akhir photoshoot...hoho :p

p/s : nak sambung mengemas...!!!





Friday, 27 January 2012

Pengisian Jumaat (6)

Bismillahirrahmanirrahim

Allah berfirman di dalam Surah Ali Imran - ayat 110 :

"Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh melakukan segala perbuatan yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya) tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka, (tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik."





Thursday, 26 January 2012

Kena Tag Dengan Kancil8349

Segmen berantai ni aku dah pernah buat dulu. Masa tu kena tag dengan Gen2merah. Tapi, aku sangat mengalu-alukan blogger yg sudi tag aku untuk segmen macam ni. At least aku ada idea untuk buat entri kan. Dan kali ni, terima kasih kepada Kancil8349 kerana tag aku. Disebabkan aku pernah senaraikan 11 perkara tentang diri aku kat [SINI], jadi untuk entri ni, aku hanya menjawab soalan-soalan yg di tanya oleh Kancil8349 jelah ye (",)

SOALAN 1
Siapakah idola anda?
- Puan Rahimah a.k.a My Mum!

SOALAN 2
Apa sebabnya anda memilih dia sebagai idola anda?
- Sebab sangat kagum dengan kesabaran dan kerajinan yg dimiliki oleh mak

SOALAN 3
Pandangan anda mengenai negeri Sabah?
- Tak berani nak komen banyak sebab belum pernah sampai ke Sabah. Tapi, hingga sekarang rasa teruja dengan Gunung Kinabalu dan teringin nak menaklukinya satu hari nanti

SOALAN 4
Tempat yg paling cantik yg pernah anda kunjungi?
- Sg.Chiling Waterfall

SOALAN 5
Nama tempat paling pelik yg anda pernah dengar atau lihat?
- Hmm...buat masa ni tak pernah pergi atau dengar tempat yg pelik-pelik..cuma kalau di negeri Perak, nama tempat-tempat yg unik ada lah..contohnya Mambang Diawan, Layang-Layang, Lawan Kuda etc.

SOALAN 6
Kereta impian anda?
- Malu nak cakap...angan-angan tinggi sangat ni...Ferrari...hehe

SOALAN 7
Rumah impian anda?
- Rumah banglo semi-D yg ada badminton court (",)

SOALAN 8
Negara yg ingin anda lawati?
- Teringin sgt nak pergi KOREA..!!

SOALAN 9
Kenalkan Kancil8349 pada satu blog yg baik?
- Hmm..kebanyakan kawan-kwan blog ni adalah kawan-kawan Kancil8349 juga...jadi confuse nak kenalkan blog yg mana. Mungkin blog Kisah Marina Fazli amat sesuai utk diterjah

SOALAN 10
Mengapa pilih blog tersebut?
- Selain dari entri-entri yg punya mesej yg menarik disampaikan kepada pembaca, blog Kisah Marina Fadzil ada banyak tutorial :)

SOALAN 11
Jika ada 5 bintang, kamu bagi blog Kancil8349 berapa bintang?
- nak bagi 3.5 bintang...boleh kan? hehehe...

Okay...siap sudah! Ini jawapan yg terlintas di fikiran aku masa aku tulis entri ni. Kepada cikgu Kancil8349, harap-harap berpuas hati ye..!!



Wednesday, 25 January 2012

My Twin Sis E-Day

Sabtu lepas aku menghadirkan diri ke majlis pertunangan kak Ila di Saujana Utama. Hmm..kenapa twin sis..?? Yelah, sebab budak-budak ofis ni suka sangat cakap kitaorang ni kembar. Jadi, aku gelarkan kak Ila tu sebagai my twin sis jelah ye (",)

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku tiba agak lewat sedikit. Majlis sarung cincin dah selesai, baru la aku sampai. Salah sendiri, bersiap bagai nak rak...mengalahkan orang yg nak bertunang, bak kata ayah aku. Apa pun, tahniah buat kak Ila dan abang Khairul. Moga kekal jodoh korang hingga ke akhir hayat ye...insyaAllah.

kak Ila, abg Khairul dan antara keluarga kak Ila yg hadir
Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan
Sama tema la - biru putih - sehati sejiwa betul (",)
Antara menu istimewa yg disediakan
Jeli Kelapa dan Apam Daun Rambai
Jalilah n Dalila


p/s : adik aku merungut sebab terpaksa temankan aku ke majlis ni..huhu :p




"Apasal lari...?"

Assalammualaikum W.B.T

Terasa janggal pula menaip keyboard selepas 4 hari bercuti..hehe. Semoga teman-teman BLOGger semua sihat-sihatlah hendaknya ye. Aku dah BW tadi..tapi tak sempat nak habiskan. Banyak yg aku dah miss. Nanti aku terjah blog korang ye.

Nak cerita tentang kejadian pagi tadi. Aku keluar rumah seperti biasa, jam 6.30 pagi. Selalunya waktu-waktu macam tu memang tak banyak kenderaan di jalanraya. Jadi, pemanduan aku pun agak lancar seperti kebiasaannya. Tapi.....

Tiba-tiba ada satu MyVi berwarna putih cuba memotong aku dari sebelah kiri ketika aku nak keluar simpang ke kanan. Aku tak pedulikan MyVi tu memandangkan kereta kami tak bergesel, tak bersentuhan, tak berlanggar atau yg seangkatan dengannya.

Aku pun drive je macam biasa lepas keluar dari simpang tu. Tapi, aku perasan MyVi tu cucuk rapat belakang aku. Jadi, aku pun masuk la ke lane kiri dan perlahankan kelajuan kereta. Nak bagi laluan kat dia. Tapi, dia pun ikut masuk lane kiri juga. Lepas tu asyik bagi hi-beam kat aku. Pelik juga. Bila fikirkan yg aku tak buat salah apa-apa, jadi aku pun takde la rasa nak berhenti.

Sampailah dah masuk jalan besar ke bandar Rawang, tiba-tiba MyVi tu overtake aku, dan berhenti mengejut depan aku. Adesssssss...ni yg aku lemah ni! Tak suka betul pagi-pagi orang menguji kesabaran aku ni. Tak pasal-pasal aku terpaksa berhenti juga. Driver MyVi tu terus keluar kereta. Lelaki.

"Apasal lari...??"

Soalan tu terus keluar dari mulut dia sebaik saja aku turunkan tingkap kereta. Aku tak rasa pula nak keluar dari kereta waktu tu. Yelah, kang jadi apa-apa kang, siapa nak menjawab dengan mak dan ayah aku kat kampung tu..?

Aku terus tanya apa masalah dia sebenarnya. Kenapa nak follow aku rapat sangat...? Kenapa nak bagi hi-beam macam aku ada buat salah...? Dan yg paling penting kenapa dia tanya aku kenapa aku lari...??

Tiba-tiba lelaki tu terdiam.

"Alamak, kak...sorry saya dah salah orang. Malam tadi ada satu kereta macam kereta akak ni asyik lalu-lalang depan rumah saya. Saya ingatkan orang tu ada niat tak baik..."

Okay...penjelasan yg kurang masuk akal. Tapi, aku terima jelah. Tak nak berhujah dengan dia pagi-pagi buta macam tu. Since dia pun dah minta maaf, aku pun terus senyum dan terus pergi. Tapi, sepanjang perjalanan tu aku pula yg terfikir, "MyVi tu sebenarnya dah ada kat belakang aku sejak aku keluar dari simpang rumah. Maknanya, dia mungkin duduk dekat-dekat dengan rumah aku, ataupun mungkin dia sebenarnya kereta yg melilau-lilau di depan rumah-rumah orang..? Ish, minta simpang! Janganlah budak tu ada niat tak baik dengan aku ataupun jiran-jiran aku..."

p/s : tak baik buruk sangka kat orang lain, Dylla..!!

Friday, 20 January 2012

Mood Cuti

Jam dah hampir menunjukkan pukul 5.30 petang ni. Tak sabar nak balik rumah. Kemas-kemas beg dan balik kampung...yeay!!

Kepada semua blogger, selamat bercuti. Walau di mana saja destinasi anda, berhati-hati la sentiasa okay. InsyaAllah, aku akn update entri ni dalam masa bercuti ** tu pun kalau ada mood la..hehe **


Google

p/s : Selamat bertemu kembali..!!!




42 Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum W.B.T

Antara tanda-tanda seseorang itu mencintai Rasulullah adalah dengan mengkaji sirahnya dan mengikut sunnahnya. Begitu juga dengan selawat terhadap baginda yg menunjukkan tanda-tanda kita mengingatinya serta mengasihinya.

Ada 42 kelebihan berselawat kepada Rasulullah S.A.W :

1. Melaksanakan perintah Allah S.W.T

2. Bersama dengan selawat Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W

3. Bersama dengan selawat para malaikat

4. Mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah S.W.T  atas setiap satu selawat yg kita ucapkan (selawat daripada Allah S.W.T bererti rahmat)

5. Dikurniakan oleh Allah S.W.T 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat

6. Ditulis oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat

7. Dihapuskan oleh Allah S.W.T sepuluh kejahatan atas setiap selawat

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W

10. Mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta akan ditutup segala keaibannya

11. Allah S.W.T akan menutupi segala dukacita

12. Dikurniakan maqam yg berhampiran dengan Rasulullah S.A.W

13. Mendapat darjat Al-Sidq

14. Ditunaikan segala hajat

15. Selamat dan sejahtera pada hari kiamat

16. Allah S.W.T dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yg berselawat

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah S.W.T dengan balasan syurga

18. Selamat daripada huru-hara di hari kiamat

19. Rasulullah S.A.W akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yg dibacakan

20. Mudah mengingati semula perkara-perkara yg lupa

21. Mendapatkan kedudukan yg baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut

22. Tidak akan merasa fakir

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W kepada yg berselawat

25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dengan majlis-majlis yg tidak disebut oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah S.W.T apabila disebut Alhamdulillah (di dalam doa) dan disambut pula dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

28. Memudahkan untuk melintasi titian Siratul Mustaqim pada hari kiamat

29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh

30. Disambut oleh Allah S.W.T pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yg lunak

31.  Mendapat balasan rahmat yg luas daripada Allah S.W.T

32. Mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

33. Mendapat kesempurnaan iman serta mendapat hidayah Allah S.W.T

34. Wujud perasaan kasih dan cinta terhadap Rasulullah S.A.W

35. Setiap selawat yg dibaca akan dibentangkan secara langsung kepada Rasulullah S.A.W

36. Teguh pendirian dengan kebenaran

37. Berselawat bermaksud kita menunaikan hak-hak Rasulullah S.A.W ke atas diri kita.

38. Berselawat dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah S.W.T kerana mengutuskan Rasulullah S.A.W kepada kita

39. Melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T ke atas Rasulullah S.A.W  dan juga kepada diri sendiri

40. Berselawat bermaksud Zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yg dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita

41. Menjelma gambaran Rasulullah S.A.W di dalam jiwanya

42. Dikurniakan oleh Allah S.W.T maqam seorang syeikh dan murabbi



p/s : jom kita banyakkan selawat...Allahumasolli'ala Muhammad Wa'ala alihi Muhammad (",)

Pengisian Jumaat (5)

Bismillahirrahmanirrahim

Allah S.W.T berfirman :

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yg beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yg sepenuhnya."
(Surah Al-Ahzab ayat 33:56)





Thursday, 19 January 2012

Bercinta Satu Pejabat

Isu yg agak remeh untuk diceritakan. Tapi, isu tu yg terlintas di kepala aku sekarang. Bercinta satu pejabat. Apa yg best nya bercinta satu pejabat ni...? Bagi aku, kebaikan dan keburukan bercinta satu pejabat ni sama je. Seimbang. Kalau ada 2 kebaikan, 2 juga la keburukannya.

Apa kebaikannya bercinta satu pejabat ni...? Jom kita checklist..!!

1. Senang nak pergi kerja bersama-sama (bagi kes yg tinggal berdekatan la ye...)

2. Kurangnya kemungkinan untuk pasangan berlaku curang

3. Boleh lunch sekali...huhu...i like!!

4. Jimat bil telefon (tu pun kalau di malam hari korang tak bergayut la...)

5. Bersemangat nak pergi kerja (yelah..boleh tengok muka buah hati...)


Google

Okay. Itu antara kebaikan yg kita boleh dapat kalau bercinta satu pejabat ni. Tapi, apa pula keburukannya...? Jom tengok senarainya pula...

1. Kalau gaduh, semua kawan-kawan pejabat boleh tahu

2. Kalau nak bercuti, agak susah nak cuti bersama (kes yg bercinta satu department)

3. Selalu jadi bahan usikan kawan-kawan (bagi yg boleh menerima sebarang usikan, mungkin ini tak dikira sebagai keburukan la ye...)

4. Bagi yg nak berahsia tentang hubungan cinta tu - mungkin akan selalu rasa tak puas hati atau cemburu bila ternampak pasangan bergurau senda dengan teman-teman yg lain

5. Susah nak berahsia tentang gaji...huhu!!

Haa...kan aku dah cakap...kebaikan dan keburukannya sama je...balance sangat! Hehehe...padahal aku yg buat dia jadi sama (",) Tapi, sebenarnya mungkin ada banyak lagi kelebihan dan kekurangnnya la. Bagi aku sendiri, bercinta satu pejabat ni mencabar juga sebenarnya. Yg penting mental dan emosi kena kuat. Kalau tak, memang jadi bahan jelah.

p/s : dulu nyaris-nyaris nak bercinta dengan kawan satu pejabat yg berlainan departemnt...tapi, apakan daya...jodoh tiada...hahahaha

Peristiwa demi peristiwa

Assalammualaikum W.B.T

Semoga semuanya berada dalam keadaan yg sihat dan sentiasa diberkati-Nya...amin.

Hari ni aku nak cerita tentang peristiwa yg berlaku semalam. Ada 2 peristiwa yg kedua-duanya amat menguji kesabaran ** menguji kesabaran la sangat!! **

Peristiwa 1
Aku dan kak Ila melepakkan diri di Ampang Point selepas balik kerja. Saja. Mengisi masa lapang yg ada. Lepas je aktiviti makan-makan selesai, kami pun bergerak pulang menaiki kereta kak Ila. Kelaur dari simpang jalan tu, kak Ila terus je cross jalan tu untuk berada di lane paling kanan (sebab nak u-turn kat traffic light) Kebetulan masa tu takde kereta dan motor yg lalu lalang. Tapi, barisan di lane kanan tu memang agak panjang la. Jadi, kak Ila ni dah buat double line kat situ. Tiba-tiba banyak la pula kereta dan motor yg hon kami. Jadi, sebab dah rasa memang salah, kak Ila pun drive jelah terus, tak jadi nak u-turn. masa tengah drive tu tiba-tiba ada satu penunggang motosikal yg mengetuk kereta kak Ila ni. Ish, biadap! Kami tau la kami dah salah. Sebab tu kak Ila drive terus. Perlu ke nak ketuk-ketuk kereta orang macam tu..?? Dah la tak pakai helmet. Memang saja je nak bagi aku marah-marah.

Peristiwa 2
On the way nak ke KL Sentral - aku pun dah lupa di jalan mana, tapi tiba-tiba je side mirror sebelah pemandu kereta kak Ila dirempuh oleh sebuah 4WD Suzuki Vitara pula! Patah terus side mirror tu. Terkulai layu la dia. Kesian. Lepas tu, kak Ila ni tak fikir panjang dah. Terus kejar! Hehehe...best pula aku rasa masa tu. Dah la mata 'buta' sebelah. Siap ada aksi kejar-mengejar lak. Bila dah dapat kejar dan berhenti tepi jalan, driver Suzuki tu rupa-rupanya sesat jalan. Kesian dia. Menggigil-gigil suara dia masa minta maaf tu. Terus dia keluarkan duit sebagai ganti rugi. Siap nak bagi IC dia lagi. Alahai...kak Ila tu sampai speechless pula jadinya. Akhirnya, kami dengan baik hatinya drive la ke Federal Highway diikuti oleh driver Suzuki tu, semata-mata nak tunjuk jalan je. Dia boleh pusing sampai ke Pandan Indah semata-mata nak cari Federal Highway. Aduhai...lupa nak pesan kat dia nanti jangan lupa pasang GPS kat kereta dia..hehe

Side Mirror yg terjuntai-juntai (",)

Kami ketawa je sepanjang perjalanan tu. Walaupun 2 kejadian je, tapi betul-betul buat kami rasa marah dan terhibur. Lucu betul la. Bertambah lucu bila tengok side mirror kereta kak Ila yg terjunta-juntai tu.

p/s : ada hikmah di sebalik kejadian-kejadian tu (",)




Tuesday, 17 January 2012

Di mana Abby Salvatore...??

Hmmm...tajuk entri bertujuan mencari seseorang yg telah lama menyepikan diri di dunia maya ni. Abby Salvatore. Sesiapa yg menjadi follower atau teman kepada gadis ni, tentu sangat familiar dengan nama ni, kan..? Atau pun mungkin ada yg mengenalinya dengan gelaran Miss Gaban.

Tiba-tiba teringatkan dia. Kat mana dia sekarang ye...? Entri di minggu-minggu terakhir sebelum dia menyepikan diri ialah tentang penyakit yg dihadapinya.  Lepas tu, dah takde entri lagi. Rindu nak baca celotehnya. Ayat-ayat dalam setiap entri dia simple je. Tapi, mesej yg cuba disampaikan sangat jelas dan mudah difahami.

Baru-baru ni aku cuba klik kat link blog dia...tapi......dah takde!!! Alahai...sedih betul =(

p/s : cikgu Gen2merah atau cikgu Kancil8349...boleh tolong carikan teman kita si Abby ni tak..??

Nikmat Ketika Sakit

Sakit atau penyakit. Lumrahnya tidak disenangi oleh sebahagian daripada kita. Segala aktiviti kita akan terbatas jika kita ditimpa oleh sebarang penyakit. Tidak hairan jika ramai yg memandang negatif terhadap sesuatu penyakit. Namun, tidak ramai yg 'melihat' penyakit itu sebagai satu nikmat dan anugerah dari Allah S.W.T kepada hamba-Nya.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yg menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecualai seorang yg beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya."

Jelas di dalam hadith ini, kebaikan akan datang jika kita bersabar dan redha dengan setiap ketentuan-Nya. Di antara kebaikan atau ganjaran besarnya adalah penghapusan dosa-dosa yang telah dilakukan. Seperti mana di dalam sabda Rasulullah S.A.W :

"Tidaklah seorang muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pokok yg berguguran."

Penghapusan dosa-dosa serta pemberian ganjaran pahala bagi yg redha dengan ujian Allah S.W.T ini tentulah kerana sifat sabar ketika ditimpa penyakit yg menjadi salah satu faktor yg dapat memudahkan kita untuk memasuki syurga dan jauh dari neraka jahanam...insyaAllah.

Kebanyakan manusia lalai daripada mengingati Allah S.W.T ketika berada dalam keadaan sihat dan senang. Tetapi, apabila ditimpa ujian, ia seringkali dapat menyedarkan kita tentang nikmat-nikmat yg telah dikurniakan sebelum ini, nikmat-nikmat yg tidak pernah kita syukuri. Ia juga menunjukkan betapa agungnya Allah S.W.T terhadap hamba-Nya, di mana DIA boleh menjadikan hamba-Nya senang atau susah dalam sekelip mata.

Sebagaimana yg kita semua tahu, setiap ujian atau musibah itu adalah akibat dari perbuatan-perbuatan kita sendiri. Seperti firman Allah S.W.T di dalam Surah Asy-Syura, ayat 30 :

"Dan apa musibah yg menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)"

Jelaslah, penderitaan atau kesakitan yg kita alami itu sebenarnya mengandungi nikmat serta anugerah besar pemberian daripada Allah S.W.T ke atas kita semua. Wallahu'alam.


p/s : credit to Manisnya Iman (Mohd Yaakub Mohd Yunus)

Adab Buka dan Tutup Pintu

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Hari ni masih ada lagi kesempatan untuk aku terus menulis dalam blog yg tak seberapa ni. Hari ni aku nak cerita tentang perihal adab membuka dan menutup pintu. Tak kisah la pintu toilet ke, pintu bilik ke, pintu rumah ke...apa saja pintu boleh di kategorikan di sini.


Google

Pertama sekali, aku nak tanya la kat korang semua, macam mana caranya korang buka dan tutup pintu..??

A : Aku selalunya tolak je pintu tu..kalau terkuat sikit tolakannya, terhempas la pintu tu

B : Aku buka dan tutup pintu slow je...tak nak kejutkan orang-orang sekeliling

C : Aku pula ikut mood la...kalau mood baik, aku buka dan tutup pintu dengan keadaan yg baik la...

Ini antara jawapan-jawapan yg pernah aku dapat bila aku tanya soalan macam tu. Kenapa isu buka dan tutup pintu pun nak jadi hal ni, Dylla..?? Bukan apa...aku ni cukup tak suka bila terkejut disebabkan bunyi hempasan pintu. Sangat-sangat tak suka okay.

Pelik sangat dengan orang yg suka menghempas pintu ni. Dia buka pun dia hempas, dia tutup pun dia hempas juga. Agaknya, bila pintu tu dah tercabut baru dia nak tersedar yg selama ni dia agak 'ganas' bila buka dan tutup pintu.

Apalah salahnya kita buka dan tutup pintu tu dengan sopan. Tak perlu la sampai nak menghempas ke apa ke. Dan yg paling penting, tak perlu la sampai nak mengejutkan orang lain dengan tindakan kita tu. Aku cukup pantang orang-orang macam ni. Nak pula benda ni jadi masa aku tengah tidur. Memang rasa nak mengamuk je kalau aku terkejut dari tidur sebab bunyi pintu tu.

Bila sesuatu tu dah jadi habit, memang susah nak ubah kan..? Jadi, apa kata mulai sekarang, kita tukar habit tu menjadi habit yg lebih baik. Kan bagus untuk kesihatan telinga dan jantung (",)

p/s : buka dan tutup pintu pun kena bersopan beb!

Monday, 16 January 2012

Kembar Tak Seiras

Aku bukan nak cerita tentang anak kembar. Ataupun pasangan-pasangan kembar yg lain. Aku cuma nak cerita tentang diri aku je. Tak pasal-pasal aku dapat seorang 'kembar' sejak aku bekerja di UniRazak ni. Haa...menarik tak..??

Tak payah susah-susah mak aku dan mak kak Ila (kembar aku tu..!!) lahirkan sepasang anak kembar. Bila dah besar macam ni jumpa pun dengan pasangan kembar kami..hoho :p

Ditakdirkan nama kak Ila tu hampir-hampir sama pula dengan nama aku. Nama aku Dalila. Nama dia Jalilah. Mujur nama ayah tak sama. Kalau tak, memang boleh mengaku kembar la. Aku pun tak tahu di manakah persamaan kami. Tapi, majoriti orang-orang kat sini mengatakan wajah kami seiras. Hingga mereka menggelar kami sebagai pasangan kembar. Dah la kami memang selalu berkepit je. Hai...nak buat macam mana...kata kembar!!

Sama ke rupa kitaorg...??
Apa pun, aku senang berkawan dengan kak Ila ni. Walaupun baru je beberapa bulan mengenalinya, tapi dia memang seorang kakak yg understanding (",)  Bulan Jun ni, insyaAllah kak Ila akan melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya. Alhamdulillah. Semoga hubungan mereka kekal bahagia di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

p/s : adik tak langkah bendul kakak ye..huhu =)





Sepinggan Sebantal...?

Mesti ramai yg dah boleh faham bila aku tulis tajuk entri macam ni. Selalunya ungkapan ni dikaitkan dengan teman baik la kan. Baik yg teramat sangat hinggakan makan pun sepinggan, tidur pun sebantal. Punya la baik sampai ada yg pernah berjanji untuk tidak akan berpisah selamanya. Kalau ditakdirkan satu hari nanti mereka bakal bertemu dengan pasangan masing-masing, mesti nak kena naik pelamin sama-sama.


Google

Perghh..memang BFF sungguh ni! Sebenarnya baguslah jika perhubungan antara dua sahabat tu baik macam ni kan. Semua perkara dilakukan bersama-sama. Hinggakan isu nak berkahwin pun mesti nak buat sama-sama. Memang teman sejati la namanya.

Sebenarnya aku nak tekankan di sini ialah isu tak nak berpisah tu. Bukan apa, aku cuma terfikir, kalau la ditakdirkan salah seorangnya tidak bertemu jodoh, bagaimana pula dengan yg seorang lagi...? Sanggup ke yg dah bertemu jodoh tu menunggu teman baiknya itu bertemu dengan jodohnya juga, baru la boleh buat majlis kahwin sekali...?? Mungkin ada yg sanggup. Tapi, tak fikir ke pula perasaan pasangannya..?? Haa..macam mana tu?

"Nanti kalau kau kahwin dulu daripada aku, kau kena janji untuk bawa aku ke mana saja kau dan suami/isteri kau pergi ye...?"

Boleh ke macam tu...?? Takkan la kalau nak pergi honeymoon pun nak kena angkut sekali BFF korang tu semata-mata kerana semangat setiakawan yg ada..?? Ish, misi mustahil tu!

Jadi, kepada kawan-kawan kat luar sana, bersahabat ni tak salah. Tapi, biar la kena pada tempatnya. Ikut etikanya. Hormat haknya. Janganlah sampai kita mengganggu privasi kawan baik kita sendiri walau bagaimana setianya kita terhadapa persahabatan tu. Walahu'alam.


p/s : senang dengan persahabatan yg tidak menyesakkan kepala otak..hehehe (",)

Rutin Isnin

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi semua. Dua hari bercuti dari update blog, jadi pagi ni aku update awal sikit la ye. Bukan apa, hari Isnin ni selalunya kerja tu tiba-tiba je nak jadi banyak. Jadi, sebelum hari membawa ke petang tanpa ada satu entri pun, lebih baik aku tulis sesuatu untuk tatapan pembaca semua ** macam la ramai sangat yg nak baca entri aku..huhu (",) **

Seperti yg kita semua sedia maklum, Isnin ni merupakan hari pertama untuk memulakan kerja (bagi yg bekerja) dan kelas (bagi yg sedang belajar). Ada pelbagai gelaran untuk hari Isnin ni. Tapi, gelaran yg paling top aku rasa ialah Lazy Monday. Tak pasal-pasal Isnin tu pula yg dimalaskan..hehe

Aku pun pernah je rasa semua tu sebelum ni. Masuk je hari Isnin, mula la rasa tak sihat badan. Ada je penyakit yg nak singgah. Penyakit sebenarnya ialah MALAS. Memang penyakit paling ramai pengidap la aku rasa. Dari zaman sekolah dulu aku paling alergik dengan hari Isnin. Bila dah masuk alam pekerjaan, tahap alergik ni makin kritikal pula aku rasa...hahaha

Tapi, alhamdulillah...bila usia dah semakin meningkat ni, perasaan malas tu makin berkurangan, sedikit demi sedikit. Kadang-kadang tak sabar nak tunggu hari Isnin tu datang. Dan rutin harian akan bermula bila tibanya hari Isnin. Kan bagus macam tu...? Rutin tu dah berhenti seketika bila tibanya hari Sabtu dan Ahad. Mulakan balik dengan semangat baru bila tibanya hari Isnin ** salah satu azam baru aku ialah nak buang sikap MALAS di hari Isnin..hehehe **

p/s : Aku suka hari Isnin sebab ayah aku cuti hari Isnin sempena kelahiran aku (",)

Friday, 13 January 2012

Pengisian Jumaat (4)

Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir. DIA berkata : Mana hamba-Ku yang berdoa untuk Aku kabulkan (doanya)? Mana hamba-Ku yang meminta kepada-Ku untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hamba-Ku yang beristighfar untuk Aku ampuni (dosanya)?"

- Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim -

Thursday, 12 January 2012

Berwajah Baru

Assalammualaikum W.B.T

Kalau ada yg perasan, blog aku berwajah baru lagi..!! Okay...sebenarnya takde niat pun nak tukar template. Cuma lately setelah diberitahu oleh rakan blogger, Gen2merah tentang perihal satu blog yg mempunyai nama blog sama dengan nama blog aku, jadi aku pun BW la blognya.

Sekali, template dia pun kaler kelabu daa..!! Memang tak sama design. Cuma aku rasa tak sedap hati pula. Sebab aku pernah juga terbaca blog-blog yg memuatkan entri tentang perihal copycat ni. Jadi, aku tak nak la dianggap seperti itu. Jadi, aku korbankan la template kelabu yg aku rasa template paling best yg aku pernah guna selama bergelar blogger ni.

Kepada blogger Mamsder (another La Mia Storia) sorry ek..takde niat nak copycat awak =(


p/s : thanks to cikgu Gen2merah for the info (",)

A Day At Sg. Chiling, Kuala Kubu Baru

It's been so long I'm not involving myself in any camping activities. Yes, camping! When talking about camping, I'm pretty sure some of you will imagine there are a tent, campfire, barbeque etc. And that's happening on my last camping at Sg. Chiling, Kuala Kubu Baru

Well, I was just joining my cousin and her husband to spend my boring weekend. After all, I never reach this waterfall area before. Sound so interesting when my cousin asked me to join them. Without hesitation, I just agreed. 

Pintu gerbang - Entrance

It took about 40 minutes from my place, Bukit Beruntung, to reach there. I enjoyed the all the way journey before reach that place. We went through the Hulu Selangor Dam and wondered to stop and take some photos. But finally, I made the decision for us to just continued our journey. We reached there on 9.15am. All the participants were there waiting for us! Sorry guys, not my mistake being late (",)

sedang membuat pemantauan ketika yg lelaki sedang mendirikan khemah

Walked about 5 minutes from the entrance, we reached and straight away registered our attendance. After all the procedure done, all gentlemen in our group took part to build up 3 tents, finding woods for campfire purpose, and seemed eager to jump into the river. I was acting like a Supervisor, who's supervising the work to be done properly...hahaha

Kecuali aku, yg lain2 tu semua dah berstatus ISTERI okay (",)
After lunch, oh yeah, we had barbeque and Darabif burger (lamb) for lunch ** Darabif is a frozen product ** we start our jungle tracking..yes!! But the excited feeling was turned down when I had not to wear a shoes along the tracking way to the waterfall area!! Can you imagine that..?? It's horrible!! My feet became thin and blisters. No wonder they were all wearing slippers. I couldn't wear shoes because of the tracks was constantly wet and muddy. I didn't want to bring wet shoes home. So I have no choice...sob sob =(

Bridge yg mesti dilalui untuk ke kawasan waterfall
There were 7 crossings before you can reach the waterfall area. Only 1st crossings you have to walk a bit far from another crossings. And for the rest, you have to cross the river!! It's not bad. It's a very interesting experience.
Tengokla aku yg terpaksa berkaki ayam...sedih sungguh =(

And finally we met the most wonderful view in the world!! Hehehe..in my world only (",) The best part was there were so many Kelah fish swimming happily near us. And for your info, Sg.Chiling is a place for Kelah Sanctuary.

Mencabar nak cross sungai ni...deras weh!!

Cantik kan view nya..?? Abaikan model 2 orang ni ye..huhu :p

Motif..???
Well, everything's going smooth on that day. No one get injured. Everyone enjoyed the day. And for me, this was the best camping activities in my life (",)

Muka lega lepas tiba semula di kawasan khemah

Group Picture
"Gambar kelas" bak kata husband sepupu aku (",)

p/s : bestnya kalau dapat buat gathering dgn kawan-kawan blogger kat sini kan (",)






Wednesday, 11 January 2012

Orang Berbohong

Semalam dah bagi tips mengenali lelaki psiko. Hari ni aku nak bagi tips untuk mengenalpasti orang yg berbohong pula. Ada beberapa tanda yg boleh menunjukkan seseorang itu sedang berbohong atau sebaliknya.


1. Tangan
Orang yg berbohong akan menggunakan tangannya sebagai medium untuk menutup sikapnya itu. Jika tangannya kelihatan banyak bergerak memegang sesuatu seperti menggosok kedua-dua tangan, menggaru hidung atau menutup mulut, maknanya dia sedang berbohong.

2. Nada Suara
Jika nada suaranya kerap berubah-ubah, sekejap bernada tinggi, sekejap bernada rendah, ketahuilah mereka sedang berbohong.

3. Tubuh
Kebanyakan orang yg berbohong akan kelihatan berpeluh walaupun berada di tempat yg tidak terlalu panas. nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit mengelabah bila berbicara.

4. Mata
Sekiranya bola matanya bergerak ke arah kiri, kemungkinan orang itu jujur dengan korang. Jika bola matanya bergerak ke arah kanan, kemungkinan besar dia sedang berbohong! Ini kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, manakala otak kanan pula untuk kreativiti. Jadi, jika bola matanya ke kanan, dia akan menggunakan kreativitinya untuk mencipta pembohongan.


p/s : lepas ni boleh la perhati orang-orang yg sedang bercakap dengan kita kan..tengok dia sedang berbohong atau sebaliknya (",)

Tuesday, 10 January 2012

Mengenali Lelaki Psiko

Bercinta dengan lelaki psiko...?? Aduhai...kesian! Percintaan korang mesti sentiasa diselubungi misteri kan. Sanggup ke korang nak teruskan hubungan sebegitu sedangkan korang tahu apa akibatnya..?? Okay...jom kita kenali dulu ciri-ciri lelaki psiko.

1. Tidak menunjukkan sikap sebenar
Kebanyakan lelaki psiko tidak akan menunjukkan sikap sebenarnya di awal perkenalan. Mereka akan berhabis daya untuk menjadi teman lelaki yg paling mengambil berat dan memahami. Dan bila korang dah terpedaya dengan sikap 'baik'nya itu, barulah diorang menunjukkan belang.

2. Manis mulut
Lelaki psiko memang bersikap manis mulut. Apa saja yg diungkapkannya, bak kata pepatah, lembut gigi dari lidah! Diorang ni memang akan sentiasa bermanis mulut untuk memikat hati korang. Setiap tutur katanya bukanlah lahir dari hati. Jadi, berhati-hati dengan lelaki jenis ini. Selidik dahulu latar belakangnya sebelum mempercayai setiap butir bicaranya.

3. Pandai berlakon
Best actor in the world!!! Lelaki psiko kebanyakannya memiliki dua personaliti. Diorang boleh berubah menjadi individu yg sangat penyayang kepada seseorang yg amat agresif. Kalau korang dah nampak tanda-tanda begini, berhati-hati la. Jangan ikutkan sangat perasaan sayang kalau diri sendiri yg merana.

4. Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Hah...ini lagi satu sikap yg tak boleh nak dimaafkan! Walaupun setelah lama berkawan, tapi sikap cemburu buta dan tidak mempercayai korang sentiasa menjadi punca pergaduhan. Dan pergaduhan tu pula pasti akan mencederakan korang. Lelaki jenis apa macam ni..?? Lelaki yg memukul perempuan ni dayus namanya. Sepatutnya lelaki harus melindungi perempuan. Bukan mencederakannya.

Jadi, 4 ciri-ciri lelaki psiko ini boleh kenalpasti dengan jelas. Kalau korang dah nampak ciri-ciri ni, tak perlu nak fikir panjang dah kot. Tinggalkan je. Semua orang mengimpikan hubungan yg bahagia kan. Tiada siapa pun yg mahukan sengsara. Cuma, Allah saja yg berhak memilih untuk menentukan siapakah di antara hamba-Nya yg terpilih untuk diuji. Jangan pula kita berputus asa. Terima ujian itu dengan redha. Selebihnya, berserahlah kepada Allah. DIA Maha Mengetahui.

p/s : sebab aku blogger wanita, jadi topik ni aku buat khusus untuk wanita la ye (",)

Monday, 9 January 2012

Allah S.W.T Tidak Tunjuk Secara Langsung

Assalammualaikum W.B.T

Dah pukul 2.30pm pun. Punya la susahnya nak cari idea untuk menulis entri hari ni. Inilah akibatnya bila dah bercuti dari ber'blogging' selama 2 hari. Nak buat macam mana. Bila weekend je my lappy pun terasa nak ber'weekend' juga..huhu (",)

Apa sebenarnya yg aku nak maksudkan dengan tajuk entri ni..? Aku tiba-tiba dapat idea nak menulis tentang kasihnya Allah kepada hamba-Nya, selepas aku terlalu banyak berfikir seminggu dua ni. Aku rasa sampai dah tepu dah otak aku ni. Namun aku masih tidak punya jawapan untuk persoalan ni. Cuma, aku boleh membuat kesimpulan daripada beberapa kejadian yg berlaku.

Beberapa hari ni, aku banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Aku 'buang' semua aktiviti lain. Menonton tv, makan, berbual dan yg paling best, aku sanggup tarik waktu tidur aku semata-mata untuk duduk di atas sejadah tu, berzikir, mengaji dan bersolat sunat.

Kenapa aku jadi macam tu..? Hmm..entahla, aku rasa aku ni dah tua kot. So, tak nak sia-siakan lagi waktu yg ada dengan aktiviti-aktiviti yg kurang berfaedah. Cukuplah dapat buat apa yg aku suka dengan sekadarnya.

Bila diri dah mula dekat dengan-Nya, mula la nak minta macam-macam kan. Minta diampunkan dosa. Minta dimurahkan rezeki. Minta diberi petunjuk agar diri ini kekal berada di landasan yg benar. Macam-macam lagi la pendek kata. Bila dah berhari-hari meminta belas ihsan Allah bagaikan pengemis, mula la aku terfikir, Allah tu sebenarnya tunaikan ke permintaan aku ni..?? Kalau petunjuk yg aku minta, petunjukkah yg DIA beri..??

Kadang-kadang kta tak sedar, petunjuk yg datang dari Allah tu bukan secara langsung. Petunjuk tu memerlukan kita berfikir secara rasional untuk menerimanya. Dalam erti kata lain, kita harus redha dengan setiap ketentuan-Nya. Jadi, adakah kita belum cukup redha bila kita sentiasa saja bertanya, "kenapa Allah tak makbulkan doa aku..? kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku..?"

Sebelum kita bertanya soalan macam tu, tanya balik pada diri kita sendiri, adakah kita sudah menunaikan apa yg diperintahkan oleh-Nya..? Jika belum, cubalah yg terbaik untuk menunaikannya. Lepas tu, barulah kita meminta dari-Nya. Jika kita renungkan kembali, sebenarnya Allah telah memberi kita lebih dari apa yg kita minta. Jadi, janganlah selalu mengeluh bila kita terasa doa kita tidak dimakbulkan. Janganlah menyalahkan takdir jika kita terasa permintaan kita diabaikan.

Renung kembali beberapa perkara yg berlaku pada diri kita. Benarkah apa yg kita minta itu tidak diberi oleh Allah S.W.T..?? Benarkah Allah tidak memberi sebarang petunjuk kepada kita jika kita meminta petunjuk itu hanyalah kerana-Nya..?? Apa saja yg kita lakukan hanyalah kerana-Nya, nescaya akan mendapat ganjaran yg baik seperti yg telah Allah janjikan. Wallahu'alam.

p/s : proses muhasabah diri semakin terasa bererti (",)

Promise Yourself











p/s : sorry...entri bergambar je...masih takde idea nak tulis apa (",)




Friday, 6 January 2012

Transformasi Diriku - Semakin Takut Dengan Keasyikan Dunia

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-6 untuk Tahun Baru Masihi. Bagaimanapun, bagi kita umat Islam, dah masuk hari yg ke-41 untuk Tahun Baru Hijrah (",)

Tak boleh nak elakkan diri dari bercerita tentang azam tahun baru. Seperti orang lain, aku pun ada azam tahun baru juga. Dan salah satu daripadanya aku dah laksanakan sebelum masuk Tahun Baru Hijrah lagi. Advance sikit..hehe. Alhamdulillah sebab aku diberi peluang untuk menunaikannya. Dan untuk azam-azam yg lain, aku akan usahakan yg terbaik untuk melaksanakannya.

Semalam aku beli satu buku tentang soal-jawab permasalahan semasa oleh Ustaz Azhar Idrus. Dah banyak kali aku dengar nama dia. Jadi, teringin juga rasanya nak baca buku tentang soal-jawab tu. Alhamdulillah. Aku dah baca separuh. Soalan yg berat tapi jawapan yg amat ringkas serta mudah difahami. Itulah kelebihan Ustaz Azhar Idrus ni aku rasa. Dia dapat merumuskan jawapan dengan ayat yg paling mudah. Dan jawapan itu memang memberi pemahaman yg sangat jelas.

Ada satu persoalan tentang hukum ber'couple'. Memang sudah jelas, 'couple' ni hukumnya haram. Apatah lagi bila pasangan tu duduk berdua-duaan. Hmm...macam-macam fitnah akan timbul dan macam-macam hal boleh jadi. Aku beristighfar panjang lepas baca jawapan Ustaz Azhar Idrus tu. Ya Allah, aku pernah menjadi sebahagian dari manusia-manusia yg ber'couple' ni. Jahilnya pengetahuan aku tentang hukumnya sehingga aku ambil mudah je.

Dan sekarang aku semakin takut dengan setiap keasyikan dunia ni. Banyak benda yg aku suka nak buat. Yg aku tak boleh nak mengawal nafsu untuk melakukannya. Contoh terbaik, bab ber'couple' ni la kan. Tapi benda yg aku suka tu, benda yg sangat tak digalakkan di dalam Islam. Ya Allah, bantulah aku agar aku boleh mengawal diriku ini. Amin.

Pengisian Jumaat (3)

Bismillahirahmanirrahim

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Rasulullah menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Baginda kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
- Hadith Riwayat Abu Daud -




Thursday, 5 January 2012

Ucapan Maaf

Memaafkan kesilapan orang lain merupakan sikap yang terpuji.
Dengan memaafkan mereka, hati kita akan menjadi tenang.
Tapi, jika mereka tetap mengulangi kesilapan yang serupa, tidak memaafkan kesilapan itu diharuskan. Kenapa..??
Bertujuan untuk memberi mereka kesedaran dan
dengan harapan mereka akan berubah dan menyesali perbuatan mereka itu.
Jangan pula kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain disebabkan dendam.
Tak baik macam tu (",)

Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah mengambil hati dan sentiasa bersikap memaafkan sesiapa jua yang menyakiti hatinya MELAINKAN seseorang itu menyinggung perasaannya dengan mempermainkan Allah.


p/s : entri pendek je...takde idea la..





Reunion di Mukabuku

Assalammualaikum W.B.T

Lewat pula aku update blog hari ni. Bukan sengaja tau. Takde idea nak tulis entri apa sebenarnya. Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, aku ternampak sekumpulan pelajar-pelajar sekolah sedang menunggu bas mungkin ** sebab aku nampak diorang kat bus stop :p

Teringat pula zaman aku bersekolah dulu. Aku pernah menaiki bas sekolah dan bas awam sebagai pengangkutan utama ke sekolah. Tapi tu masa sekolah rendah di Ipoh. Bila dah masuk sekolah menengah, kami sekeluarga berpindah ke Kampar dan rumah sewa kami betul-betul di hadapan sekolah! Maveles. Ayah memang terbaekkk (",)

Hmm..sebenarnya nak cerita pasal kawan-kawan zaman sekolah rendah dulu. Aku pernah belajar di 3 buah sekolah yg berlainan masa sekolah rendah. Punyalah suka berpindah randah keluarga aku ni. Dah jadi orang Nomad dah aku rasa. Tapi, sekolah ketiga tu yg paling best la. Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta, Ipoh.

Aku sempat belajar di situ 2 tahun je. Darjah 5 aku ditempatkan di kelas 5B. Budak baru kan. So, cikgu main campak je kat mana-mana kelas yg dia suka. Kebetulan, masa tu ada seorang lagi pelajar baru. Siti Sarah nama dia. Dia pun ditempatkan di kelas 5B. Kami terus jadi kawan, semakin rapat dan sehingga sekarang persahabatan tu masih wujud. Alhamdulillah (",)

Tapi, aku memang gile glamer...wah, statement tak hengat! Bukan apa, masa darjah 5 tu aku terpilih untuk menjadi pengawas sekolah. Dah la budak baru. Jadi pengawas sekolah pula. Memang la saham aku melonjak-lonjak ** eh, ye ke..?? perasan lebih Dylla ni..!!

Bila dah naik darjah 6, aku dan Siti Sarah tu dapat 'naik kelas'. Dapatlah kami masuk ke kelas 6A. Maklumlah, budak pandai. Mana boleh dok kelas B..hehehe ** jangan riak Dylla..berdosa!!  Bila dah berkawan dengan budak-budak kelas A, aku semakin sayang dengan sekolah tu...sebab diorang memang best!

Tahun 2009 - Setelah hampir 15 tahun terpisah dengan kawan-kawan sekolah yg best tu, aku tergerak hati nak cari diorang kat Laman Mukabuku ** FB ler..apa lagi!! Nama pertama yg aku cari ialah Emilya Ezlin. Masa sekolah dulu kalau nak buat jahat, memang dengan dia je. Penolong ketua pengawas, tapi perangai, ya ampun...mengalahkan samseng sekolah!! Hehehe..jangan marah Emi...gurau je..peace (",) Dan bermula dari situ, aku create 1 group untuk ex-SKDPK..ramai sangat yg join. Bukan batch aku je. Seronok juga dapat reunion dengan kawan-kawan lama walaupun hanya di FB.


Sebenarnya, ada kebaikan juga laman-laman sosial macam ni. Cuma kite jelah kena tahu nak menggunakannya macam mana. Kalau niat baik, baik la hasilnya. Tapi, kalau niat asyik nak memaki hamun orang, mencari salah orang, mengaibkan orang, itu fikir sendiri la kan..wallahu'alam

p/s : sedang merancang untuk membuat reunion di dunia nyata (",)



Tuesday, 3 January 2012

Kisah Hati - Aliyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


p/s : kenapakah mahu berjiwang-jiwangan di pagi hari ni Dylla..??
tapi suka lagu ni..best (",)






Gigih Di Hari Ke-3 2012

Assalammualaikum W.B.T...

Alhamdulillah. Usia kita semua masih dipanjangkan lagi untuk terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup di dunia ni. Awal pagi tadi, kami di sini menerima berita tentang pemergian salah seorang orang kuat UniRazak. Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Salleh Majid. Moga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yg beriman..insyaAllah.

Aku bersyukur kerana masih boleh terus bernafas dan menikmati hidup yg dianugerahkan ini. Tak tahu bila pula giliran aku untuk menyahut panggilan Illahi. Namun, kesempatan yg ada ni, aku nak jadi hamba yg lebih baik. Beribadah dan beramal hanyalah kerana-Nya.

Berbalik kepada tajuk entri. Entri pertama aku untuk tahun 2012 ni : Gigih di Hari ke-3 2012. Gigih sangat ke..?? Gigih kot. Awal pagi sampai, terus 'clear'kan tray. Yg mana pending tu semua aku settle kan. Moga-moga azam aku untuk tidak menjadi orang malas tahun ni akan terlaksana (",)

Masa BW pada 1 Jan yg lepas, banyak sangat dah entri yg buat pasal tahun baru dan azam baru. Jadi, aku tak nak buat. Nanti orang tak suka baca benda yg sama..hehehe :) Apapun aku doakan semoga hidup kita semua akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..amin



p/s : nak jadi Blogger yg tak tulis merapu, tak fikir mengarut dan tak buat entri sebarangan...boleh ke..??