They're My Best Buddies

Tuesday, 6 November 2012

SPM Punya Cerita

Assalammualaikum W.B.T
 
Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat berjaya kepada semua candidates SPM tahun ni. Mesti macam-macam perasaan yg adik-adik rasa kan..? Wahhhh...adik-adik sangat!! Tuanya aku..huhu >_< Apapun, buatlah yg terbaik. SPM ni kan penentu untuk kita nak menentukan hala tuju hidup kita. Kepada yg dah bertungkus-lumus belajar untuk menghadapi peperiksaan ini, moga semuanya dipermudahkan..amin.
 
 
 
 
Bila bercakap tentang SPM, teringat pula aku hari pertama masa aku ambil SPM dulu. Bila diingatkan balik, memang rasa nak ketawa sorang-sorang. Sehari sebelum SPM tu, mak dan ayah datang ke sekolah aku untuk membawa balik barang-barang yg aku tak perlukan lagi. Oh ye, masa tu aku bersekolah di sekolah berasrama. Sekolah teknik je pun. Excited gile nak exam. Lebih excited bila tengok barang-barang kat dorm dah clear.
 
Keesokan harinya, hari pertama SPM, kertas Bahasa Malaysia, aku panik sorang-sorang kat dalam dorm. Ya Allah, slip exam aku!! Mesti dah termasuk sekali dalam salah satu beg yg mak dan ayah bawa balik semalamnya. Mengelabah kejap untuk beberapa minit. Terus berlari keluar cari public phone. Nasib baik mak cepat jawab call aku pagi tu. Dengan kelam-kabutnya aku minta tolong dia carikan slip exam aku. Alhamdulillah...ada. Lega sikit rasanya.
 
Mak cakap, tunggu abang habis sarapan, baru dia tolong hantarkan slip exam tu kat aku. Aku pun iye kan jelah. Orang nak tolong hantar pun dah besar rahmat kan. Semua salah aku. Cuai sangat. Masa kat depan dewan tu, aku asyik pandang pintu masuk sekolah je. Mana abang ni, tak sampai-sampai lagi! Orang dah mula baca doa sebelum masuk dewan. Tapi, bayang abang belum kelihatan. Adoiii...aku dah start panik balik.
 
Bila seorang demi seorang kawan-kawan aku dah mula masuk ke dalam dewan, hati aku jadi lebih berdebar-debar. Panik tak tahu nak cakap. Mengelabah gile aku masa tu! Hampir je aku nak lalu depan pengawas exam tu, aku nampak abang sampai! Alhamdulillah. Syukur. Tapi...........
 
Aku tak sempat nak berkejar kat abang untuk ambil slip exam tu. Jadi, dengan muka yg sangat serba-salah...aku beritahu kat pengawas exam tu yg slip exam aku tertinggal di rumah. Tetiba, suara garau pengawas exam tu mengejutkan aku. Aku rasa dia tak marah pun. Cuma dia tegur kecuaian aku je. Tapi, sebab masa tu rasa mengelabah gile, aku rasa nak nangis dah. Tunggu masa je airmata ni nak jatuh. Tapi, aku sempat beritahu pengawas exam tu yg abang aku baru je sampai untuk hantar slip exam aku. Dia suruh aku masuk dulu. Jangan fikirkan sangat hal slip exam tu. Lega.
 
Tapi, masa nak jawab soalan tu, jantung aku masih laju. Masih panik. Masih mengelabah. Soalan esei tu aku tak mampu nak jawab. Aku macam blur. Tak faham langsung apa yg dimaksudkan dalam soalan-soalannya. Aku pun jawab ikut apa yg aku rasa. Tangan masih menggigil. Sedih gile keadaan aku masa tu. Tak sampai sejam kemudian, kawan sebelah aku tegur, "Pssst...Dalila, kau okay ke...? Kenapa aku tengok kau semacam je ni...? Tak sihat ke...?" Sungguh mengambil berat. Tapi, pertanyaannya itu membuatkan aku mengalirkan airmata tanpa sengaja. Huk aloh! Sengal. Tetiba je nangis. Dan aku ambil masa hampir setengah jam juga untuk menenangkan diri.
 
Bila dah rasa aku banyak buang masa dan keadaan kembali terkawal, baru aku fokuskan apa yg aku perlu jawab sebenarnya. Panik gile bila masa tinggal 10 minit, aku masih belum siap menjawab. Kelam-kabut dibuatnya. Dan hasilnya, result Bahasa Malaysia aku sangat menghampakan. Dapat 4P je. Sedihnya rasa =(
 
So, adik-adik....moral of the story, jangan cuai. Kalau keadaan panik mula menguasai diri, cubalah bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba fokuskan minda tu terhadap apa yg perlu kita buat. All de best!!
 
 
p/s : Korang pun mesti ada kenangan SPM kan...? Share la (",)
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
Post a Comment