They're My Best Buddies

Tuesday, 27 November 2012

Nama Kita Dan Maksudnya


Assalammualaikum W.B.T
 
Alhamdulillah, semalam aku dah berjaya khatamkan al-Quran untuk kali yg ke-4 dalam hidup aku. Walaupun tak la membanggakan sangat. Tapi, aku lega sebab akhirnya habis juga dan aku boleh mulakan bacaan semula. Kali ini dengan tafsirannya sekali...insyaa Allah (",)
 
Semalam, masa aku baca doa khatam al-Quran tu, terbaca la nama aku ada ditulis di dalam doa tu. Dalila. Petunjuk. Dan nama sebenar aku ialah Nor Dalila yg maksudnya Cahaya Petunjuk. Sedap maksudnya. Pandai sungguh ayah pilih nama untuk aku. Bersyukurnya kerana ada nama dengan maksud yg baik. Tapi, layakkah aku memiliki nama seperti ini...?
 
Membawa maksud Petunjuk tapi dalam kehidupan sebenar, tak la bertindak macam petunjuk sangat pun...hee >_< Hmm, macam mana pun...lepas ni kena la berusaha untuk memperbaiki diri dan boleh menjadi petunjuk yg baik kepada orang lain...tak gitu..?
 
Sekarang ni, nama dah macam-macam. Kalau dulu-dulu, nama simple je. Aminah. Fatimah. Zainab. Rokiah. Mudah je. Senang nak sebut. Senang nak ingat. Nama mak dan ayah aku pun simple je. Rahimah dan Abas. Nama sekarang..?? Uish...selagi tak penuh borang pendaftaran tu, selagi tu nak panjangkan lagi nama anak tu ye. Hehehe... Tapi, nama sekarang ni memanglah sedap-sedap didengar. Maksud pun baik-baik belaka. Nama anak-anak buah aku pun boleh tahan panjang juga. Nasib baik la tak payah nak panggil nama penuh, kan? Kalau tak mahu berbelit lidah ni rasanya. Nak mengingat nama penuh tu satu hal juga.
 
Apapun, tak kisah la nama tu panjang atau sebaliknya, biar la kita fahami maksudnya. Dan kalau boleh biarlah ada maksud yg baik. Insyaa Allah, baik juga la peribadinya nanti.
 
 
p/s : apa maksud nama korang...meh share >_<



 
 
~ Dylla Abas ~
Post a Comment